Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tuesday, July 28, 2009

Ku telusuri jalan berduri…


Air mataku kian melimpah-limpah, bila kuterus menghitung dosa-dosa yang kian membungkus hati..ku terus-terusan muhasabah diri yang kian lemah bila terkenangkan dosaku..aku tak tahu bila lah waktu hidupku kan berakhir sedangkan masih banyak tugas yang diamanahkan padaku dihadapan sana..
Jalan yang kutelusuri penuh duri, makin menyengat sakitnya bila duri-duri itu menembusi kaki ku disepanjang perjalanan.. kadang ku cuba kuatkan hati walau jasadku sudah tidak tahan menahan panahan duri itu, kadang kucuba berhenti sebentar mencabut duri-duri yang melekat namun bekas-bekas tetap masih ada..
Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkan aku menyelusuri jalan ini..aku hamba lemah dan hina, ku perlukan bantuan dariMu..



Air mataku makin deras, setiap butir-butir kaca itu kusapu longlai..jikalaulah air mata ini boleh menebus dosa-dosaku yang ibarat pasir dipantai..ku mohon kasih sayangMu ya Allah, kerana ku yakin kasih sayangMU melebihi akan kemungkaranMu..
Tak mungkin aku bisa begitu sempurna untuk mencintaiMu, sedangkan ku hanya insan biasa..namun kucuba meraihnya walaupun langkahku amat perlahan..
Mungkin kah Engkau akan memberiku cintaMu yang agung itu?? Ku tahu ku tak layak..namun ku mendamba akan perhatianMu akan diriku..sekurang-kurangnya Engkau menoleh kearahku walaupun sesaat..

Dalam ku menyelusuri jalan yang penuh duri ini, pertolongan hanya kusandarkan padaMu..ku tahu jalan ini jalan menujuMu..ku ingin sekali bertemu denganMu..
Air mata makin deras membasahi pipi..kumerenung sedikitnya zikirku pada hari-hariku yang panjang..sedikitnya waktu yang kuluangkan untuk ku berbicara denganMu, sedikitnya masa yang kuluangkan untuk meluahkan segala masalah dan merintih padaMu..

Hatiku masih merayu-rayu memohon ampun dari Tuhanku..
Hatiku terus-terusan mengharap maaf dan ampun dari Tuhanku..
Hatiku memohon agar Tuhanku beri kekuatan dalam menyelusuri jalan ini walau duri-duri itu tidak pernah berputus asa member panahan bisanya untuk sesiapa yang ikut sama menyelusuri jalan ini..

Hati ini makin berharap..
Ketika semesta sedang bertasbih padaNya..
Read more...

Monday, July 27, 2009

Hidayah Milik Allah...



“Hmmm..kenapa aku rasa lain macam jer dengan kawan aku sorang nie..biasanya dia rajin tanya khabar kat aku..katanya nak jaga aku kat university nie..(kononlah), rasanya dia salah makan kot, tapi aku pelik perasaan aku ganjil pulak bila terkenangkan “mimpi” aku tuh..” lama aku mengelamun, sambil duduk di meja studi, assignment tak siap-siap lagi.
Bulan puasa nie banyak mengajarku erti bersabar dan istiqamah. Alhamdulillah, Allah masih lagi beriku kesempatan untuk merebut ganjaran di bulan penuh barokah nie..tiba-tiba handphone aku berbunyik bising melalak lagu cina..
“aik!! Baru jak ingat dengan dia..hehe, baru tau aku nie sapa..” kataku lagi
“Assalamualaikum..” dia memulakan bicara.
Eh!! Biar betul nie budak! Ke salah nombor nie?? Tapi nie betul la Joe (bukan nama sebenar).
“hello! Assalamualaikum!!” ada nada ketawa kecil dihujung salamnya tuh.
“ndak jawab berdosa tuh,” sambungnya lagi.



“waalaikumsalam, eh! Betul bah nie joe?” tanya ku penuh kehairanan (sambil mata pun membesar)…

“ iya bah..hehe (dia ketawa). “ aku mengucapkan syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana akhirnya sahabat baik aku nie diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah yang sangat berharga kepadanya. Alhamdulillah.

Melihat sahabat ku nie, aku rasa cemburu pulak. Di bulan yang barokah nie diketuknya pintu hati sahabat ku untuk menerima cahayaNya dan deenNya yang mulia. Ya Allah aku bermohon agar Engkau tetapkan dia pada jalanMu.Amin.

Setelah tuh ku beritahu berita yang sangat gembira nie kepada sang murabbi ku..menandakan tak terkatanya perasaan yang ku alami masa tuh, bermula dengan mimpiku itu. Maknanya perasaan pelik tapi benar yang kurasakan terhadapnya tuh punya makna yang tersirat..

Hidayah tu milik Allah, siapa sangka orang sepertinya menerima cahaya islam dengan begitu mendadak sekali..sedangkan umat islam sendiri tidak pernah bersyukur dengan nikmat Islam yang dipegangnya. Sedangkan masih ramai lagi yang memerlukan cahaya Allah dalam menyuluh hidup mereka sampai terkapai-kapai bak di lautan (kita bermadah sikit).
Sedih jugak kerana byk muslimah terutamanya dikalangan kita yg bergelar Islam sejak lahir tetapi masih ada doubt dalam hati untuk mengamalkan apa yg telah digariskan Islam. Sayang seribu kali sayang. Bila ditanya mengapa tidak mahu memakai hijab atau menutup aurat dgn elok, jawapan yg diterima, itu adalah pilihan masing-masing. Iya hidup ini sentiasa penuh dgn pilihan. Dan dalam kes ini pilihannya samada untuk taat dgn perintah atau tidak? Dosa atau pahala?
Yes!! Pilihan tuh adalah pilihan kita, tapi kita kena tahu bahawa apa yang kita pilih tuh akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak,tiada sesiapa yang akan membantu kita tatkala berada dimahkamah Allah, tiada peguambela yang datang menawar diri untuk membantu kita..yakinlah!!
Sahabat aku nie memang dah lama berminat dengan agama Islam, tetapi apakan daya belum lagi ada kekuatan sehingga pada hari yang dia telah mengucap kalimah syahadah. Allah dah bagi kita petunjuk, kita perlu juga usaha kearahnya..bayangkan sahabat2 sekalian, ada yang memerlukan masa selama 17 tahun untuk faham agama Islam..mereka sentiasa ada perasaan ingin tahu tentang keunikan agama Islam itu sendiri..Allah maha adil, maha penyayang, Dia tidak akan membiarkan hambaNya dengan begitu kejam..diberiNya sedikit cahaya bagi penyuluh jalan kehidupan.

Sehingga sekarang, perasaan cemburuku nie masih lagi tersisa bila melihat kesungguhannya dalam mengenal diri dan Tuhannya. Walaupun tiada bantuan sesiapa, dia masih yakin dengan kalimah yang diucapkannya itu. Alhamdulillah, sekarang dia dah mula nak kenal apa itu usrah/halaqah dan apa itu Islam..mudahan Allah tetap memberinya kekuatan untuk terus berada dijalanNya..insyaAllah kami akan terus membantumu dengan kemampuan kami,amin.
Read more...

Sunday, July 26, 2009

kita berada di saff yang sama…



“kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan umtuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT..” (ali-imran:110)

Alhamdulillah, baru jak semalam aku meng”update” blog aku, sekali tukar imej sikit..maaflah kalau ada dalam kalangan pembaca sekalian yang tidak suka dengan perubahan ni..

Aku sempat lagi nak menulis entri baru nie walaupun sibuk dengan tugasan2 yang tak putus-putus..”kita berada di saff yang sama”…

Suka nak kongsi dengan sahabat pembaca sekalian, siapakah kita nie sebenarnya?? Kalau kita kaji balik ayat di atas..Allah SWT memuliakan kita sebagai umat yang terbaik!! Bagaimana nak jadi yang terbaik?? Allah menjelaskan kita bilamana kita mengajak kepada yang makruf, mencegah kemungkaran serta menjaga/memelihara diri kita daripada terpengaruh dengan fikrah yang bukan Islam.
.

Jelas bukan??

Setiap hambaNya yang telah mengucap kalimah syahadah, adalah seorang Da’ie..yes!! bagi teman seperjuangan diluar sana tak kira di mana berada mesti mengangguk tanda setuju kan..baru-baru nie aku ada terbaca sebuah buku prinsip dakwah Islami. Sekadar nak kongsi bersama, mungkin pada pandangan sahabat2 sekalian dan untuk diri saya sendiri, bahwa perintah Islam itu sudah gugur bilamana kita sudah menulis artikel mengenai Islam, ataupun berkhutbah dimasjid setiap minggu, ataupun kita nie memang seorang yang aktif dalam program-program islami..tetapi kita sebenarnya hanyalah berada ditepi dakwah sahaja..tidak melebihi daripada itu..kita belum lagi merasai kemanisan berdakwah kerana kita belum lagi terjun kearahnya..

Pengertian sebenar dakwah ini bila kita sudah bersedia berkorban, kerana dakwah itu adalah pengorbanan..berkorban dalam usaha merombak masyarakat jahiliyah serta berusaha bangkit ditengah2 masyarakat jahiliyyah. Siapakah yang sanggup?? Anda?? Atau Aku??

Kita sama-sama muhasabah diri..kerana yang sanggup itu hanyalah pendakwah yang betul-betul mewakafkan dirinya untuk Islam, yang sanggup berkorban harta dan nyawanya demi Islam, dan yang dalam hatinya tiada cinta selain daripada cinta Allah..astaghfirullah!! sanggupkah/layakkah aku??

Rasululllah SAW bersabda
“barangsiapa takut kepada Allah, maka dia tidak akan maju-mundur, barangsiapa yang tidak maju-mundur, maka dia akan sampai ketempat tujuannya, ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu mahal, ketahuilah barang dagangan Allah itu adalah syurga.”
Riwayat tarmidzi/hakim

Sahabat seakidah ku..
Allah sahaja yang layak kita takuti..Allah sahaja yang layak kita segani..mengapa kita perlu segan mau berbicara ditempat yang sepatututnya?? Mengapa kita mau lari masyarakat yang x sefikrah dengan kita?? Adakah kita takut akan dibenci?/ atau bimbang akan diejek oleh rakan-rakan?? Itu bukanlah sifat pendakwah kalau kita nie memang bercita-cita untuk menjadi pendakwah..takut dan pengecut walaupun maknanya seperti adik beradik, tapi 2 tetamu yang tidak diundang ini tidak wajar dibiarkan mengetuk pintu hati kita..kalau dah ketuk pintu hati kita pun katakanlah” tiada orang kat dalam..” malah kalau boleh kita jangan biarkan 2 tetamu ni tahu dimana pintu masuk ke dalam hati kita..(buat jendela banyak-banyak)

Yes!! Sahabat seperjuangan sekalian,hanya redha Allah yang kita dambakan, hanya redhaNya yang kita kejarkan..redhaNya sahaja yang kita perlu usahakan..walaupun kawan-kawan disekeliling kita ketawakan dan membenci..bukannya mereka boleh bantu kita pun kalau kita disoal dihadapan Allah nanti..

Sebab tuh Allah telah mewajibkan kita untuk mewarisi Nabi memikul beban dakwah.Firman Allah SWT;

“Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah Yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa Yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa Yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya “ (al-kahfi:29)


Allah beli kita dengan syurga, tapi kita nak bayar dengan apa?? sedangkan Syurga Allah sangat mahal,

“Wahai orang-orang yang beriman, maukah kaumu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(as-saff:10-11)


“dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.(surah al-ankabut:69)

Qum, Faanzir!!
susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.
Kita umat Islam semuanya berada pada saff yang sama dalam perjuangan ini..tiada yang membeza-bezakan kita kerana kita punya akidah yang satu..
Mari kita bersatu dalam saff yanag sama..
diri ini yang wajar kebih muhasabah...
. Read more...

Saturday, July 25, 2009

Nilai Ukhuwwah


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah SWT kerana beri kekuatan dan nikmat kesihatan untuk terus berada di jalanNya. Agak lama jugak ku tak meng’update’ blog yang tercinta nie…

“Malam nie malam sabtu, aku perlu siapkan assignment dan proposal yang belum hantar lagi nie.hmmm, esok malam pulak meeting..ya..aku mesti berusaha..”bisik hati kecil ini..

“oh!! Lupa pulak malam nie ada halaqah dengan akhawwat, takpe..bawa lah buku sekali ble sambung study lepas halaqah..heee.”berbisik lagi.


Lepas solat maghrib disurau, aku bertolak kemasjid..harap2 akhwwat yang lain dah sampai dan aku sempat sampai solat berjemaah kat masjid tuh..
Tiba-tiba ku lihat sekujur badan, berjubah kelabu (lirik ala-ala Rabbani) kat hujung sekali dibahagian muslimah…hmmm macam kenal jer..ya..memang kenal akak nie..heee.

“assalamualaikum kak,” sapaku..

“waalalaikumsalam..oh..mas. apa khabar?? Tanyanya kembali.

“Alhamdulillah kak, akak dah lama kat sini?

“ya..mas ada qiyam ke?

“a’aaa..sekali halaqah dengan akhawwat..” balasku dengan senyuman..

Kami pun bercerita tentang kehidupan masing-masing..banyak dapat berkongsi pengalaman dengan akak nie,dah lama tak jumpa akak nie, rindu sangat. Last jumpa pun semester lalu, sehinggalah akak tanya aku tentang masalah/cabaran yang aku hadapi sepanjang tarbiyyah.



Hmm…memang susah sikit(eh..banyak) nak jawab pertanyaan nie..sebab apa tau, memang banyak cabaran yang aku tempuhi sepanjang perjalanan., baru ku rasa (oren+strawberry), bagaimana perasaan bila ujian datang melimpah ruah pada kita. Tapi, ku sangat2 bersyukur, sebab Allah lemparkan ujian nie untuk mendidik diriku yang hina dan lemah..hukhuk..alhamdulillah.(sambil tadah tangan)
Sambil kubercerita tentang kekuatan seorang da’ie itu..dimana kekuatan kita..bila kita bergantung harap segala-galanya pada Allah..yes..kita hidup untuk Allah kan..kalau bukan untuk Allah, untuk siapa lagi (soalan bonus)..

Aku cuba untuk buka satu persatu, kekuatan ukhuwwah yang mengikat aku dengan teman seakidah yang lain..kenapa aku rindu dengan mereka?? Kenapa aku mesti nak jumpa mereka jugak?? Bukan aku kena bergantung harap dengan mereka semata-mata, tapi tali yang telah mengikat itu yang menyebabkan kita saling memerlukan antara satu sama lain…berkasih-sayang keranaNya..ya Allah, Engkau telah memartabatkan nilai ukhuwwah antara kami..janganlah Engkau putuskan tali yang telah kami bina diatas jalanMu..Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

“tidak beriman seseorang diantara kamu, sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri”
masyaAllah, hebatkan nilai ukhuwwah yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis diatas.



Akak J (bukan nama sebenar) hanya senyum sahaja lihat aku rancak bercerita sampai tak ingat waktu..hmm, aku memang suka bercerita apalagi bila ditanya tentang kehidupan yang pernah aku alami..akak J mengangguk perlahan, tanda setuju jugaklah dengan apa yang aku kata tadi tuh…

“betul tu dik, kita juga kena sebarkan ukhuwwah kita tuh dengan sesiapa sahaja,bukan sahaja dalam kalangan kita..”tambahnya lagi..aku pun mengangguk laju-laju.
Nampaknya, akak J dah nak balik. Usai solat sunat rawatib, kami bersalam-salaman dan bertujar nombor hp, heee..walaupun dah lama kenal tapi baru sempat nak berborak lama dengan akak nie..syukur..

Jeng,jeng,jeng…
1 new message
Ku bukak: kak J- pernah 1 ketika sorag sahabat memberitahu Rasul SAW akan rasa sayangnya kepada sorang sahabatnya yang lain. Rasulullah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya? Sahabat itu menjawab dia belum lagi berbuat demikian. Lantas, Rasulullah SAW pun berkata pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bhw kamu mengasihinya”, salam sayang dari kak J…

Terima kasih ya Allah, Engkau beri aku sahabat yang baik..(air mataku juga mengalir)…

1 new message
Kubukak lagi: kak Ros- salam mas, kira2 jam berapa mas dan akhawwat yang len bagi2 tugas??

Hmmm, akak aku lagi sorang nie mesti bz memanjang..heeee…

Ku meneliti diri sendiri, ku bukak lembaran baru sejarah hidupku…halaqah penguat diri bagi diriku yang lemah dan dahaga cinta ilahi dan merindukan sebuah peringatan…
. Read more...

Thursday, July 9, 2009

Antara 2 Jalan...



Assalamualaikum w.w.b

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada adik-adik yang berjaya melangkah lagi kehadapan dengan menerima tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) ini.

Pasti adik-adik semua membawa harapan tinggi menggunung setinggi gunung kinabalu, macam lagu ni..” tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu”..hmmm memang femes lagu ni dalam kalangan orang2 disabah, tak pun setinggi gunung Everest lah..yalah kerana kita sebenarnya membawa harapan ibu bapa yang selama ini bersusah payah, berkorban, membanting tulang, mungkin juga mengikat perut demi memastikan anak kesayangannya berjaya sehingga mencapai kejayaan ketahap sekarang kan. Semua pengorbanan itu agar kita dapat belajar dengan selesa sekaligus cemerlang dalam pelajaran.
.

Saya pasti adik-adik semua juga pernah merasakan kesusahan hidup. Tapi ketahuilah adik-adik, kemiskinan hidup kita itu bukanlah penghalang untuk kita menempah kejayaan seperti orang lain. Kita semua adalah sama, tidak kira miskin atau kaya kerana disisi Allah SWT yang terbaik diantara hambaNya ialah yang paling takwa, maknanya kita berbalik soal hati kita. Hati yang menjadi raja bagi seluruh angggota badan kita, yang memandu kemana jalan kita selepas ini. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain amat berharap adik-adik semua yang bakal menerajui pemimpin pada masa hadapan agar sentiasa berfikiran positif dan matang agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa berada disekeliling kita. Saya juga amat yakin ramai diantara adik-adik yang masih keliru dan mungkin juga menyesal memasuki IPT terutamanya di bumi sabah ini. Tapi adik-adik, dimana pun kita berada tetap mempunyai matlamat yang sama, tujuan yang sama Cuma yang bezanya mungkin sistem di IPT tertentu. Oleh itu, buat apa kita nak membeza-bezakan IPT mana yang terbaik untuk kita. Allah SWT telah menentukan yang terbaik untuk kita. Siapakah yang terbaik keputusannya selain daripada keputusan Allah SWT?

Kepada adik-adik yang kami sayangi, saya dan juga warga SPL amat mengharapkan agar adik-adik tidak mensia-siakan masa dan juga peluang yang ada ini kerana ramai lagi sebenarnya sahabat-sahabat kita yang lain tidak berpeluang untuk menempatkan diri dalam IPTA/S. Kita ni sudah sangat-sangat beruntung. Kita cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa tujuan kita datang ke sini tercapai. Tapi adik-adik kena muhasabah balik adakah betul tujuan kita ke sini adalah semata-mata untuk belajar sahaja?? Adakah kita datang ke sini hanya untuk merangkul anugerah?? Memang itulah harapan kita dan juga impian kita bila berada di Universiti. Sebenarnya amanah yang kita pegang bukan sahaja membawa segulung ijazah untuk ibu bapa kita tetapi nilai peribadi kita yang akan kita beri dan bawa untuk mereka kelak. Iaitu menjadi insan yang berakhlaq mulia. Dimana titik permulaan semua tu?? Bagaimana kita nak memulakan anjakan paradigm?? Disinilah kita cuba untuk manilai sendiri peribadi kita yang selama ini tersembunyi.

Wahai adik-adik yang saya sayangi, kita menilai kejayaan
hidup kita bukan dengan neraca dunia., Jika dalam fikiran kita nak berjaya sebab nak dapat kerja dan beli kereta besar, rumah besar, bilik besar, pasangan pun besar, ataupun makan besar pasti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Saya bukan memandai-mandai untuk berkata begini tetapi sudah dinyatakan oleh Pencipta kita yakni Allah SWT. Ukuran siapakah yang lebih tepat daripada ukuran yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya?? Dia yang telah menciptakan segala isi langit dan bumi dengan begitu sempurna sekali pasti tidak akan pernah silap pernilaian. Kalau kita telah menganggap diri kita telah berjaya kerana banyak merangkul anugerah ataupun keputusan yang cemerlang, itu hanya kejayaan dunia yang pada hakikatnya bersifat fana. Apakah ukuran dan neraca Allah yang sepatutnya kita pegang?? Keimanan dan amal soleh, yang bersifat hakiki. Kejayaan dunia ini mungkin akan berakhir 30 tahun dari sekarang. Itu kita tidak akan tahu tetapi yang pasti ia akan berakhir.

Oleh itu, saya menyeru kepada adik-adik khususnya dan seluruh warga SPL agar bersama-sama berkongsi neraca kejayaan yang sebenarnya. Semoga Allah SWT tidak memasukkan kita kedalam golongan orang yang rugi didunia dan juga rugi diakhirat. Diri inilah yang sepatutnya lebih muhasabah. Semoga kita semua khususnya wagra SPL akan terus maju dan maju kehadapan. Selamat melanjutkan pelajaran di universiti Malaysia sabah!!!
Read more...