Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, January 21, 2009

Sedihnya saya bila teringat....


Assalamualaikum...

sebenarnya saya nak kongsi satu pengalaman saya beberapa minggu yang lalu. sangat sedih bila bila teringat kisah perbualan saya dengan rakan-rakan.

suatu hari tu saya dan rakan-rakan ada discussion group kat cafe Kg. E, tapi saya lambat sikit datang masa tu sebab saya ada halaqah mingguan.

lebih kurang pukul 10.00 malam baru saya dapat join mereka siapkan presentation untuk keesokan paginya..

selepas selesai bincang, alhamdulillah kerja kami siap jugak.

lepas tu kawan saya ni bertanya kat saya..

"mas dari mana sebenarnya? kata ada kelas kan, kelas apa?"

saya pun terus terang yang saya punya program ilmu setiap hujung minggu..

dia pun faham. tapi dia sambung lagi...

"bagus jugaklah ada program macam tu. tapi....saya rasa kalau saya ikut program macam tu, rasa hipokrit pulak. yelah kat sini kita jadi baik sangat tapi bila berada kat kampung halaman buat perangai balik. tak ke berdosa. kita kan dah terbiasa cara hidup "macam tu" kat kampung halaman, so kalau saya kena ubah cara hidup saya contohnya hari-hari ke surau, tudung pun jadi besar, tapi bila dah balik mesti saya buat perangai lama jugak. so baik saya buat macam biasa jer la.lagipun nak bebas jugak la.."

dengan confidentnya dia cakap macam tu kat saya..masyaAllah.

saya sangat bersyukur Allah beri saya petunjuk untuk terus istiqamah dalam jalan ni. sebab bagi saya hanya tarbiyah yang akan mengangkat darjat manusia, ada jugak saya bincang serba sedikit tentang peranan tarbiyah dalam post yang lalu-lalu.


betapa sombongnya kita manusia, sehingga kita tidak sedar pun kasih sayang Allah terhadap kita selama ini. nikmat masa, kesihatan...dan sebagainya. tapi kita tak gunakan masa walau sesaat pun untuk mengingati Allah, apatah lagi nak mengenal Allah, nak merebut cinta Allah yang agung....


diwaktu kita lapang, kita asyik dengan hiburan, lagu-lagu dan movie-movie latest...biasalah student kalau nak release stress. saya bercakap mengenai diri saya jugak..bila dah syok tengok movie kan, solat kita pun jadi macam ayam patuk padi..tak sabar nak tahu ending story. kita dah mencuri dalam solat..Astaghfirullah.

diwaktu kita sihat pulak, nak tahajjud pun susah nak bangun..liat betul..bila dah sakit lagilah tak boleh nak solat kan...

semua ni adalah ujian. sedikit sahaja ujian yang Allah timpakan kepada kita..dah mengeluh!

Ya Allah! ampunilah dosaku..

bila ingat balik kata-kata sahabat saya tadi tu, saya sangat sedih dan tertanya-tanya. adakah disebabkan amalannya dah cukup banyak untuk melayakkan dirinya memasuki syurga Allah yang penuh nikmat? bagaimana dengan amalan saya? dah cukupkah untuk menyelamatkan saya dari azab Allah yang sangat berat..?

disebalik perbualan saya dengan sahabat tadi, saya sangat bersyukur kerana kata-katanya membuat saya lebih banyak muhasabah diri saya. kata-katanya membuat saya berfikir dan merenung kembali amalan saya selama ini..alhamdulillah..

apapun, kadang Allah dah beri kita hidayah untuk lebih berusaha mengenalNya dan merebut cintaNya, tapi kita yang tak nampak, tak pun buat-buat tak nampak dan langsung takde usaha nak kearah itu...sombongnya kita manusia..

kalau mahkluk Allah macam khinzir yang kita selalu jijik lihat pun boleh taat perintah Allah, manusia pulak? kita sendiri yang memilih jalan hidup ini..Allah dah tunjukkan kita tapi kita tetap ego dan lupa padaNya...sahabat, kita dah kehilangan hujah bila Allah menyoal kita diakhirat kelak..

Ya Allah, engkau tetapkanlah aku pada jalanMu,

tetapkan imanku pada Mu, agar tidak tersungkur daku dalam lembah kemurkaanMu..

Allahumma aameeen..

Read more...