Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sunday, May 23, 2010

Juz like starfish~



Setiap manusia punya cerita hidup, pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku...kadang sedih, gembira, kecewa, derita, pahit, manis, keliru....dan pelbagai lagi macam perasaan yang kita alami...bagi aku, aku telah merasai semua itu sejak dari kecil lagi..malah lebih dari itu. Aku telah bertemu dengan bermacam2 jenis manusia dalam hidupku...macam2 ada. Pengalaman hidupku yang penuh dengan drama, kadang tragis itu membuatku begitu matang dan bersedia dalam menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang. Ya, aku juga manusia biasa, lemah dan kadang serasa tidak mampu sehingga memerlukan seseorang untuk dijadikan pautan ketika hampir tersungkur.
Namun, aku kini mula bangkit..meneruskan hidup ini untuk mencapai misi dan visi yang telah diwariskan kepadaku..juga kepada umat manusia...bagi aku, semua ceritera itu punya hikmah dan pengajaran untukku, agar aku lebih kuat dan tegar berdiri di dunia realiti.


Aku sangat bersyukur, bila semua manusia yang berada disampingku sangat menyayangiku. Aku juga khilaf kerana baru sedar akan semua itu.. aku khilaf bila baru mahu menghargai mereka...
Kini, Allah telah menunjukkan sesuatu kepadaku, begitu hebat hikmah dan petunjukNYA..i need to make a difference!! Aku perlu merubah sesuatu dalam diriku, dan juga potensi yang ada dalam diriku yang telah dianugerahkan...demi ummah, agamaku. Aku sangat berharap agar dapat mencontohi ghulam yang diceritakan dalam hadith ashabul uhkdud.biarlah pengakhiran hiidupku di dunia memberi makna kepada agamaku...
Baru2 nie, aku mengikuti LKS. Kursus nie banyak membantu aku untuk mengenal potensi diri. Aku tidak tahulah apa matlamat sebenar peserta kursus yang lain. Tapi, aku melihat ini di perspektif yang berbeza, mungkin ada yang sama denganku. Aku tidak pasti. Bila coach aku mengatakan kita perlu membuat perubahan...sesuatu yang tersirat, amat mendalam ayat itu bagiku...starfish nie maksudnya “ make a difference”...we make a difference in a different way...berbalik kepada tujuan asal kita diciptakan didunia...aku sudah mula berani berhadapan dengan dunia luar, yang dulunya pernah membuat aku jatuh tersungkur, sehingga hampir putus asa...perubahan yang bakal aku hadapi mudahan bisa mengubah persepsi dunia..apapun, berjaya atau tidak semuanya urusan Allah. Aku hanya mahu menggunakan masa yang ada ini untuk mencapainya.
Kita manusia punya potensi masing2. Itu yang kita kena percaya. Dan perlu bertindak dan menggunakan sebaiknya. Anugerah ini tidak wajar kita persia-siakan...betapa ruginya kita bila tidak melihat semua itu...ya, aku sedar setiap manusia itu melihat sesuatu dengan kaca mata yang berbeda..sejauh mana perbezaan itu, matlamatnya Cuma satu...iaitu agama kita. Sebagai penanda aras kejayaan tercapainya matlamat hidup, kita pantas bertindak memenuhi saf2 hadapan perjuangan kita...sambil membawa panji2 menuju kejayaan yang di janjikan olehNYA...
Aku takkan membiarkan kenangan pahit aku menggelapkan jalan2 yang ku lalui sekarang. Semua lakonan itu sebagai tarbiyyah untukku...sesungguhnya sumber kekuatan hanya dari Allah...mudahan Allah sentiasa membimbingku...(^_^)
Aku ingat aku dapat cuti sebulan semester nie, tapi ada agenda yang lain pulak datang. Tapi, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku tidak mahu masa lapangku terisi dengan perkara2 tidak bermanfaat. Aku tidak mahu seperti syabab2 diluar sana, mensia-siakan masa kegemilangan mereka demi mencapai keseronokkan fana. Aku rindu juga dengan keluargaku..Cuma keluarga aku sebenarnya sudah faham aku nie jenis yang tidak duduk diam..so, mereka sudah mempercayai aku. Apa yang aku lakukan mereka tidak membantah kerana mereka yakin padaku, alhamdulillah. Cuti sebulan tuh kadang jadi seminggu jer.. aku sangat berharap dapat menghadapi segala kesibukan yang tidak pernah putus2. Apapun, aku selalu ingat akan kata2 murabbi dan murabbiyah aku, bahawa akademik nie penting untuk masyarakat menerima risalah yang akan kita bawa. Kita cemerlang dalam akademik untuk membawa risalah yang kita bawa. Antara ijazah dan risalah, kita kena tahu keduanya itu mahu letak di mana..aku yakin aku dan ikhwah/akhwat semua pasti boleh lakukannya!!
Awal2 lagi aku dah senaraikan perkara yang aku kena selesaikan untuk semester depan. Baru aku merasai betapa kerja kita dihadapan sangat banyak berbanding masa yang ada.. bisa2 merancang, tuptup mungkin aku tidak sempat melaksanakan semua yang telah dirancang. Betul kan??
Syukran semua yang sudi membaca. Mudahan kita sama2 mengambil manfaat apa yang baik sahaja. Ingat starfish, we have to make a differences to be a better and great syabab!!
Wallahualam bissawab.

Read more...