Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tuesday, March 3, 2009

Luasnya Neraka!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.

" Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1) Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2) Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3) Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4) Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5) Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6)Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7) Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8) Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9) Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10) Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11) Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Wallahua’lam.



Read more...

Remaja Islam Perlu kuat

Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita ruang dan kesempatan untuk kita mengislah diri dan merenung kembali apakah tanggungjawab dan peranan kita sebagai remaja Islam untuk berhadapan dengan mehna ditengah-tengah masyarakat jahiliah pada hari ini. cabaran memang sangat memerlukan kekuatan dan semangat jihad yang tinggi untuk menghadapinya.lagi-lagi kita sebagai remaja pewaris Rasulullah SAW untuk menegakkan syariat Islam pada hari ini.

Umar Al-Khattab r.a pernah mengatakan bahawa jika hendak melihat kekuatan sesebuah Negara, lihatlah keadaan remajanya. bagaimana keadaan kita ?
sahabatku sekalian, memang ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini sudah tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya. Satu generasi yang paling ditakuti oleh orang2 kafir ialah generasi Rabbani, iaitu generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. Generasi yang mempunyai sifat yang zuhud dan takutkan Allah tetapi juga punya jihad yang tinggi. Firman Allah SWT:

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (Al-imran: 79)

generasi inila sebenarnya yang menjadikan umat Islam hebat pada suatu masa dahulu. iaitu generasi yang kian hilang sedikit demi sedikit. mengapa perkara ini belaku? semua ini adalah angkara kafir laknatullah yang telah merosakkan fikiran kita(remaja khususnya) supaya kita melupakan ajaran agama kita, melupakan Al-quran sebagai petunjuk dan jalan untuk kita mendapat bahagia yang hakiki, bukan bahagia yang fana. setelah mereka tewas dengan jihad umat Islam, mereka melancarkan peperangan secara tidak langsung iaitu serangan pemikiran dengan meracuni fikiran remaja Islam dengan hiburan yang melampau2, teknologi hebat yang melalaikan remaja daripada menjalankan tanggungjawab sebenar, mereka ingin melenyapkan generasi Rabbani ini secara beransur-ansur seperti dalam firman Allah SWT:

" Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (surah Fussilat:26)

Hasil daripada serangan pemikiran ini yang melemahkan umat Islam. Fikiran umat Islam sudah dikuasai oleh barat sehingga mereka sudah cintakan dunia dan takutkan mati. sebab itu ramai diantara umat Islam yang bertungkus lumus untuk mengejar harta, pangkat, agar mereka dapat menikmati semua tu sebelum mereka mati meninggalkan dunia yang mereka anggap sebagai syurga mereka didunia. umat Islam sekarang takutkan mati sebab takut akan kehilangan segala-galanya yang ada didunia ini, takut untuk mengamalkan ajaran Islam sebab jika melakukan semua kerja itu pasti akan kehilangan semua harta yang telah dikumpul, pasti kehilangan pangkat yang dikejar2 selama ini .kalau dulu umat Islam amat disanjungi dan dihormati masyarakat dengan sifat zuhud dan kegemilangan dalam tamadun Islam sudah terserlah. tetapi kini, umat Islam disembelih dengan sesuka hati, agama kita sudah diperlekehkan disebabkan generasinya yang telah lenyap. kebanyakan umat Islam pada hari ini bukan tidak tahu dengan hukum2 dan ajaran Islam, tentang dosa dan pahala, tentang syurga dan pahala, tetapi buat2 tak tahu kerana ingin melakukan sesuatu yang disukai nafsu mereka, yang menjadikan nafsu sendiri sebagai Tuhan. Firman Allah SWT:

” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

sudah jelas kepada kita bahawa tugas kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi remaja seperti kita adalah untuk mengubah keadaan masyarakat, membina ummah dan mewujudkan kembali generasi Rabbani. Imam Hasan Al-Hudhaibi pernah mengatakan, tegakkanlah daulah Islam didadamu, nescaya akan tertegak dinegaramu. kata2 ini member penjelasan kepada kita bahawa jika ingin mengubah cara hidup masyarakat pada hari ini,mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan kebangkitan Islam semula, kita hendaklah tegakkan, kukuhkan Islam itu pada diri kita terlabih dahulu, barulah Islam akan kembali gemilang bila semua umat Islam telah faham akan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

wahai sahabatku yang mempunyai semangat untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini, marhalah ini sebenarnya cukup panjang dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak, apatah lagi sebagai remaja dan pelajar, kita perlukan satu perancangan yang rapi bukan sikap tergopoh-gapah dalam mengecapi sesuatu. sebab itulah perkara utama yang perlu kita lakukan demi mencapai matlamat kita ialah melalui tarbiyyah fardi, yakni tarbiyyah secara individu bagi memantapkan lagi iman, kesungguhan dan keyakinan kita menyusuri jalan Allah. bagaimanakah matlamat ini akan tercapai jika umat Islam kini sudah tidak tahu akan kepentingan solah pun.

memang ramai dikalangan kita yang tidak mementingkan solah. umat Islam sekarang sudah dianggap lemah, tapi juga dianggap sebagai pengganas, ini semua terjadi disebabkan generasi pada hari ini sudah goyah akidahnya. generasi yang tidak melalui proses tarbiyyah ini pasti akan terperangkap dengan jerat yang dibuat oleh orang2 kafir. proses ini walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan sanggup mengorbankan harta dan jiwanya demi menegakkan syiar Islam.

jikalau kita melihat kembali sejarah Islam, semasa pemerintahan Sultan Muhammad AlFatih, kita rasa kagum bila beliau Berjaya menawan kota konstantinople ketika umur beliau 19 tahun, ketika masih remaja lagi. kita sedia maklum yang kota tersebut sudah lama ingin ditawan semenjak 800 tahun lagi. hal ini disebabkan tentera2 yang dipilih oleh Sultan Muhammad AlFatih mempunyai akidah yang cukup tinggi serta kuat beribadat. Siltan sendiri seorang yang kuat beribadat buktinya semasa pemilihan imam solat jumaat yang pertama selepas penawanan kota konstantinople, Baginda telah terpilih kerana sentiasa solah diawal waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat(rawatib dan tahjjud) dalam hidup baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"konstantinople akan jatuh ketangan umat Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera"(HR Ahmad)

kebangkitan Islam boleh direalisasikan dengan bermulanya tarbiyyah individu muslim dan seterusnya. bagi memulakan usaha daulah Islamiyyah ini kita memrlukan individu yang berkualiti dan mampu melaksanakan resolusi pada masa kini.
sahabatku, kita mulakan dengan diri kita sendiri, Sultan Muhammad AlFatih telah menggunakan masa remaja baginda mempertahankan agama Allah SWT, para sahabat juga mengalami masa remaja mereka dan menggunakannya untuk berjihad dan berkorban pada jalan Allah SWT..jadi mengapa kita tidak boleh.!!

wallhua'lam Read more...

Sifat terpilih untuk menjadi sahabat yang baik

Tidak semua orang sesuai dijadikan sahabat kerana seorang sahabat yang baik mempunyai cirri-ciri yang tertentu dan istimewa mengikut faedah-faedah yang kita cari justeru persahabatan tersebut. Faedah-faedah yang kita perolehi boleh sahaja dari segi harta, pangkat ataupun hanya sebagai teman berbual dikala sunyi. namun, perkara yang disebutkan tadi bukanlah matlamat sebenar persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat utama persahabatan ialah faedah agama.Faedah agama dalam persahabatan juga mempunyai beberapa tujuan yang berbeza iaitu:

1) mengambil faedah dari segi ilmu agama dan amal.
2) Faedah dari kedudukannya dan pangkatnya debgan tujuan mengelakkan diri daripada gangguan dari orang yang akotor hatinya dan berusaha menghalanginya daripada melakukan ibadah.
3) mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.

Terdapat 5 ciri-ciri sahabat yang baik:

1) berakal
2) berakhlak mulia
3) bukan dari kalangan orang fasik kerana orang yang fasik tidak takutkan Allah SWT.
4) bukan juga kalangan ahli bid'ah
5) serta tidak tamak harta

Umar al-khattab pernah berkata:

"Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah dengan saudaramuselagi mana dia tidak terbukti melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yanag amanah sahaja,iaitu hanya orang yang takut kepada Allah SWT. Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pandanga dari orang yang takut pada Allah SWT dalam segala urusan kamu.

Yahya bin Muaz berkata: seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya:Ingatlah aku dalam doa kamu, dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukan(kerana mengambil hati) atau kamu perlu sentiasa meminta maaf kepadanya.

Iman seseorang juga tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. jika kita ingin dikasihi hendaklah terlebih dahulu kita mengasihi orang lain. begitu juga jikalau kita tidak mahu aib kita diketahui, maka kita juga hendaklah menutup keaiban sahabat-sahabat kita.

dalam riwayat muslim daripada hadis Abi Darda' r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

" Doa seseorang muslim untuk saudaranya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada disisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan saudaranya:
"Ya Allah! perkenankanlah! semoga kamu sama-sama memperolehnya."

Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan dating kekuburnya dan berkata: " Wahai penghunu kubur yang tinggal bersendirian! ini adalah hadiah dari sahabatmu yang berbelas kasihan kepadamu."

Adapun kita tidak boleh meninggalkan sahabat (berbalah) lebih dari 3 hari sebagaimana hadis dibawah:Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

" Haram kepada seorang mukmin menjauhi(tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada 3 hari, hendaklah dia bertemu dengannya dan member salam kepadanya. sekiranya dia menjawab salam, kedua-dua mendapat ganjaran pahala. sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang menberi salam terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa."
Siapakah sahabat kita? tepuk dada, Tanya Iman!

Wallahu'alam. Read more...