Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Saturday, February 26, 2011

InsyaAllah...aku masih kuat!!! Im a Super Muslimah!!



Alhamdulillah, walaupun aku sibuk dengan tugasan2, kuliah, tesis...aku dapat juga menggerakkan jari jemari ini untuk menulis sesuatu di teratak ku yang telah lama aku tinggalkan. Rasa rindu pulak. Moga2 tulisanku yang tidak seberapa ini bermanfaaat kepada org yang membaca...walaupun yang berkunjung ke blog aku ini tidaklah ramai..Rasulullah saw bersabda:

“sebaik2 manusia itu adalah yang bermanfaat kepada org lain”


Dengan lafaz bismillah....aku masih lagi berada dalam dakapan rahmatNya..meletakkan aku dijalan asing ini bukan sesuatu perkaran yang org sukai...ramai yang tidak mahu menelusuri jalan yang aku tempuhi ini...jalan yang licak dan berlumpur..berduri kerana terkadang kaki yang berjalan akan terasa sakit dan luka...pada saat itu, air mata sering menemani.


insyaAllah, aku masih kuat walaupun kaki aku sering terluka, luka yang sangat2 pedih sehingga memerlukan aku untuk berpaut demi meneruskan perjalanan...namun, aku tidak bisa bergantung sepenuhnya dengan pautan itu, kerana aku telah ditarbiyyah untuk kuat menghadapi mehna dan cabaran...disitulah akan terbukti tarbiyyah dzatiyah ku...

insyaALlah aku masih kuat kerana org2 yang kuat itu adalah org yang dapat menyibukkan diri dan melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya kerana keyakinan aku kebaikan itu akan berkekalan walaupun aku sudha tiada di dunia ini.

insyaAllah aku masih kuat untuk terus mengejar syahid dan merindui mati..merindui untuk bertemu dengan ALLAH..kerana aku inginkan kehidupan yang sebenar...
InsyaAllah aku masih kuat untuk menjadi pemburu jihad kerana aku ingin berkumpul dengan sahabat2 ku yang juga pemburu jihad.

insyaAllah aku masih kuat untuk meletakkan perasaan aku sebagai org asing di bumi ini agar aku tahu perjalanan ku tiada penghujungnya...

aku semakin optimis dijalan ini..kerana aku yakin Allah kan sentiasa bersama ku.
InsyaAllah aku masih kuat untuk berdepan dengan hal-hal yang menyakitkan dan tidak menenteramkan jiwa..terkadang.

Esok, aku pasti tersenyum kembali dan melupakan segalanya...aku pasti tersenyum bak bunya daisy yang sedang berkembang mekar..meredah medan dakwah yang menjadi hiburan ku disepanjang perjalanan hidupku.

Aku bukan tidak punya perasaan...namun aku ulit perasaan dan fitrah itu untuk dakwah ini...kerana aku menemui kenikmatan itu disepanjang aku mengenali dakwah dan tarbiyyah.

Moga Allah mengampuni khilaf yang aku lakukan, kesakitan yang aku rasai sehingga membuat aku menangis...dan ketidakmampuan aku untuk menghurai hikmah hingga aku pernah mencetuskan pertanyaan yang tidak sepatutnya.

”kenapa ini yang terjadi kepadaku??”

Lantas aku beristighfar...
Jauh di sudut hati ku..
Aku bersyukur kerana aku tidak menjadi seperti manusia2 lain pada masa ini...yang sering menari-nari bahagia dengan dosa yang dicipta sendiri...subhanallah...

Read more...