Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, June 1, 2011

Kem Motivasi Anak Soleh



Assalamualaikum....
setelah begitu lama tidak menjenguk2 blog nie, berhabuk dan bersawang rasanya, menunjukkan diri ini sangat lemah kerana tidak konsisten untuk menulis...hermm saya juga tau xramai yang membaca blog nie..

alhamdulilah, walaupun sedikit moga bermanfaat untuk semua...

apa khabar iman antum? moga momentum dakwah masih kekal sama seperti dahulu, ataupun makin meningkat ke tahap yang lebih baik....mudahan dakwah makin berkembang..sesungguhnya kita yang memerlukan dakwah ini, bukan dakwah yang memerlukan kita...


baru2 ini saya ada mengikuti Kem Motivasi yang di adakan di telipok...
sangat menarik sebb dah lama xbuat program dengan kanak2 dan remaja..sangat interaktif dan enjoy tgk adik2 soleh ini..

gembira melihat adik2 dan ibu bapa masing2 saling menguatkan antara satu sama lain, saling memahami kehendak masing...

slot yang saya bawa adalah "surat cinta untuk bonda"....

bab mcm nie memang saya sensitif gak..sebb tuh saya suka bawa slot ttg ibu bapa...

terharu dengan luahan hati ibu2, yang paling menyentuh saya bila seorang ibu itu mengatakan bahawa dia telahpun memaafkan dosa dan kesalahan anaknya semenjak dari rahim lagi...

betapa pengorbanan ibu bapa sangat besar, walalupun kita sebagai anak sellau menyakitkan hati mereka, membuat mereka menangis...

luahan anak2 juga tidak kurang touching. sehingga ada ibu2 yang menangis mendengar luahan anak...

moga sama2 kita ambil pengajaran...





















Read more...