Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, February 9, 2011

Bila mula mencipta alasan~




bagaimana iman antum hari ini?
dapatkah kekalkan momentum tarbiyyah kita?
moga semakin bersemangat dan mantap seperti panahan halilintar...
semakin marak obor yang telah dinyalakn...
bagi menerangi jalan menuju kepada Rabb....

manusia....
hidupnya itu sering di timpa masalah dan ujian...
nikmat dan kesenangan...

namun...
jangan kerana dibahumu punya masalah...
ditanganmu punya ujian...
diri mula lemah...
hati mula retak..
fikiranmu mula sasau...
prinsipmu mula goyang...
amanah dakwahmu mula terabai..
sehingga 1001 alasan mula dicipta...

akhawat yang cintai...
jangan sia-siakan energy yang terkumpul semasa sedang menghayati nikmat tarbiyah dahulu...
kemana formula V=IR yang telah kita signifikasikan dalam hidup kita?


akhawat,
betapa sukar membina empayar keimanan ini...
betapa berat bermujahadah untuk komitmen dalam dakwah dan tarbiyyah,
betapa berat istiqamah dalam beramal ibadah...
kita dicanai dengan tarbiyyah bukan sehari..
malah bertahun..

Tidak ada sesuatu yang paling disesali oleh penghuni syurga kecuali satu saat yang pernah mereka lalui didunia yang tidak mereka gunakan untuk mengingat Allah dialamnya ~ HR Thabrani

"futur setelah mujahadah adalah kerosakan pertama"

akhawat,
tulisan ini juga dari sudut hatiku yg dalam..
dan nasihat untuk diri ini agar thabat di jalan asing ini..

wallhualam.. Read more...

Bayangan Hatiku~




Setiap manusia melakukan kesilapan,
Kholiqul insanu dhoi’fa..
Kesilapan itulah yang mengajarku erti sebuah kehidupan dengan sesungguhnya...

Diantara tahu dan sedar...
Sangat berbeza...
Kesedaran itulah yang membawa para sahabat kepada Islam...
Kesedaran itulah menjadikan sumayyah wanita pertama yang mati syahid...
Kesedaran itulah yang melembutkan hati Umar al khottob...
kesedaran itu mengangkat darjat mereka mulia di sisi Allah...
kerana memperjuangkan kalimah tauhid...
memperjuangkan agama yang di redhai...
memperjuangkan syahadah yang telah dimiliki...
dengan jiwa dan harta...
tanpa melihat kepada ganjaran dunia...

dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini...
aku pernah menangis...
aku pernah tersenyum...
namun,
tangisan dan senyuman itu bukan sesuatu yang mudah...
tangisan itu amat sukar diperoleh...
senyuman itu juga amat sukar dicari...
segalanya ditelan dalam kepahitan...
setelah ditelan, disitulah baru terasa kemanisan...
jujur kuakui...
airmata jua menjadi peneman...
kerana diriku berada dijalan yang terasing...simpang yang jarang2 dilalui oleh manusia...
jalan yang dirasakan pelik oleh manusia...
jalan yang banyak duri...tidak ditabur bunga-bungaan...
namun,
ku rasakan kemanisan yang tidak dapat dijual beli oleh sesiapa pun...

jauh disudut hatiku...
sering ku memohon dalam munajatku...
agar aku ditetapkan berada di jalan yang asing ini...
sampai akhir hidupku...ingin bermanfaat kepada umat...
seperti kisah ghulam dan ashabul ukhdud...

bersabarlah wahai diriku...
ujian itu adalah sunnatullah...
beruntunglah bagi org2 yang bersabar..

tulisan ini adalah bayangan hatiku...
Read more...