Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Monday, January 5, 2009

Kita Pewaris Rasulullah Pembawa Panji Islam

Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita ruang dan kesempatan untuk kita mengislah diri dan merenung kembali apakah tanggungjawab dan peranan kita sebagai remaja Islam untuk berhadapan dengan mehna ditengah-tengah masyarakat jahiliah pada hari ini. cabaran memang sangat memerlukan kekuatan dan semangat jihad yang tinggi untuk menghadapinya.lagi-lagi kita sebagai remaja pewaris Rasulullah SAW untuk menegakkan syariat Islam pada hari ini.

Umar Al-Khattab r.a pernah mengatakan bahawa jika hendak melihat kekuatan sesebuah Negara, lihatlah keadaan remajanya. bagaimana keadaan kita ?
sahabatku sekalian, memang ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini sudah tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya. Satu generasi yang paling ditakuti oleh orang2 kafir ialah generasi Rabbani, iaitu generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. Generasi yang mempunyai sifat yang zuhud dan takutkan Allah tetapi juga punya jihad yang tinggi. Firman Allah SWT:

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." (Al-imran: 79)

Generasi inila sebenarnya yang menjadikan umat Islam hebat pada suatu masa dahulu. iaitu generasi yang kian hilang sedikit demi sedikit. mengapa perkara ini belaku? semua ini adalah angkara kafir laknatullah yang telah merosakkan fikiran kita(remaja khususnya) supaya kita melupakan ajaran agama kita, melupakan Al-quran sebagai petunjuk dan jalan untuk kita mendapat bahagia yang hakiki, bukan bahagia yang fana. setelah mereka tewas dengan jihad umat Islam, mereka melancarkan peperangan secara tidak langsung iaitu serangan pemikiran dengan meracuni fikiran remaja Islam dengan hiburan yang melampau2, teknologi hebat yang melalaikan remaja daripada menjalankan tanggungjawab sebenar, mereka ingin melenyapkan generasi Rabbani ini secara beransur-ansur seperti dalam firman Allah SWT:

" Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (surah Fussilat:26)

Hasil daripada serangan pemikiran ini yang melemahkan umat Islam. Fikiran umat Islam sudah dikuasai oleh barat sehingga mereka sudah cintakan dunia dan takutkan mati. sebab itu ramai diantara umat Islam yang bertungkus lumus untuk mengejar harta, pangkat, agar mereka dapat menikmati semua tu sebelum mereka mati meninggalkan dunia yang mereka anggap sebagai syurga mereka didunia. umat Islam sekarang takutkan mati sebab takut akan kehilangan segala-galanya yang ada didunia ini, takut untuk mengamalkan ajaran Islam sebab jika melakukan semua kerja itu pasti akan kehilangan semua harta yang telah dikumpul, pasti kehilangan pangkat yang dikejar2 selama ini .kalau dulu umat Islam amat disanjungi dan dihormati masyarakat dengan sifat zuhud dan kegemilangan dalam tamadun Islam sudah terserlah. tetapi kini, umat Islam disembelih dengan sesuka hati, agama kita sudah diperlekehkan disebabkan generasinya yang telah lenyap. kebanyakan umat Islam pada hari ini bukan tidak tahu dengan hukum2 dan ajaran Islam, tentang dosa dan pahala, tentang syurga dan pahala, tetapi buat2 tak tahu kerana ingin melakukan sesuatu yang disukai nafsu mereka, yang menjadikan nafsu sendiri sebagai Tuhan. Firman Allah SWT:

” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

sudah jelas kepada kita bahawa tugas kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi remaja seperti kita adalah untuk mengubah keadaan masyarakat, membina ummah dan mewujudkan kembali generasi Rabbani. Imam Hasan Al-Hudhaibi pernah mengatakan, tegakkanlah daulah Islam didadamu, nescaya akan tertegak dinegaramu. kata2 ini memberi penjelasan kepada kita bahawa jika ingin mengubah cara hidup masyarakat pada hari ini,mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan kebangkitan Islam semula, kita hendaklah tegakkan, kukuhkan Islam itu pada diri kita terlabih dahulu, barulah Islam akan kembali gemilang bila semua umat Islam telah faham akan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Wahai sahabatku yang mempunyai semangat untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini, marhalah ini sebenarnya cukup panjang dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang banyak, apatah lagi sebagai remaja dan pelajar, kita perlukan satu perancangan yang rapi bukan sikap tergopoh-gapah dalam mengecapi sesuatu. sebab itulah perkara utama yang perlu kita lakukan demi mencapai matlamat kita ialah melalui tarbiyyah fardi, yakni tarbiyyah secara individu bagi memantapkan lagi iman, kesungguhan dan keyakinan kita menyusuri jalan Allah. bagaimanakah matlamat ini akan tercapai jika umat Islam kini sudah tidak tahu akan kepentingan solah pun.

memang ramai dikalangan kita yang tidak mementingkan solah. umat Islam sekarang sudah dianggap lemah, tapi juga dianggap sebagai pengganas, ini semua terjadi disebabkan generasi pada hari ini sudah goyah akidahnya. generasi yang tidak melalui proses tarbiyyah ini pasti akan terperangkap dengan jerat yang dibuat oleh orang2 kafir. proses ini walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan sanggup mengorbankan harta dan jiwanya demi menegakkan syiar Islam.

Jikalau kita melihat kembali sejarah Islam, semasa pemerintahan Sultan Muhammad AlFatih, kita rasa kagum bila beliau Berjaya menawan kota konstantinople ketika umur beliau 19 tahun, ketika masih remaja lagi. kita sedia maklum yang kota tersebut sudah lama ingin ditawan semenjak 800 tahun lagi. hal ini disebabkan tentera2 yang dipilih oleh Sultan Muhammad AlFatih mempunyai akidah yang cukup tinggi serta kuat beribadat. Siltan sendiri seorang yang kuat beribadat buktinya semasa pemilihan imam solat jumaat yang pertama selepas penawanan kota konstantinople, Baginda telah terpilih kerana sentiasa solah diawal waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat(rawatib dan tahjjud) dalam hidup baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"konstantinople akan jatuh ketangan umat Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" (HR Ahmad)

kebangkitan Islam boleh direalisasikan dengan bermulanya tarbiyyah individu muslim dan seterusnya. bagi memulakan usaha daulah Islamiyyah ini kita memrlukan individu yang berkualiti dan mampu melaksanakan resolusi pada masa kini.
sahabatku, kita mulakan dengan diri kita sendiri, Sultan Muhammad AlFatih telah menggunakan masa remaja baginda mempertahankan agama Allah SWT, para sahabat juga mengalami masa remaja mereka dan menggunakannya untuk berjihad dan berkorban pada jalan Allah SWT..jadi mengapa kita tidak boleh.!!

Read more...

Istimewanya Engkau Duhai Hawa...




  1. 7E1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_filelist.xml">
    1. Walaupun wanita tidak ada yang diangkat Allah menjadi nabi, namun kedudukan wanita sangat tinggi di sisi Allah swt kepada wanita, di antaranya;-

    1. 1)Seorang wanita yg solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki solehah.

    2)Seorang wanita yg jahat akhlaknya lebih buruk daripada 1,000 orang lelaki yg buruk akhlaknya.

    3)Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat setengah pahala jihad.

    4)Bagi seorang wanita yg hamil, dua rakaat solat lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

    5)Apabila seorang wanita hamil hingga melahirkan anak, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala bagaikan berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.

    6)Seorang wanita yg meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala syahid.

    7)Jika seorang anak menangis pada malam hari danibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, maka ibu itu akan mendapat pahal ibadah.

    8)Seorang wanita yg melahirkan akan mendapat pahala 70 tahun solat sunat dan puasa, dan setiap kesakitan yg dialaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yg diterima Allah swt.

    9)Apabila seorang wanita tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yg sakit atau demam, maka Allah swt akan memberinya ganjaran seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.

    10)Seorang wanita yg tidak dapat tidur pada waktu malam kerana menyusui anaknya, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala 12 tahun ibadah.

    11)Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman sekitar Ka'abah.

    12)Seorang iateri yg mendorong suaminya utk keluar di jalan Allah, dan ia redha serta rela menanggung sedikit penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya memasuki syurga, dan wanita itu menanti di pintu syurga.

    13)Seorang wanita yg memerah susu sapi dan diawali dengan bismillah, maka Allah swt akan memberi keberkatan rezeki bagi penduduk rumah itu.

    14)Seorang wanita yg memandang kepada lelaki yg bukan mahram, maka Allah swt akan mengutuk wanita tersebut.

    15)Seorang isteri yg mengerjakan solat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga melalui mana2 pintu syurga yg dia kehendaki.

    16)Semua penghuni syurga akan menemui Allah swt yg kekerapannya tergantung kpd amalannya di dunia, tetapi wanita yg memelihara dirinya dr pandangan lelaki yg bukan mahram, maka Allah swt sendiri yg akan datang kepadanya.

    Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda,

    "Apabila seorang wanita mengerjakan solatn 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya, serta taat kepada suaminya, maka ia pasti masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya".

Read more...

Dosa yang lebih besar daripada berzina

<7E1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_filelist.xml">

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalanterhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia beradadalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruhwajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya.Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidakdapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyakhidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s.Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Makaterdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu laluberjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderaitatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agarTuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.""Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Sayatakut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "KepalaNabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dariperzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsungsaya... cekik lehernya sampai... tewas," ucapwanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuanbejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahkukarena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan matakarena jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancurluluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar daridalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu haruskemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagikaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pulamanusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,betapa jahat perbuatannya. ; Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yanglebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripadaperempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untukmenghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untukmemohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dantanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itutidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambanya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada dijalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerimakedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebihbesar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahundi dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi,mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untukmelaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepadasaudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Daripada Ibnu Abbas r.a,sabda Rasulullah SAW:
"..2 mata yang tidak akan dsentuh api neraka, mata yang berhirasah(bangun malam) dijalan Allah dan mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT.."
Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfirukawa atuubuilaiik.
Wassalam.


http://www.halaqah-online.com

Read more...

Kasih Sayang Perlu Pembuktian..

1 Januari 2009. Hijrah baru ! Tekad baru ! Semangat baru!
2008 melabuhkan tirainya dengan ledakan bom di bumi Palestine. Israel nampaknya tidak mengendahkan kecaman dan kutukan dunia. Seluruh dunia tertumpu ke sana, perasaan sebak segalanya berbaur haru...

sayangnya masih ramai rakyat Malaysia yang leka dan alpa, masih terkinja-kinja dengan dengan pesembahan Mawi, M Nasir, Estranged menyambut tahun baru! Sedangan pemimpin Dubai... Sheikh Mohd Rashid al Makhtum mengisytiharkan semua sambutan tahun baru di Dubai dibatalkan kerana menghormati apa yang berlaku di Palestine... kita di Malaysia?

Di manakah nilai kasih sayang kita pada adik dan abang kita? Sanggupkah kita berpesta tika mana ibu dan kakak kita dibunuh? Kasih sayang bukan hanya di bibir... ia perlu dijelmakan... perlu pembuktian! Menelusuri sirah memerhati kasih sayang agung yang wujud antara orang Islam tika hijrah rasul ke Madinah... tentunya ia bukan semata pengaruh dan kerja manusia, ia adalah kurniaan dan rahmat Allah SWT.Firman Allah yang bermaksud:

“Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, tetapi Allah telah menyatupadukan diantara hati mereka…” [al-Anfal :63]

Hasil pertama kasih sayang adalah it’thar yang lahir antara golongan muhajirin dan ansar sehinggalah mereka menjadi golongan yang bersaudara. Persaudaraan kerana Allah inilah yang meleburkan segala ketaksuban. Tiada kemegahan kecuali dengan Islam..dan tiada ketinggian kecuali dengan Iman. Dengan persaudaraan, seorang individu akan bergerak hasil kecintaan pada kumpulannya dan tidak lagi melihat kepentingan dirinya. Kepentingan kumpulannya diutamakan. Persaudaraan ini tumbuh dalam masyarakat beriman, mengeluarkan hasil di bawah bayangan ajaran rabbani..Itu ketika permulaan Hijrah di Madinah, kini di permulaan Hijrah 2009, semoga rakyat Malaysia khususnya Muslim akan bersatu hati dengan penduduk Gaza yang mengharungi detik-detik sengsara, agar kita akan lebih peka terhadap saudara kita di Palestine yang berusaha siang dan malam mempertahankan Masjid Al Aqsa... dan agar kita bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan berdoa sungguh - sungguh pada yang Esa. Benarlah, kasih sayang perlu pembuktian, ia perlu dijelmakan!Nukilan:Ustadzah Hidayah Ahmad Azam,Wanita ISMA Melaka.
Petikan daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Read more...

Mana Tiang Rumah Saya???


S

olat Asas Agama,Mengapa Masih Diremeh??

“Sesungguhnya solat itu mencegah (dari perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”
[Al - Ankabut : 45]

Ibadat solat adalah merupakan sebesar-besar ibadat yang mendekatkan para ‘abid (hamba) kepada Ma’budnya (sebesar-besar persembahan yang dipersembahkan hamba kepada Tuhannya) dan seteguh-teguh shilat (perhubungan) yang menghubungkan makhluk manusia dengan Kholiqnya.Perlulah kita semua terutamanya bagi mereka yg lebih tahu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang sempurna tanpa berbelit-belit kepada saudara-saudara kita yang mengerjakan solat dengan tata tertib yang jauh dari nidham (aturan) yang benar serta jauh dari sifat yang disifatkan oleh Rasulullah saw dengan perkataan dan perbuatannya. Lebih-lebih lagi bimbingan perlu diberikan kepada kenalan-kenalan kita samada yang mensia-siakan solat ataupun tidak mahu mendirikannnya.

Bagaimana juga umat Islam hendak mengubah dunia jika solat yang sepatutnya dikerjakan 5 kali sehari telah menjadi 5 hati hanya sekali sahaja. sangat berbeza dengan umat Islam pada zaman dahulu sebagai contoh Sultan Muhammad Al-Fatih walaupun masih begitu muda tetapi Berjaya menawan kota konstantinople sedangkan sudah berates tahun cuba dirampas kembali oleh umat Islam namun tidak Berjaya. Ini telah disabdakan oleh Nabi SAW sesungguhnya akan ada seorang yang akan dapat menawan kota konstantinople(umat Islam juga), dia adalah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad Al-fatih merupakan seorang hamba Allah yang sangat luar biasa ibadahnya begitu juga dengan tenteta baginda. Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib pun..hebat kan..Demi menunaikan sebahagian kewajiban sebagai seorang islam terhadap umat islam, maka di sini disiarkan secara berperingkat tentang pedoman solat. Mudah-mudahan dengan inayat Allah, bermanfa’atlah ia untuk pedoman kita semua terutama bagi mereka yang menghajatinya.Pedoman ini disusun dengan berhati-hati yang berpegang kepada nas dan hadis yang diterima oleh para ahli hadis yang muktabar.

Untuk memudahkan, tiada diterakan lafaz-lafaz arab selain dari yang diperlukan lafaznya sahaja.Akhir kata, mudah-mudahan dengan taufiq Allah swt, dari masa ke semasa dapatlah kita bersama memperhatikan urusan solat yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan mendirikannya bersesuaian dengan tuntutan sunnah hingga dapatlah ibadat solat menjadi tali penghubung antara 'abid dan Ma'budnya.Ya Allah..Taufiqkanlah kami kepada melaksanakan ibadat solat dgn sebaik-baiknya sesuai dengan sunnah nabi Mu yang telah mengharuskan kami mendirikan solat sesuai dengan solatnya.Wallahul muwafiqu wal haadi ila sabili rasyad. Wabillahitaufik. Wasallam.

Read more...