Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Thursday, July 9, 2009

Antara 2 Jalan...



Assalamualaikum w.w.b

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada adik-adik yang berjaya melangkah lagi kehadapan dengan menerima tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) ini.

Pasti adik-adik semua membawa harapan tinggi menggunung setinggi gunung kinabalu, macam lagu ni..” tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu”..hmmm memang femes lagu ni dalam kalangan orang2 disabah, tak pun setinggi gunung Everest lah..yalah kerana kita sebenarnya membawa harapan ibu bapa yang selama ini bersusah payah, berkorban, membanting tulang, mungkin juga mengikat perut demi memastikan anak kesayangannya berjaya sehingga mencapai kejayaan ketahap sekarang kan. Semua pengorbanan itu agar kita dapat belajar dengan selesa sekaligus cemerlang dalam pelajaran.
.

Saya pasti adik-adik semua juga pernah merasakan kesusahan hidup. Tapi ketahuilah adik-adik, kemiskinan hidup kita itu bukanlah penghalang untuk kita menempah kejayaan seperti orang lain. Kita semua adalah sama, tidak kira miskin atau kaya kerana disisi Allah SWT yang terbaik diantara hambaNya ialah yang paling takwa, maknanya kita berbalik soal hati kita. Hati yang menjadi raja bagi seluruh angggota badan kita, yang memandu kemana jalan kita selepas ini. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain amat berharap adik-adik semua yang bakal menerajui pemimpin pada masa hadapan agar sentiasa berfikiran positif dan matang agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa berada disekeliling kita. Saya juga amat yakin ramai diantara adik-adik yang masih keliru dan mungkin juga menyesal memasuki IPT terutamanya di bumi sabah ini. Tapi adik-adik, dimana pun kita berada tetap mempunyai matlamat yang sama, tujuan yang sama Cuma yang bezanya mungkin sistem di IPT tertentu. Oleh itu, buat apa kita nak membeza-bezakan IPT mana yang terbaik untuk kita. Allah SWT telah menentukan yang terbaik untuk kita. Siapakah yang terbaik keputusannya selain daripada keputusan Allah SWT?

Kepada adik-adik yang kami sayangi, saya dan juga warga SPL amat mengharapkan agar adik-adik tidak mensia-siakan masa dan juga peluang yang ada ini kerana ramai lagi sebenarnya sahabat-sahabat kita yang lain tidak berpeluang untuk menempatkan diri dalam IPTA/S. Kita ni sudah sangat-sangat beruntung. Kita cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa tujuan kita datang ke sini tercapai. Tapi adik-adik kena muhasabah balik adakah betul tujuan kita ke sini adalah semata-mata untuk belajar sahaja?? Adakah kita datang ke sini hanya untuk merangkul anugerah?? Memang itulah harapan kita dan juga impian kita bila berada di Universiti. Sebenarnya amanah yang kita pegang bukan sahaja membawa segulung ijazah untuk ibu bapa kita tetapi nilai peribadi kita yang akan kita beri dan bawa untuk mereka kelak. Iaitu menjadi insan yang berakhlaq mulia. Dimana titik permulaan semua tu?? Bagaimana kita nak memulakan anjakan paradigm?? Disinilah kita cuba untuk manilai sendiri peribadi kita yang selama ini tersembunyi.

Wahai adik-adik yang saya sayangi, kita menilai kejayaan
hidup kita bukan dengan neraca dunia., Jika dalam fikiran kita nak berjaya sebab nak dapat kerja dan beli kereta besar, rumah besar, bilik besar, pasangan pun besar, ataupun makan besar pasti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Saya bukan memandai-mandai untuk berkata begini tetapi sudah dinyatakan oleh Pencipta kita yakni Allah SWT. Ukuran siapakah yang lebih tepat daripada ukuran yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya?? Dia yang telah menciptakan segala isi langit dan bumi dengan begitu sempurna sekali pasti tidak akan pernah silap pernilaian. Kalau kita telah menganggap diri kita telah berjaya kerana banyak merangkul anugerah ataupun keputusan yang cemerlang, itu hanya kejayaan dunia yang pada hakikatnya bersifat fana. Apakah ukuran dan neraca Allah yang sepatutnya kita pegang?? Keimanan dan amal soleh, yang bersifat hakiki. Kejayaan dunia ini mungkin akan berakhir 30 tahun dari sekarang. Itu kita tidak akan tahu tetapi yang pasti ia akan berakhir.

Oleh itu, saya menyeru kepada adik-adik khususnya dan seluruh warga SPL agar bersama-sama berkongsi neraca kejayaan yang sebenarnya. Semoga Allah SWT tidak memasukkan kita kedalam golongan orang yang rugi didunia dan juga rugi diakhirat. Diri inilah yang sepatutnya lebih muhasabah. Semoga kita semua khususnya wagra SPL akan terus maju dan maju kehadapan. Selamat melanjutkan pelajaran di universiti Malaysia sabah!!!

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."