olat Asas Agama,Mengapa Masih Diremeh??
“Sesungguhnya solat itu mencegah (dari perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”
[Al - Ankabut : 45]
Ibadat solat adalah merupakan sebesar-besar ibadat yang mendekatkan para ‘abid (hamba) kepada Ma’budnya (sebesar-besar persembahan yang dipersembahkan hamba kepada Tuhannya) dan seteguh-teguh shilat (perhubungan) yang menghubungkan makhluk manusia dengan Kholiqnya.Perlulah kita semua terutamanya bagi mereka yg lebih tahu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang sempurna tanpa berbelit-belit kepada saudara-saudara kita yang mengerjakan solat dengan tata tertib yang jauh dari nidham (aturan) yang benar serta jauh dari sifat yang disifatkan oleh Rasulullah saw dengan perkataan dan perbuatannya. Lebih-lebih lagi bimbingan perlu diberikan kepada kenalan-kenalan kita samada yang mensia-siakan solat ataupun tidak mahu mendirikannnya.
Bagaimana juga umat Islam hendak mengubah dunia jika solat yang sepatutnya dikerjakan 5 kali sehari telah menjadi 5 hati hanya sekali sahaja. sangat berbeza dengan umat Islam pada zaman dahulu sebagai contoh Sultan Muhammad Al-Fatih walaupun masih begitu muda tetapi Berjaya menawan
Untuk memudahkan, tiada diterakan lafaz-lafaz arab selain dari yang diperlukan lafaznya sahaja.Akhir kata, mudah-mudahan dengan taufiq Allah swt, dari masa ke semasa dapatlah kita bersama memperhatikan urusan solat yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan mendirikannya bersesuaian dengan tuntutan sunnah hingga dapatlah ibadat solat menjadi tali penghubung antara 'abid dan Ma'budnya.Ya Allah..Taufiqkanlah kami kepada melaksanakan ibadat solat dgn sebaik-baiknya sesuai dengan sunnah nabi Mu yang telah mengharuskan kami mendirikan solat sesuai dengan solatnya.Wallahul muwafiqu wal haadi ila sabili rasyad. Wabillahitaufik. Wasallam.
No comments:
Post a Comment
"..Thanks for your concern. I appreciate that.."