Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sunday, January 4, 2009

Salam Mujahadah

Salam perjuangan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)Dalam kita mengembangkan dakwah Islamiyah, semangat jihad dalam umat islam perlu dipupuk segaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.Sudah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam umtuk menegakkan akidah Islam agar risalah Islam dapat disebarkan keseluruh pelosok dunia. Allah SWT juga telah memberi penjelasan tentang tanggungjawab kita sebagai umat yang terbaik yakni "khaira ummah" sebaik sahaja kita dilantik menjadi khalifah dimuka bumi Allah SWT. Tetapi bagaimana yang dimaksudkan dengan umat yang terbaik? iaitu bilamana kita menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar serta beriman kepada Allah SWT.Jika kita kaji sirah perjuangan Rasulullah SAW ketika memerangi musuh Islam, kaum lelaki memegang tanggungjawab yang sangat besar dalam menegakkan Syiar Islam. Jika kaum lelaki gugur dimedan perang, mereka diletakkan disisi Allah SWT, tetapi apakah wanita juga berperanan yang sama. terdapat juga wanita pada zaman Rasulullah yang turut serta di medan perang tetapi ianya diterima dalam Islam. Suatu hari bila Zainab bertanyakan tentang peranan wanita dalam jihad, easulullah SAW bersabda bahawa jika seseorang wanita itu taat pada suaminya dan mengakui hak-haknya, maka pahalanya adalah menyamai pahala orang yang berjihad.Wanita yang diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki, adalah berperanan dalam membantu dalam dakwah dalam mengembalikan maruah dan izzah umat Islam agar dakwah lebih futuh, salah satu cara untuk merealisasikan ialah berusaha untuk mentarbiyyah diri dan melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."