Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Monday, January 5, 2009

Kasih Sayang Perlu Pembuktian..

1 Januari 2009. Hijrah baru ! Tekad baru ! Semangat baru!
2008 melabuhkan tirainya dengan ledakan bom di bumi Palestine. Israel nampaknya tidak mengendahkan kecaman dan kutukan dunia. Seluruh dunia tertumpu ke sana, perasaan sebak segalanya berbaur haru...

sayangnya masih ramai rakyat Malaysia yang leka dan alpa, masih terkinja-kinja dengan dengan pesembahan Mawi, M Nasir, Estranged menyambut tahun baru! Sedangan pemimpin Dubai... Sheikh Mohd Rashid al Makhtum mengisytiharkan semua sambutan tahun baru di Dubai dibatalkan kerana menghormati apa yang berlaku di Palestine... kita di Malaysia?

Di manakah nilai kasih sayang kita pada adik dan abang kita? Sanggupkah kita berpesta tika mana ibu dan kakak kita dibunuh? Kasih sayang bukan hanya di bibir... ia perlu dijelmakan... perlu pembuktian! Menelusuri sirah memerhati kasih sayang agung yang wujud antara orang Islam tika hijrah rasul ke Madinah... tentunya ia bukan semata pengaruh dan kerja manusia, ia adalah kurniaan dan rahmat Allah SWT.Firman Allah yang bermaksud:

“Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, tetapi Allah telah menyatupadukan diantara hati mereka…” [al-Anfal :63]

Hasil pertama kasih sayang adalah it’thar yang lahir antara golongan muhajirin dan ansar sehinggalah mereka menjadi golongan yang bersaudara. Persaudaraan kerana Allah inilah yang meleburkan segala ketaksuban. Tiada kemegahan kecuali dengan Islam..dan tiada ketinggian kecuali dengan Iman. Dengan persaudaraan, seorang individu akan bergerak hasil kecintaan pada kumpulannya dan tidak lagi melihat kepentingan dirinya. Kepentingan kumpulannya diutamakan. Persaudaraan ini tumbuh dalam masyarakat beriman, mengeluarkan hasil di bawah bayangan ajaran rabbani..Itu ketika permulaan Hijrah di Madinah, kini di permulaan Hijrah 2009, semoga rakyat Malaysia khususnya Muslim akan bersatu hati dengan penduduk Gaza yang mengharungi detik-detik sengsara, agar kita akan lebih peka terhadap saudara kita di Palestine yang berusaha siang dan malam mempertahankan Masjid Al Aqsa... dan agar kita bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan berdoa sungguh - sungguh pada yang Esa. Benarlah, kasih sayang perlu pembuktian, ia perlu dijelmakan!Nukilan:Ustadzah Hidayah Ahmad Azam,Wanita ISMA Melaka.
Petikan daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."