Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Thursday, May 6, 2010

~RIBA?? ....(T_T)~



Assalamualaikum wwb...

Saja nak citer, baru- baru nie aku ada menghadiri satu majlis ilmu di masjid UMS yang berkaitan dengan “RIBA”.....pada awalnya aku memang tidak niat nak kesana..tapi memandangkan ada meeting dengan akhwat kat masjid so baik dengar ceramah sekali..
Apapun, aku sangat3x bersyukur sebab Allah izinkan aku mendengar ceramah yang sangat menggetarkan jiwaku (seperti dalam lagu P. Ramle)...mungkin kita tidak sedar selama ini, kita terlibat dengan riba. Kita tidak sedar kereta yang mak ayah kita beli daripada pinjaman riba atau tidak. Kita malah tdak terfikir samada rumah yang kita duduki sekarang adakah bersumberkan wang riba atau tidak?? Dan wang PTPTN yang kita dah belanjakan untuk makan sekarang adalah riba atau tidak? Jujur, amat terkesan di hatiku...(T_T)


Aku tidaklah profesional dalam membincangkan soal kewangan, apatah lagi sistem kewangan islam. Namun, ceramah yang di sampaikan oleh Ust Muhammad Hafiz Fauzi ini sangat membuka mata aku...muqaddimah yang disampaikan dimulakan dengan membaca ayat2 Allah (merdu alunan bacaan dia), surah al-baqarah ayat 275-281;

“ orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barang siapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. “(275)

Subhanallah!!

Rupanya orang2 yang terlibat dengan riba ini memang gila ek? Tengok saja “Along”..(bukan along aku ya..aku pun di panggil along, hoho..) Along nie sanggup menetak mangsa, mencederakan mangsa, membuat mangsa jadi tidak tenteram, dan sanggup membunuh mangsa. Memang tidak waras kan...subhanallah!! maha suci Allah daripada perkara2 seperti itu. Mengapa mereka dikatakan gila?? Allah menukilkan dengan hebat dalam kalamNya, ada golongan yang mengatakan bahawa jual beli itu sama jer dengan riba. Xda beza pun...subhanallah..mereka seolah2 mengatakan bahawa SYURGA dan NERAKA itu sama saja...?? menurut pandangan pembaca..adakah sama??

Mungkin anda, dan aku juga pernah tersilap. Manusia itukan dhoif. .banyak kelemahan. Yang menjadi masalah sekarang bila kita diperkenalkan dengan sistem kewangan islam, produk2 islam, perniagaan cara islam...tapi bagi kita semua itu xda beza dengan sistem barat, kononnya sistem kewangan barat adalah sistem yang paling stabil sekali...namun hakikatnya, sistem kewangan islam adalah sistem yang paling stabil kerana formulanya daripada Allah sendiri. Termaktub didalam al-quran bahawa islam adalah jalan penyelesaiannya bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah ekonomi yang merundum sekarang.umat islam sendiri tidak mahu mengkaji al-quran...maafkan diri ini ya Allah..


Allah berfirman lagi;
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelimang dosa.” (276)

Ust itu ada menceritakan mengenai kisah semasa dia memberi ceramah beekenaan riba juga. Setelah selesai majlis sorang hamba Allah memanggilnya dan menceritakan bahawa apa yang dikatakan itu benar. Hamba Allah ini memceritakan ada seorang sabahatnya yang dulu sangat kaya, punya banyak cawangan perniagaan dan dia sangat berbangga kerana sumber yang diperolehinya untuk berniaga itu hasil daripada pinjaman riba. Dalam ayat diatas Allah menyebut “ memusnahkan riba”, maksud di sini ialah Allah akan menarik barokah orang2 yang terlibat dengan riba. Sambungan dari kisah tadi, sahabatnya ini lama kelamaan jatuh bangkrup. Semua orang memulaukannya malah ahli keluarganya sendiri tidak mahu menerimanya lagi. Sekarang dia pekerja biasa sahaja dengan gaji yang cukup makan. Begitulah Allah mencabut keberkatan rezekinya kerana tidak halal. Maaf, bukan mahu mengaibkan sahabat ini tapi sekadar mahu memberi contoh agar lebih realitis.

Sambung Allah;

“ sungguh, orang-orang yang beriman, mengerjakan kebajikan, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya,. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (277)

Indahnya kasih sayang Allah swt. Betapa lembutnya Allah..inilah kalimah yang sangat mententeramkan hati kepada setiap yang membacanya. Allah tenteramkan jiwa kita yang gundah, Allah menyiram kembali jiwa kita yang kekeringan..yang dahagakan kelembutan dan kehalusan kasih sayang Allah. Bila kita yakin janji Tuhan, kita tidak perlu khuatir dan janganlah bersedih hati. (T_T).............

“ wahai orang2 yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman.” (278)

Dengar ayat nie, teringat akaun yang aku gunakan sekarang...huhu...takutnya ya Allah..jujur, aku tidak menggunakan islamik banking...dalam hati nekad mahu menukar..(nekad)

“ jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan rasul Nya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok harta mu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan). (279)

Subhanallah!! aku dan anda semua perlu lekas2 bertindak. Allah mengumumkan PERANG keatas orang2 yang terlibat dengan riba. Dalam banyak2 dosa2 besar, inilah antaranya dosa besar yang Allah umumkan PERANG keatas pelakunya...zina? Allah tidak umumkan perang.

“ dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tegangan waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkan, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengerti. “(280)

“ dan takutlah pada hari ketika kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang dilakukannya dan mereka tidak dizalimi (dirugikan). “ (281)

Alhamdulillah, walaupun aku tidak banyak mengetahui banking sistem nie, al least aku sedar riba ini membunuh ummat. Setelah selesai ceramah tu, keesokan paginya aku dan sorang junior aku nak gi bank CIMB, tukar ke islamik banking...tapi...kitorang xdapat sebab..xtau apa sebabnya, kitorang kena gi cawangan lain la pulak..mudahan Allah memaafkan kami semua...amin..(T_T)..hukhuk...
Wsalam..

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."