Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Saturday, May 15, 2010

~Mari malihat dengan mata hati~



Alhamdulillah,
Aku manarik nafas lega, Allah memudahkan segala urusan aku waalupun time student semua dah balik kampung menikmati suasana kampung halaman, manikmati masakan mak yang sedap, bersama keluarga....
Tapi, aku masih lagi di UMS...
Menunaikan hak sesama muslim....alhamdulillah, selesai juga akhirnya.



Gembira aku melihat wajah-wajah suci adik2 SMA Toh Puan Hajah Rahmah, gembira menyambut kedatangan kami semua. Senyuman mereka tidak aku lupakan..inilah kali pertama aku berada di sekolah ini. sebelum nie pun aku tidak pernah mendengar nama sekolah nie..dengar2 sekolah nie sangat hebat2...syukur Allah takdirkan aku berjumpa dengan pelajar2 kat sini.

Pengalaman yang paling indah bersama mereka, rindu dengan suasana asrama. Dulu, aku juga pelajar sekolah asrama di tawau. So, aku tidak kekok untuk menginap di asrama mereka. Dapat mempelajari benda baru juga...

Sebenarnya, ada beberapa palajar sekolah nie yang aku memang dah kenal sebab mereka pernah terlibat dengan program bengkel debat arab 1 di UMS...sebab tuh rasa rindu dengan mereka semua. insyaAllah, jika ada rezekii akan bekerjasama dengan mereka lagi.

Pendekatan yang digunakan dalam program kali ini ialah “ antara semalam dan hari ini” dimana kitorang membincangkan secara detail mengenai sejarah umat Islam yang pernah gemilang sehingga kejatuhan umat Islam. Sejarah ini sangat penting bagi menentukan siapa kah diri kita..apa peranan kita...dan bagaimana mahu menghadapi cabaran2 masa depan yang penuh mehna dan tribulasi.

Slot yang aku paling suka ialah slot “ malam seribu keinsafan”. Bagi aku, slot ini adalah kemuncak program kerana salah satu objektif program ini ialah menerbitkan keinsafan dalam diri, dengan menyedari peranan sebagai khalifah dimuka bumi, dengan menyedari segala pengorbanan ibu bapa yang selama ini bertungkus lumus untuk mencari nafkah sehingga kita berjaya sehingga ke hari ini...

Air mata keinsafan akhirnya mengalir jua..teresak2 mereka menyesali perbuatan mereka terhadap kedua ibu bapa...teresak2 menginsafi dosa yang pernah mereka lakukan...aku Cuma mahu adik2 semua tahu, siapapun ibu bapa kita...mereka tetap ibu bapa kita dunia dan akhirat...aku Cuma mahu adik tahu, betapa selama ini kasih sayang dan kecintaan ibu bapa kita sangat mendalam....air mata ku jua turut mengalir...(T_T)

Pelajar2 SMA Toh Puan Hajah Rahmah nie sebenarnya memang sangat hebat2. Mereka punya potensi...bagi aku, orang sabah memang banyak potensi...(^_^)


Aku sangat bersyukur kerana Allah beri peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mereka, walaupun aku tahu nak dibandingkan ilmu aku dengan mereka, apalah sangat..mereka lebih faqih..berkongsi pengalaman nie bagus jugak..adik2 nie akan bakal ke menara gading, so banyak cabaran dan ujian yang akan di hadapi. Kalau ikut pengalaman aku, banyak jugak lah..(^_^)

Best sangat melihat adik2 nie semua bersemangat. Seperti sudah terbayang2 universiti idaman masing-masing...apapun, perkongsian ini memang sangat bermakna untuk mereka.. kuliah subuh diakhiri dengan laungan bersemangat “ aku mahu manjadi luar biasa” dan takbir...ya Allah, berilah mereka kejayaan yang mereka dambakan ini, demi agamaMu yang tercinta.

Perpisahan ini, bukan bererti pertemuan berakhir di sini...mudahan Allah izinkan untuk bertemu mereka di masa yang akan datang..insyaAllah...

Seperti tak mahu berpisah rasanya...(T_T)







No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."