Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Thursday, January 8, 2009

Peranan Tarbiyyah Islamiyyah


etikan daripada kata-kata Amir syakib Arsalan:
" Banyak surat sampai kepadaku samada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syiria, Iraq, dan negara kamu (Palestine). Penulis-penulisnya mencadangkan satu muktamar Islam, atau melantik khalifah atau yang seumpamanya. Namun, seperti biasa aku menjawab:
" kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melakukan tarbiyyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu ingin mengumpulkan angka-angka kosong? 1

Namun,apakah itu tarbiyyah? Tarbiyyah adalah program Al-quran yang mengubah satu titik kesatu titik lain, dengan perkataan lain mengubah suatu keadaan daripada tidak baik kepada kebaikan. Proses tarbiyyah memerlukan masa yang panjang tetapi proses inilah yang sangat penting dalam membentuk peribadi muslim atau generasi Rabbani.

Tarbiyyah fardi atau individu merupakan salah satu marhalah yang mesti dilalui oleh setiap muslim bagi mencapai "khaira ummah" yakni umat terbaik yang diciptakan untuk manusia yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah. Peranannya sangat penting dalam rangka membentuk seorang muslim yang betul-betul teguh keimanannya dan yakin jalan yang dilaluinya adalah jalan yang pernah disusuri oleh Rasulullah SAW bersama-sama dengan sahabat-sahabat baginda, iaitu jalan dakwah. Usaha ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara contohnya usrah@halaqah yang mana merupakan modul terpenting dalam merealisasikan kebangkitan Islam semula pada abad ini.

Perjalanan dakwah merupakan perjalanan yang sukar, bukan seperti jalan yang ditaburkan bunga atau jalan yang dihampar permaidani tetapi penuh dengan onak duri disepanjang perjalanan. Firman Allah SWT:

" Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."

(Al-Ankaabut: 1-3)

Tarbiyyah berperanan menjadikan umat Islam sebagai generasi umat yang berbeza didunia. Sebelum kedatangan Islam, jahiliyyah sangat berleluasa kerana tidak mempunyai sebarang rujukan dan panduan hidup. Jadilah hidup mereka porak peranda dan sering berbalah diantara satu sama lain. Mereka hidup dalam keadaan yang menghinakan. Ini adalah kesan daripada tidak menerima tarbiyyah. Diantara ciri-ciri umat jahiliyyah:

1) Al-Jahlu : iaitu jahil, jahil tentang akidah, matlamat hidup dan pemikiran. Mereka tidak mempunyai sebarang peraturan hidup atau undang-undang dalam mempertahankan hak asasi manusia.

2) Az-zillah : Hina. Firman Allah SWT:

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah," (At-Tinn: 4-5)
Ayat ini menjelaskan kita tentang asal kejadian manusia yang sebaik-baiknya tetapi jatuh pada tahap kehinaan bila tidak menggunakan ilmu dan akal yang dikurniakan kepada mereka. Hal ini terjadi bila manusia tidak ditarbiyyah dan lari dari fikrah yang sebenar. Sebagai contoh amalan penghambaan.
3) Ad-dhaif : Firman Allah SWT:

" Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumNya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

(An-Nisa': 28)

Sifat manusia yang lemah juga akan membawa kepada kejatuhan umat jika tidak mempunyai persediaan iman yang teguh.

4) Al-Furqah: Umat jahiliyyah sentiasa berpecah belah. Setelah kedatangan Islam, satu perubahan besar berlaku bila puak-puak yang dulunya berbalah sejak berkurun lamanya akhirnya bersatu kembali. kehadiran tarbiyyah Islamiyah salah satunya membawa kebaikan/islah kepada dunia dan menyelamatkan manusia daripada kejahilan dan perpecahan.

Syed Qutb pernah berkata," Rasulullah SAW telah berjaya mencetak Al-quran, bukan pada kertas tetapi dihati para sahabat baginda dan Al-Quran itu sentiasa berjalan dimuka bumi Allah. Tarbiyyah Rasulullah SAW telah menghasilkan insan yang bersifat Rabbani atau generasi Al-Quran. Mereka memperjuangkan Al-Quran dan menebarkan sayap keseluruh pelosok bumi untuk memberi kesejahteraan dan kenikmatan Islam kepada seluruh umat.

Tarbiyyah Al-Quran dapat membentuk insan berkualiti dalam semua aspek kehidupan. Setiap muslim memerlukan fiqh yang betul dalam mengislah diri. Hanya orang diberi kefahaman tentang ilmu, agama serta ikhlas kepada Allah sahaja yang mengetahui kepentingan serta kewajipan dakwah dan marhalah-marhalah yang perlu dilaluinya.
Petikan daripada kitab Tariq Ad da'wa:

" Jalan dakwah hanya satu, Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah SWT. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah dan ukhuwah. Rasulullah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka diatas dasar mahabbah dan ukhuwah. berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah, dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi."

Balasan bagi orang-orang yang sanggup berkorban pada jalan ini sangatlah besar. tidak ada anugerah yang paling mulia selain daripada keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat. Firman Allah SWT:

"Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat Yang baik di Dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah Yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) Yang demikian itulah kejayaan Yang besar."


Kata-kata hikmah As-Syahid imam hasan al-hudaibi:
"Tegakkanlah daulah Islam dalam hati kamu, supaya daulah Islam tertegak dibumi kamu."
Mengislah diri adalah manhaj yang perlu kita lalui.
Wallahu'alam…


Peranan Pelajar
Kekalnya generasi Islam bergantung penuh kepada usaha generasi akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanan yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa yang lain didunia. Ia akan kekal jika dibentuk dengan acuan Islam itu sendiri.
(Petikan daripada buku"Peranan Pelajar" karangan Al-Maududi)

Peranan yang paling penting bagi seorang pelajar dalam persediaan membentuk peribadi muslim sejati ialah mengamalkan cara hidup Islam dengan sebenar-benarnya, dalam erti kata yang lain berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran serta menyeru padanya. Firman Allah SWT:

" Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata."

(Al-Baqarah: 208)

Seorang pelajar tidak seharusnya membazirkan masa dengan perkara lagho serta melalaikan dari mengingati Allah SWT kerana kita mempunyai tugas dan kewajipan yang sangat besar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Seorang pelajar hendaklah menyedarkan bersungguh-sungguh bahawa kita adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup diatas muka bumi dengan cara hidup Islam itu sendiri.

Jika kita sudah mempunyai kesedaran keIslaman hendaklah berusaha dan bangun menentang segala bentuk gerakan anti ketuhanan terutamanya anasir buruk serta kefahaman kebendaan yang dibawah masuk oleh barat kedalam pemikiran setiap umat Islam khususnya remaja. Anasir ini telah membunuh jiwa umat Islam dengan meragukan akidah umat Islam serta melemahkan umat yang beriman.

Pelajar di IPT khususnya merupakan zaman permulaan yang terbaik bagi melaksanakan tugas ini kerana pada usia inilah semangat untuk berjuang berkobar-kobar, dan kita tidak mungkin akan melepaskan peluang dan kesempatan yang kita ada demi mempertahankan kalimah Allah dimuka bumi ini. Firman Allah SWT:

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)." (Al-Ankabut: 64)

"Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman." (Az-Zariyat: 55)

P

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."