Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, January 7, 2009

Cinta Itu Perkahwinan


Cinta dalam Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta itu berputik setelah diijabkabulkan(bercinta selepas berkahwin). Itulah cinta sakral dan qudus serta cinta yang bermaruah. Bukan cinta yang boleh dijual beli dengan murahan sekali. Disinilah kemuliaan Islam apabila agama kita ini memandang cinta itu sebagai suatu yang perlu dipelihara kesuciannya. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia akan digantikan dengan yang lebih baik. Kalau agama melarang cinta antara lelaki dengan perempuan sebelum berkahwin, ia membawa kepada sesuatu perkara yang lebih baik cara untuk menzahirkan rasa cinta itu melalui perkahwinan. Sabda Nabi SAW:

“ Tidak ada yang lebih baik dari dua orang yang bercinta itu kecuali nikah”.
(Ibnu Majah)
Kerana cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Islam adalah agama yang syumul. Oleh itu tidak mungkin Islam menyekat fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi terhadap mahkluk yang lain. Tetapi Islam telah menggariskan cara pelaksaan cinta itu kejalan yang betul dan diredhai Allah. Sungguh Allah SWT amat menyayangi hamba-hambanya. Kenapa Allah SWT menciptakan cinta? Seperti dalam lirik lagu In-team, kerana cinta kita kenal saudara, kerana cinta kenal rasulnya dan kerana cinta juga kita kenal akan pencipta kita. Begitulah sucinya makna cinta itu jika kita salurkan kejalan yang betul. Pendek kata Allah SWT menciptakan cinta ini supaya kita saling sayang menyayangi samada antara makhluk dengan pencipta dan makhluk antara makhluk. Supaya kita tidak bermusuh-musuhan dan berpecah belah antara satu sama lain. Apatah lagi jika kita letak cinta agung ini pada Allah SWT, pasti hidup lebih bahagia bukan sahaja didunia, malah diakhirat yang kekal abadi.Rasulullah SAW pernah bersabda:
” tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri”(Riwayat Ahmad)
Sahabat sekalian, menyayangi saudara kita juga menentukan keimanan. Disinilah sudah terbukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin dicinta dan mencintai.
Tapi bagaimana nak mencari cinta yang betul-betul hakiki? Ada seorang sahabat yang pernah mempersoalkan dirinya yang tidak pernah pun merasa cinta yang betul-betul kekal. Setiap kali bercinta mesti break la, tak serasi la, kadang-kadang bosan la. Kita berbalik dengan niat kenapa kita bercinta? Adakah semata-mata kerana nafsu? Ataupun hanya nak keseronokkan dan sekadar suka-suka?
Jika semua diatas adalah pilihan anda, cinta tersebut tidak akan membawa kemana-mana, malah hanya akan membawa mudarat pada diri sendiri selain mendapat murka Allah SWT. Cinta hakiki itu hanya pada Allah SWT. Jika kita letakkan cinta kita yang teragung hanya pada Allah SWT, pasti tidak akan mengecewakan kita. Bagi saya hanya Allah SWT yang layak kita cintai, selepas itu baru suami itupun cinta pada suami itu bertunjangkan cinta pada Allah SWT. Bukan cinta pada insan yang bergelar pakwe, makwe atau yang sekutu dengannya.
Sahabat, memamg fitrah manusia jika menyukai dan menyayangi seseorang itu, kita sanggup melakukan apa sahaja untuk dia. Sehinggakan sanggup menggadaikan ’dara’ yang merupakan maruah wanita kita.kononnya sebagai tanda cinta abadi mereka. Inilah sikap manusia yang telah mencemarkan kesucian cinta. Akhirnya apa yang mereka dapat setelah membuktikan cinta ’abadi’ mereka itu? Ada yang melahirkan anak luar nikah dan ada yang sanggup membunuh diri kerana si lelaki yang pernah melafaz janji sehidup semati tidak bersedia lagi untuk membina keluarga.
Kita lupa bahawa Allah SWT yang patut kita cintai. Allah SWT yang menciptakan segala isi yang ada dilangit dan dibumi, malah menciptakan cinta itu sendiri. Dikala kita asyik bercinta kita lupa pada Allah SWT, kita tak tau nak letak Allah SWT dimana dikala hanyut dibuai asmara cinta. Firman Alla SWT:
"wahai orang-orang yang beriman, jagalah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT” (surah al-munafiqun:9)
Allah SWT telah memperingati kita bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT apa sahaja yang kita lakukan hatta becinta sekalipun.kerana jika kita seorang yang melalaikan Allah SWT, maka kita adalah termasuk dalam golongan oang-orang yang rugi.
Jika ada sahabat yang berkenan dengan seorang gadis yang baik budi pekertinya, yang menjaga pandangan dari perkara yang melalaikannya maka eloklah bertanyakan secara terus kepada kedua ibubapanya agar perhubungan itu direstui ibubapandan memdapat redha Allah SWT. Jika seorang gadis itu pula terpegun dengan akhlak seorang lelaki itu, tidak salah jika perempuan itu yang menyuarakan hasrat jika lelaki itu kita yakini boleh membimbing menuju Allah SWT. Kita tidak perlu malu untuk digelar ’perigi mencari timba’ atau sebagainya kerana jika kita kaji sejarah pernikahan antara Rasulullah SAW dengan saidina khadijah r.a, saidina khadijah yang terlebih dahulu menyuarakan hasrat untuk menikahi Rasulullah SAW setelah melihat sendiri akhlak dan peribadi mulia yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW. Mengapa kita perlu malu? Tapi cintailah seseorang itu kerana agamanya dan perjuangannya.
Mari kita muhasabah diri, dimana kita letakkan cinta itu. Jika kita cinta atas dasar paras rupa, rupa paras tidak akan kekal. Pasti akan tua dan berkedut akhirnya dan dah jadi tak lawa. Jika kita cinta pada hatinya, hati boleh berubah kan,hanya sekelip mata sahaja.jikalau dulu cinta itu penuh berahi siap berjanji setia sehidup semati lagi. Tapi kesudahannya hati itu akan berubah juga. Berhati-hatilah mengungkapkan cinta. Umgkapkan ia pada seseorang yang sepatutnya iaitu suami atau isterimu.

”Cinta kepada Allah dengan ketaatan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia
Cinta kepada jihad dengan perjuangan
Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah
mencontohi Rasul dalam berperibadi
dan sentiasa hidup dengan perjuangan
yang pastinya menagih pengorbanan...”

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."