Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Monday, September 20, 2010

Macho atau Cantikkah kita di hadapan Allah??



Sering kita melihat pelbagai style dan fesyen masa kini, dari hujung kaki hingga hujung rambut…semuanya punya gaya tersendiri. Rambut bermacam2 kaler dan bentuk, baju yang makin singkat dan rugged, seluar yang ketat dan pendek, dan kasut pown ada macam2 jenis dah…memang nampak cantik dan stylo juga fesyen yang ada sekarang, menjadi kesukaan dan kegilaan remaja apatah lagi ramai selebriti kita juga menjadi ikon pakaian2 mcm tuh.
Inilah hakikat kita masa kini, dan fesyen sudah menjadi sesuatu yang sangat penting bagi kita. Allah juga sukakan keindahan. =)


Ada yang mengatakan gaya @ penampilan nie melambangkan identity kita, kematangan kita, dan juga cara pemikiran kita. Ia juga menunjukkan apa yg tersirat dihati…xsangka hebat juga penampilan nie mempengaruhi corak kehidupan kita. Begitulah yang menjadi kebiasaannya.
Hemmm, namun cuba kita semua fikirkan wahai sahabat….kepada siapakah semua penilaian itu samada baik atau buruk?? Kita sibuk2 menjaga penampilan dan gaya,tapi setakat mana pandangan cantik dan hebat itu?? Adakah hanya sekadar mahu dipandang oleh manusia semata2?? Pandangan manusia itu sangat terhad..sejauh manakah kita hebat dan cantik dipandangan Allah??

Selalu kita lupa dan leka dengan pandangan ini. Adakah dengan gaya sophisticated itu bisa menjadikan kita mulia dihadapan Allah yang Maha Mulia?? Adakah dengan gaya rugged itu bisa menjadikan kita hebat di pandangan Allah yang Maha Hebat?? Penilaian standard hanya pada Allah, kerana dengan standard inilah kita dinilai samada mulia disisi Allah atau tidak.
Sama-samalah kita menilai samada gaya dan penampilan kita itu telah menepati syarak yang ditetapkan Allah atau tidak. Di mana kita perlu merujuknya? Semestinya Al-quran dan sunnah. Yang menjadi panduan hidup kita sepanjang zaman.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah
melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pakai tudung vs tutup aurat??



“…..dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)….” (an-nuur: 31)

“Mengapa ada beza pakai tudung dan tutup aurat?? Xsama jerk e?? asalkan pakai tudung oke la…sigh!”

Yer sahabat, terdapat beza pakai tudung dan tutup aurat. Ayat diatas sudah pown menggariskan cara pemakaian yang benar2 menutup aurat. Pasti kita sudah khatam bab aurat wanita dari darjah 1 lagi klu xsilap. insyaAllah semua dah faqih pasal bab nie. Cuma, banyak perkara yang menjadi kerisauan dihati ini dengan fesyen yang terdapat dipasaran sekarang. Maksud aku fesyan tudung yang sangat popular dikalangan remaja, xketinggalan juga makcik2 kita. Fesyen tudung kebanyakan tidak menepati syarat2 menutup aurat. Dada yang tidak ditutup, selendang juga sangat tipis sehingga kelihatan lehernya, digayakan pula dengan baju yang kecil dan seluar yang ketat. Subhanallah.

Dimana nilai tudung itu sebenarnya?? Klu dulu tudung adalah salah satu symbol kemuliaan wanita. Sekarang, ramai wanita memandang enteng soal pemakaian tudung. Memakai tudung hanya sekadar fesyen mungkin kerana rambut dah rosak ataupown ikut kawan2 yg pakai tudung. Atau tukar penampilan, bosan dengan fesyen lama….wallahua’lam..semua itu hanya Allah yang mengetahui hati2 manusia…

Ketahuilah sahabat… menutup aurat dengan sebaiknya, akan menjadikan kita ini bernilai disisi Allah…mari kia bersama2 muhasabah dengan penampilan masing2 termasuk yang menulis. Kerana yang menulis ini bukan seorang yang sempurna.

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (al-A’raaf: 26)


Sahabatku, mungkin ramai yang sudah tersilap tujuan kita disyariatkan memakai tudung. Sebab itulah, ramai yang dalam kalangan kita umat islam kadang pakai tudung dan kadang xpakai tudung (cam cips more). Bila kita cuba fahami, insyaAllah kita pasti tidak akan memandang enteng pemakaian tudung.

Pernahkah sahabat ditanya?? Kenapa kita pakai tudung dan tutup aurat?? Apa jawapan anda?? Maybe antara jawapan2 adalah untuk mengelak pergaulan social, atau elakkan gejala jenayah rogol…

Adakah kita terfikir, bahawa pemakaian tudung ini merupakan perintah Allah?? Semua jawapan diatas hanya hikmah yang Allah turunkan diatas pemakaian tudung ini. Kita memakai tudung kerana ianya adalah perintah daripada Allah SWT. Jawapan yang sama juga mengapa kita disyariatkan solat 5x sehari semalam?? Adakah kerana terdapat kajian daripada saintis bahawa solat banyak kelebihan dari segi kesihatan?? Memang benar tetapi ianya hanyalah hikmah. Tujuan utama ialah perintah daripada Allah swt.

Sahabatku, mari sama2 kita memahami dengan hati..memandang dengan mata hati…ketakwaan dalam ayat al-aaraf : 26 diatas adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara menyeluruh , meliputi semua aspek, dan tidak hanya kepada etika kita berpakaian. Maka dari ketakwaan itulah, lahirnya penampilam yang hebat dan sebenar di sisi Allah swt atau pada pandangan manusia beriman.

Sesungguhnya, peringatan ini juga untuk saya dan sekadar perkongsian untuk sahabat semua. Mudahan bermanfaat….

1 comment:

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."