Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Thursday, January 21, 2010

Sadness For Nothing.....

Sedih, kecewa,risau…….semua manusia pernah merasakan perasaan itu…
sedih kerana dikecewakan oleh seseorang, sedih kerana tidak mendapat apa yang diinginkan, sedih kerana bla…bla…bla…
Diri sentiasa risau, risau x tentu pasal…risau duit habis, risau harta habis, risau jadi miskin,
Manusia……
semuanya panjang angan2, sedih untuk sesuatu yang telah berlalu, risau dengan masalah yang belum pastinya….sedangkan diri jahil…tahukah apa pengakhiran kita?????
Manusia…..
yang sering tertipu dengan keindahan dan kemanisan dunia….
yang menyangka diri hanya hidup di dunia,
sedang lupa siapa Tuhannya…..
sedang lupa tanggungjawabnya…
sedang lupa tujuan dia diciptakan…


dia sebenarnya tahu!!
tahu siapa Tuhannya…
tahu akan tanggungjawabnya…
tahu akan tujuan dia diciptakan…

Tapi,…
dia dia masih tak faham…
mengapa perlu kenal Tuhannya??
mengapa dia perlu melakukan semua itu??
tak fahamlah!!

Buka mata,minda…
zikir dan fikir…
sahabatku…..
tahu siapa sumayyah??
masa hidupnya masih belum tahu apa solat..
masih belum tahu apa itu haji…
tetapi yang di tahu hanya kalimah toyyibah…
Lailaha illallah…
kalimah toyyibah itulah yang mengangkatnya menjadi hamba ALLAH yang terpilih..
terpilihya dia kerana dia memahami Islam…
sehingga menjadi wanita pertama yang mati syahid…
begitu besarnya ganjaran yang ALLAH beri bila kita memahami Islam…

sahabatku…
kita milik Allah….segalanya milik DIA……
pasti akan bertemu denganNYA……
mengapa merisaukan harta??
mengapa risau akan jadi miskin??
mengapa bersedih hati??
semuanya x kekal……
kerana firman Allah swt,

'sungguh, orang yang beriman, mengerjakan kebajikan, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala disisi Tuhannya. tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.." (al-baqarah:277)

kita hanya perlu buka mata….
melihat kebesaran ALLAH…
melihat dengan mata hati…
mendengar kata-kata indah yang ALLAH abadikan dalam kalamNYA…

sahabatku…
bersedihlah dengan kejahilan diri….
bersedihlah kerana terlalu banyak dosa kepadaNYA…
bersedihlah kerana tidak bersyukur akan nikmatNYA…
bersedihlah kerana tidak pernah mengalirkan air mata menyesali dosa…
kerana umar al-khattab pernah berkata…
2 kenderaan yang aku tidak kisah untuk menaiki yang mana2…

sabar…….syukur…..
sabar ketika menerima ujian dan mehna…..
syukur bila di beri nikmat…….
alangkah indahnya…….semuanya kerana kasih sayang ALLAH yang tak terhingga…
bersyukurlah kerana ALLAH memberi peluang untuk terus berada pada jalanNYA…
bersabarlah bila berhadapan dengan mehna dan ujian sepanjang perjalanan ini…
kerana jalan ini jualah Rasul kita pernah melaluinya…
walau diri x layak untuk bersama-samanya..menyusuri jalan ini seiring dengannya…
namun…kesyukuran yang tak terhingga….
mudahan ALLAH sentiasa meletakkan kita dalam lembayung rahmatNYA…
sahabatku…
kita masih belum terlambat untuk mengejarNYA…selagi diberi nafas…
berlarilah kearahNYA…janganlah berlengah2…kerana maut itu rahsia ALLAH…
kasih sayang ALLAH sering mandahului kemurkaanNYA….

diri ini yang seharusnya lebih muhasabah…..
jazakallahu khairan…….
ALLAH, we belong to you…….

2 comments:

  1. Bersedih kerana kehilangan, ditinggalkan, dikhianati, dipermainkan, dizalimi atau sebab-sebab yang lain adalah fitrah manusia. Allah tidak mahu manusia menjadi malaikat. Rasulullah SAW juga bersedih dan menangis dgn kematian puteranya.

    Asalkan kesedihan itu dalam lingkungan izin syarak...adalah diharuskan.

    Yang penting jangan kita menjadi penyebab kesedihan orang, kelak berbalik kepada diri sendiri.

    Mukmin yang baik adalah yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan pada diri orang lain.

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  2. the truth that many people sad for nothing...
    yang tidak membawa kepada pembaikan diri...dan menyebabkan kita lalai dengan tujuan dan misi Allah menciptakan kita...
    sometimes we always use the emosional part, without consider the syara'...
    thats what i mean..thanks...:-)

    ReplyDelete

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."