Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tuesday, March 3, 2009

Sifat terpilih untuk menjadi sahabat yang baik

Tidak semua orang sesuai dijadikan sahabat kerana seorang sahabat yang baik mempunyai cirri-ciri yang tertentu dan istimewa mengikut faedah-faedah yang kita cari justeru persahabatan tersebut. Faedah-faedah yang kita perolehi boleh sahaja dari segi harta, pangkat ataupun hanya sebagai teman berbual dikala sunyi. namun, perkara yang disebutkan tadi bukanlah matlamat sebenar persahabatan. Faedah sebenar yang menjadi matlamat utama persahabatan ialah faedah agama.Faedah agama dalam persahabatan juga mempunyai beberapa tujuan yang berbeza iaitu:

1) mengambil faedah dari segi ilmu agama dan amal.
2) Faedah dari kedudukannya dan pangkatnya debgan tujuan mengelakkan diri daripada gangguan dari orang yang akotor hatinya dan berusaha menghalanginya daripada melakukan ibadah.
3) mengharapkan syafaat pada hari akhirat sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian ulamak salaf: Hendaklah kamu mendapatkan ramai sahabat, sesungguhnya bagi setiap mukmin itu ada syafaat.

Terdapat 5 ciri-ciri sahabat yang baik:

1) berakal
2) berakhlak mulia
3) bukan dari kalangan orang fasik kerana orang yang fasik tidak takutkan Allah SWT.
4) bukan juga kalangan ahli bid'ah
5) serta tidak tamak harta

Umar al-khattab pernah berkata:

"Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dengan pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah dengan saudaramuselagi mana dia tidak terbukti melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yanag amanah sahaja,iaitu hanya orang yang takut kepada Allah SWT. Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pandanga dari orang yang takut pada Allah SWT dalam segala urusan kamu.

Yahya bin Muaz berkata: seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya:Ingatlah aku dalam doa kamu, dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukan(kerana mengambil hati) atau kamu perlu sentiasa meminta maaf kepadanya.

Iman seseorang juga tidak akan sempurna sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. jika kita ingin dikasihi hendaklah terlebih dahulu kita mengasihi orang lain. begitu juga jikalau kita tidak mahu aib kita diketahui, maka kita juga hendaklah menutup keaiban sahabat-sahabat kita.

dalam riwayat muslim daripada hadis Abi Darda' r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

" Doa seseorang muslim untuk saudaranya adalah diperkenankan. Ketika berdoa, malaikat akan berada disisi kepalanya yang akan berkata setiap kali dia mendoakan saudaranya:
"Ya Allah! perkenankanlah! semoga kamu sama-sama memperolehnya."

Berkata Amru bin Huraith mengenai doa selepas mati: Apabila seseorang hamba berdoa untuk saudaranya yang telah mati, malaikat akan dating kekuburnya dan berkata: " Wahai penghunu kubur yang tinggal bersendirian! ini adalah hadiah dari sahabatmu yang berbelas kasihan kepadamu."

Adapun kita tidak boleh meninggalkan sahabat (berbalah) lebih dari 3 hari sebagaimana hadis dibawah:Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

" Haram kepada seorang mukmin menjauhi(tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yang lain lebih daripada 3 hari, hendaklah dia bertemu dengannya dan member salam kepadanya. sekiranya dia menjawab salam, kedua-dua mendapat ganjaran pahala. sekiranya dia tidak menjawabnya, orang yang menberi salam terlepas dari kesalahan tidak bertegur sapa."
Siapakah sahabat kita? tepuk dada, Tanya Iman!

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."