Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sunday, November 15, 2009

Dimanakah Bahagia??



" aku x bahagia lah beb…walaupun bapak aku kaya, bagi aku keta porch sebijik tapi aku langsung x bahagia…aku ada duit nak beli apapun aku mampu. mak aku tu, asyik sibuk jer dengan keja dia…aku ingat aku ble bahagia hidup dalam semua2 tuh." rungut seorang anak muda.
Persoalan anak muda itu " kemana bahagia?"…
Umat pada zaman ini mempunyai mind set yang sama, bahagia bila sudah kaya, bahagia bila sudah Berjaya menghabiskan pengajian dengan first Class, bahagia bila banyak isteri, bahagia bila dapat tido, atau bahagia bila dapat apa yang dimpikan selama nie…

Jika kita meletakkan hakikat kebahagiaan itu ke[pada dunia semata-mata, maka bahagia yang dicari itu punah, kalau ada pun hanya sementara jer,

Sebab itu, bila kita jauh dari Tuhan yang menciptakan alam ini, walaupun kita punya segala-galanya, tetap tidak akan menemui bahagia yang dicari. Kerana hubungan kita dengan Allah tidak kuat itulah yang menyebabkan hati kita penuh sesak, tiada bahagia.

Bila hubungan dengan Allah kuat, hati ikhlas beribadah, tahap ubudiyyah juga meningkat itulah yang mendorong hati kita merasa bahagia. Subhanallah, Maha suci Allah.

Walaupun miskin, tetap merasa bahagia, walaupun lapar tiada duit nak makan, tetap merasa bahagia, walaupun ditimpa ujian dan kesengsaraan, tetap merasa bahagia. Kerana hati terikat dengan Allah. Kemanisan beribadah dengan Allah menghilangkan resah dalam hati kita. Yakin akan pertolongan Allah. Rasulullah sangat merasa bahagia walaupun mengalami kesulitan dalam berdakwah, walaupun kaum musyrikin mengatakan bahawa Allah telah melupakan baginda, hidup dalam keadaan yang kering kontang serta tiada sang kekasih disisi namun dengan kasih sayang Allah yang sangat besar terhadap kekasihNya itu, maka rasa bahagia dihati Rasulllah saw tidak terkira. Ucapan syukur sentiasa dibibir baginda.

bahagia lah kita hidup dalam lembayung Ilahi.
diri inilah yang perlu lebih muhasabah…

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."