Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tuesday, September 29, 2009

Yang Pergi.....



Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah…
Madrasah Tarbiyyah Ramadhan telah pun berakhir, betapa ramai hamba yang bersedih kerana telah ditinggalkan sang kekasih hati..kekasih yang banyak memberi kebaikan kepada kita namun pada masa yang sama bergembira kerana berjaya mengawal diri daripada hawa nafsu. Mudahan momentum ibadah ramadhan berterusan selagi kita masih bernyawa…kerana kita tidak tahu bila kah waktu kita akan kembali kepada Allah…ingatlah hidup sebelum kita melangkah ke negeri yang abadi…



Beberapa hari di bulan ramadhan sebelum tibanya syawal, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan…rasa terkilan bila mendapat tahu yang pakcik serta nenek aku meninggal dunia. Innalillahi wainna ilahi rojiun..mudahan Allah mencucuri rahmat kepada keduanya…amin…

Aku makin terkilan bila tidak sempat berjumpa dengan mereka sebelum pergi menemui Tuhan…Namum, pemergian mereka sudah cukup memberi peringatan kepada aku untuk lebih mengislah diri ini…seperti firman Allah setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…Cuma bila itu yang menjadi rahsia Allah.

sahabat seperjuangan yang disayangi Allah…
waktu yang kita ada sekarang sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan kerja dan amanah yang kita kena pikul dihadapan sana. apa yang ada disekeliling kita pasti akan kembali kepadaNya, Rabbul Izzati. Bila kita telah kembali kepada Allah, teman sejati hanyalah amal kita semasa didunia dan kita hanya bersendirian dihadapan Allah. Tidak ada seorang pun yang akan membantu hatta ibu bapa sekalipun…tanpa rahmat dan redha Allah kita pasti tidak dapat ,menghadapinya. Nauzubillah minzaalik.


Ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara..ianya sangat pasti dan tidak ada keraguan padanya..sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati…

Teringat dengan khutbah idul fitri oleh ust cecep semasa aku berada di kampong, bila tibanya syawal, kita telah kembali kepada fitrah manusia itu sendiri yang pada mulanya suci dan bersih dari dosa noda, seperti maksud idul fitri kembali kepada fitrah. itulah yang sepatutnya terjadi setelah kita melalui proses pembersihan rohani pada bulan ramadhan..proses meningkatkan takwa kepada Allah kerana salah satu tujuan bulan ramadhan disyariatkan adalah supaya orang2 beriman itu bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang bertakwa sahaja orang2 yang beruntung. Subhanallah…hebatnya tarbiyyah Allah…

sahabat yang aku sayangi kerana Allah,
kematian pasti akan tiba, dan kita akan dikembalikan kepada Allah..ingatlah wahai sahabat, janganlah kita lupa kepada Allah kerana Allah sayang kepada setiap hambanya.sebab itu Allah telah menurunkan perintah berpuasa agar kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah..Allah nak kita masuk syurga, namun kita yang menyombongkan diri..sentiasalah mengingati mati kerana Nabi SAW bersadda orang yang bijak itulah orang yangs selalu mengingati mati.

Akhirul kalam,
selamat menyambut aidilfitri, maafkan segala khilaf samada sengaja atau tidak disengajakan, kerana sesungguhnya hamba sangat lemah, jika ada dalam tulisan dalam blog ini menyakitkan hati pembaca, harap dimaafkan..

sesungguhnya, diri inilah yang perlu lebih muhasabah…

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."