Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sunday, January 11, 2009

Kasih Ibu..



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.

Kos upah membantu ibu :-

Tolong potong rumput RM 5.00
Tolong pergi kedai RM 1.00
Tolong jaga adik RM 2.00
Tolong buang sampah RM 1.00
Tolong kemas bilik RM 2.00
Tolong siram bunga RM 2.00
Tolong sapu sampah RM 2.00

JUMLAH RM 15.00

Selesai membaca,si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya.Si ibu mencapai sebatang pen,dan menulis sesuatu di
belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu - Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.Si
anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya sayangkan ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang
ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,

'Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"
Rasulullah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian
ayahmu,kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Wallahu A'lam..

No comments:

Post a Comment

"..Thanks for your concern. I appreciate that.."