Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, June 1, 2011

Kem Motivasi Anak Soleh



Assalamualaikum....
setelah begitu lama tidak menjenguk2 blog nie, berhabuk dan bersawang rasanya, menunjukkan diri ini sangat lemah kerana tidak konsisten untuk menulis...hermm saya juga tau xramai yang membaca blog nie..

alhamdulilah, walaupun sedikit moga bermanfaat untuk semua...

apa khabar iman antum? moga momentum dakwah masih kekal sama seperti dahulu, ataupun makin meningkat ke tahap yang lebih baik....mudahan dakwah makin berkembang..sesungguhnya kita yang memerlukan dakwah ini, bukan dakwah yang memerlukan kita...


baru2 ini saya ada mengikuti Kem Motivasi yang di adakan di telipok...
sangat menarik sebb dah lama xbuat program dengan kanak2 dan remaja..sangat interaktif dan enjoy tgk adik2 soleh ini..

gembira melihat adik2 dan ibu bapa masing2 saling menguatkan antara satu sama lain, saling memahami kehendak masing...

slot yang saya bawa adalah "surat cinta untuk bonda"....

bab mcm nie memang saya sensitif gak..sebb tuh saya suka bawa slot ttg ibu bapa...

terharu dengan luahan hati ibu2, yang paling menyentuh saya bila seorang ibu itu mengatakan bahawa dia telahpun memaafkan dosa dan kesalahan anaknya semenjak dari rahim lagi...

betapa pengorbanan ibu bapa sangat besar, walalupun kita sebagai anak sellau menyakitkan hati mereka, membuat mereka menangis...

luahan anak2 juga tidak kurang touching. sehingga ada ibu2 yang menangis mendengar luahan anak...

moga sama2 kita ambil pengajaran...





















Read more...

Friday, March 11, 2011

Rawat Hati Ini~




Hasan Basri berkata ” Seorang hamba akan tetap berada dalam kebaikan selama ia masih boleh menasihati dirinya sendiri dan selalu memelihara untuk menghitung hitung dirinya sendiri”


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullah...
Apa khabar iman mu duhai ikhwah wa akhawat??
Sering kita bertanya khabar sahabat2 kita. Walau xpernah bertanya khabar untuk iman sendiri, marilah kita bersama-sama pada waktu ini bertanya pada iman kita masing2...bagaimana keadaan iman, sehat ka atau sakit ka, lapar atau kenyang ka....

Hati sakit??
Astaghfirullah....
Sebab tu kita kena sentiasa fokus kepada hati. Kita jgn biarkan hati berseorangan tanpa sapaan dan perhatian...kerana hati adalah raja....pemimpin yang perlu diperbaiki...



Hati sangat2 perlu diberi perhatian..apatah lagi apabila kita sudah diberi mas’uliyah sebagai murabbi atau sebagai daie. Kita adalah manusia biasa.kholiqul insanu dhoifa. Kita xkan terlepas daripada melakukan kesilapan....dan dakwah ini juga berkadar langsung dengan iman..kadang naik, kadang turun. Walaupun kita sudah berada pada jalan ini, jangan menganggap bahawa kita sudha terselamat daripada merasa sakitnya hati...kosongnya hati...

Sakitnya hati ini...batin ini...tidak dapat di predict. Xsama mcm sakit fizikal. Sakit kepala, sakit gigi, sakit perut...kita dapat rasa kesakitan itu....

Kadang2...sudah bertahun2 kita di tarbiyyah...tapi, kenapa kita kaku??????
Mandul???????? Ya Allah, maafkan diri ini...T_T

Kita terkunci....terbelenggu melakukan amal...ditarbiyyah bertahun2 tapi tidak sedikit pun amalan kita bertambah.....astaghfirullah!!! maafkan diri ini ya Allah...

Inilah sakit seorg daie atau murabbi.....


Sakit yang boleh menjadi barah...sakit yang tidak nampak kesannya tapi sangat2 memerlukan rawatan serius....sangat2 memerlukan ubat untuk menyembuhkan..jika tidak akhirnya akan sakit dan terus mati.....

Bagi kita yang sudah berada di dalam jamaah/harakah...kita tidak boleh terlepas daripada penyakit hati...kita selalu lupa masalah hati kita, dan selalu menganggap kita sudah terselamat...kita terlalu yakin dengan apa yang telah kita lakukan...kita sudah terlalu bangga dengan apa yang telah kita sumbangkan...kita selalu rasa usaha kita sudah memadai untuk menyumbang...

Tetapi...
Dalam masa yang sama..kita biarkan hati kita berseorangan..kesunyian daripada kalamullah...zikrullah...kita hanyutkan hati kita dengan perasaan ujub dan sumaah..astaghfirullah..
Kita sering membiarkan hati kita tiada teman....kita bersama2 dengan hati kita dalam lingkungan kelalaian...lalu, akhirnya gelap dari cahaya Allah...

Ikhwah wa akhawat...
Mari kita sama-sama mengetuk pintu hati ini..
Ketuk hati kita dengan kisah2 sakaratul maut...
Ketuk pintu hati kita dengan pedihnya azab api neraka Allah...
Kejutkan hati kita dengan malaikat maut yang sering mendatangi kita setiap hari...
Kejutkan hati kita dengan siksa kubur....
Tentang mahsyar...
Tentang titian sirat...
Tentang mungkar nangkir....

Sentuh hati kita dengan kalamullah...
Dengan zikrulllah...
Dengan tangisan taubat di sepertiga malam mu...
Tangisan kurangnya amalan untuk memasuki syurga Allah...

Nasihati hati kita...
Bahawa kehidupan di akhirat itulah yg kekal abadi...
Dan fahamkan hati kita tentang dunia dan batasan2 di dalamnya....

Kita adalah manusia...bukan malaikat...kita sering melakukan kesilapan...
Kadang berbuat dosa di depan manusia...kadang bersendirian pun melakukan dosa...
Betapa kita sangat akrab dengan dosa...

Bagi yang bergelar daie atau murabbi yang dalam hatinya iltizam untuk membimbing..kita sama2 melihat hati2 kita...
Banyak sifat2 tercela dan tersembunyi yang perlu kita perbaiki..
Mujahadah untuk membuang semua karat2 yang melekat...

Lambatnya dakwah dan gagalnya kita dalam membimbing kerana maslaah hati daie atau murabbi itu...


Daie dan murabbi....
Kita sama2 memerlukan waktu untuk bersendirian dengan hati kita....
Perlu sentiasa bertanya khabar dan nasihat kepada hati sebelum melelapkan mata dan di buai mimpi indah...

Namun ikhwah wa akhawat...
Bagaimana mahu menjaga hati kita daripada sifat tercela itu..

Tidak lain adalah dengan usaha..mujahadah kita dalam menundukkan nafsu....melatih hati dengan sifat2 kesufian...
Selalu menghiba dan mengadu pada Allah...agar diberi kekuatan...ya Allah betapa banyak permintaan hambaMu berbanding bekerja untukMu...

Marilah kita sama2 membunuh kelapangan waktu yang bisa menghancurkan hati... Marilah kita sibukan diri dengan perkara yang menfaat. Jika kita tidak menyibukan diri dengan kebenaran, sudah pasti diri kita akan disibukan dengan kebatilan.
Marilah kita evaluasi amalan fardhi kita selama berada dalam tarbiyyah..adakah semakin bertambah atau semakin berkurang....
Jujur aku merasakan waktu ku sangat singkat....sedangkan aku masih belum menyempurnakan tanggungjawab ku...
Waktu kita jgn di sia2kan...kerana ia sangat tajam ibarat pedang...jika kita tidak mengendalikannya...ia pasti memotong kita...
Sungguh indah bila hati kita bersih dan jernih...
Terasa kelapangan dan ketenangan bila berjumpa dengan murabbi...
Bahagia mutarabbi melihat ketenangan wajah murabbi dan di hiasi dengan hati ikhlas..disertai senyuman yang tulus dan mulus...
Jauh dari perkataan yang menyombongkan dirinya...kemewahannya...dan keperibadiannya...
Apatah lagi sifat2 riya’ dan ujub..nauzubillah...

Bagi seorg daie..
Setiap butir katanya akan menyemburkan kedamaian dan sarat penuh hikmah..lalu menusuk masuk ke dalam hati2 mad’u.....
Tutur katanya bernas dan penuh manfaat....
Inilah buah dari gelegak keinginan dilubuk hatinya yang paling dalam untuk sentiasa membahagiakan orang lain.
Duat yang penuh dengan jiwa kesufian..
Bukan sekadar duat yang sarat dengan fikrah hebat...namun kosong dan kering kontang jiwanya...

Ikhwah wa akhawat.....
Hati yang tulus dan bersih ibarat seperti magnet yang dapat menarik benda di sekelilingnya...
Dan inilah modal kita...dalam menakluki hati2 manusia...
Demi dakwah yang kita cintai ini...
Hati yang bersih dan dirawat dengan baik...maka akan lebih akrab dengan Allah...terpancar nur ke dalam hati kita...subhanallah...dapat merasai lazatnya beribadah...

Doa di istijabah.....kerana doa itulah solusi kita dalam mengharungi jalan dakwah yang penuh rintangan..


aku cuba melakarkan sesuatu yang terlintas di hatiku.kerana aku juga ingin merawat hati yang sentiasa haus dengan cahaya Ilahi...
Read more...

Saturday, February 26, 2011

InsyaAllah...aku masih kuat!!! Im a Super Muslimah!!



Alhamdulillah, walaupun aku sibuk dengan tugasan2, kuliah, tesis...aku dapat juga menggerakkan jari jemari ini untuk menulis sesuatu di teratak ku yang telah lama aku tinggalkan. Rasa rindu pulak. Moga2 tulisanku yang tidak seberapa ini bermanfaaat kepada org yang membaca...walaupun yang berkunjung ke blog aku ini tidaklah ramai..Rasulullah saw bersabda:

“sebaik2 manusia itu adalah yang bermanfaat kepada org lain”


Dengan lafaz bismillah....aku masih lagi berada dalam dakapan rahmatNya..meletakkan aku dijalan asing ini bukan sesuatu perkaran yang org sukai...ramai yang tidak mahu menelusuri jalan yang aku tempuhi ini...jalan yang licak dan berlumpur..berduri kerana terkadang kaki yang berjalan akan terasa sakit dan luka...pada saat itu, air mata sering menemani.


insyaAllah, aku masih kuat walaupun kaki aku sering terluka, luka yang sangat2 pedih sehingga memerlukan aku untuk berpaut demi meneruskan perjalanan...namun, aku tidak bisa bergantung sepenuhnya dengan pautan itu, kerana aku telah ditarbiyyah untuk kuat menghadapi mehna dan cabaran...disitulah akan terbukti tarbiyyah dzatiyah ku...

insyaALlah aku masih kuat kerana org2 yang kuat itu adalah org yang dapat menyibukkan diri dan melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya kerana keyakinan aku kebaikan itu akan berkekalan walaupun aku sudha tiada di dunia ini.

insyaAllah aku masih kuat untuk terus mengejar syahid dan merindui mati..merindui untuk bertemu dengan ALLAH..kerana aku inginkan kehidupan yang sebenar...
InsyaAllah aku masih kuat untuk menjadi pemburu jihad kerana aku ingin berkumpul dengan sahabat2 ku yang juga pemburu jihad.

insyaAllah aku masih kuat untuk meletakkan perasaan aku sebagai org asing di bumi ini agar aku tahu perjalanan ku tiada penghujungnya...

aku semakin optimis dijalan ini..kerana aku yakin Allah kan sentiasa bersama ku.
InsyaAllah aku masih kuat untuk berdepan dengan hal-hal yang menyakitkan dan tidak menenteramkan jiwa..terkadang.

Esok, aku pasti tersenyum kembali dan melupakan segalanya...aku pasti tersenyum bak bunya daisy yang sedang berkembang mekar..meredah medan dakwah yang menjadi hiburan ku disepanjang perjalanan hidupku.

Aku bukan tidak punya perasaan...namun aku ulit perasaan dan fitrah itu untuk dakwah ini...kerana aku menemui kenikmatan itu disepanjang aku mengenali dakwah dan tarbiyyah.

Moga Allah mengampuni khilaf yang aku lakukan, kesakitan yang aku rasai sehingga membuat aku menangis...dan ketidakmampuan aku untuk menghurai hikmah hingga aku pernah mencetuskan pertanyaan yang tidak sepatutnya.

”kenapa ini yang terjadi kepadaku??”

Lantas aku beristighfar...
Jauh di sudut hati ku..
Aku bersyukur kerana aku tidak menjadi seperti manusia2 lain pada masa ini...yang sering menari-nari bahagia dengan dosa yang dicipta sendiri...subhanallah...

Read more...

Sunday, February 13, 2011

Membuang CINTA ~ menggapai CINTA



Bukan mudah untuk membuang cinta yang ku fahami dulu yang pernah merangkulku...
Pernah membuat ku berharap...
Pernah berkata pada ku tentang kebahagiaan...
Pernah menuangkan sirap manis dihatiku...
Pernah memakuku dalam kebingungan sehingga dihempas aku dalam sepi atau hanya ku reguk bahagia dalam bayang khayalku yang akhirnya tak kudapatkan dan pergi begitu saja...


Dan bukan mudah untukku meneruskan kembara ini dan memperbaharui jalinan cintaku yang baru yang harus aku bermujahadah bersungguh sungguh untuk mengapainya...
Kerana mungkin harus ku jalani jalan jalan yang penuh tangis untuk mendaki dalam mengisi harapan harapanku agar aku tidak jatuh dari pendakian itu...
Read more...

Si Pingu~

Pagi ini aku sungguh terasa seperti ingin . walaupun di kekang dengan kesibukan menyiapkan tesis, alhamdulillah Allah memudahkan urusan dna tugasan ku . setakat nie perjalanan tesis aku lancar, dan kami antara yang paling awal menyiapkan bahan kajian ini. aku terasa ingin sekali , mencapai segalanya...apapun jumpa lagi dan selamat berkunjung ke teratak ini... Read more...

Pelangi yang di rindui ~




Seorg da'ie itu ibarat pelangi...

wajahnya juga indah seperti pelangi...
sering di cari-cari...

keindahannya membuat manusi tersenyum mekar...
penuh warna warni yang menceriakan...
membuat hati bahagia dan ceria setiap masa...

meskipun pelangi itu menjelma sesekali...
namum,
kesan keindahan warna warni itu memberi kesan kepada si pencari keindahan...
dan keindahan itu melekat dalam hati buat selama-lamanya...

aku juga seorang pencari keindahan si pelangi...
aku juga ingin menjadi seperti pelangi itu...

Read more...

Saturday, February 12, 2011

*Hadiah Untuk Murabbi*




Hari ini aku ingin mengisahkan,
antara aku dan yang ada dalam hidupku,
MURABBI..

MURABBI itu...
tanpa kenal erti lelah jemu,
menyampaikan firman TUhanmu...
sehingga beribu langkah kau tapaki...
pelosok dunia kau telusuri...

MURABBI itu...
tidak tidak kenal lelah jemu...
bila kami gembira, dikau ceria...
bila kami bersedih, dikau pasti ada menemani...
apabila lemah iman ini, ada dikau seiring mengingatkan...


MURABBI itu...
memahami segala macam karenah diri ini..
begitu memahami luar dan dalam...
dan dikau xjemu menjelaskan...

MURABBI itu...
seperti manusia yang lain..
marah, senyum, ketawa, bersedih...
begitu dikau memberi taujih sesuai dengan perasaan diriku...


MURABBI itu...
menyucikan, memahamkan dan menggerakkan..
mendidikku menjadi asas pembinaan yang kukuh...

dengan MURABBI itu...
lahirlah RIJAL...
dan ISLAM kami agungkan...

Selamat Hari Lahir kepada ABI,
syukran atas segalanya...
tarbiyyah ini, amanah ini...
doa kami sentiasa agar dirimu sentiasa berada dalam redha ILAHI...
ameen ya Rabb..

p/s : Kek diatas hanyalah bayangan semata. Read more...