
Sering kita melihat pelbagai style dan fesyen masa kini, dari hujung kaki hingga hujung rambut…semuanya punya gaya tersendiri. Rambut bermacam2 kaler dan bentuk, baju yang makin singkat dan rugged, seluar yang ketat dan pendek, dan kasut pown ada macam2 jenis dah…memang nampak cantik dan stylo juga fesyen yang ada sekarang, menjadi kesukaan dan kegilaan remaja apatah lagi ramai selebriti kita juga menjadi ikon pakaian2 mcm tuh.
Inilah hakikat kita masa kini, dan fesyen sudah menjadi sesuatu yang sangat penting bagi kita. Allah juga sukakan keindahan. =)
Ada yang mengatakan gaya @ penampilan nie melambangkan identity kita, kematangan kita, dan juga cara pemikiran kita. Ia juga menunjukkan apa yg tersirat dihati…xsangka hebat juga penampilan nie mempengaruhi corak kehidupan kita. Begitulah yang menjadi kebiasaannya.
Hemmm, namun cuba kita semua fikirkan wahai sahabat….kepada siapakah semua penilaian itu samada baik atau buruk?? Kita sibuk2 menjaga penampilan dan gaya,tapi setakat mana pandangan cantik dan hebat itu?? Adakah hanya sekadar mahu dipandang oleh manusia semata2?? Pandangan manusia itu sangat terhad..sejauh manakah kita hebat dan cantik dipandangan Allah??
Selalu kita lupa dan leka dengan pandangan ini. Adakah dengan gaya sophisticated itu bisa menjadikan kita mulia dihadapan Allah yang Maha Mulia?? Adakah dengan gaya rugged itu bisa menjadikan kita hebat di pandangan Allah yang Maha Hebat?? Penilaian standard hanya pada Allah, kerana dengan standard inilah kita dinilai samada mulia disisi Allah atau tidak.
Sama-samalah kita menilai samada gaya dan penampilan kita itu telah menepati syarak yang ditetapkan Allah atau tidak. Di mana kita perlu merujuknya? Semestinya Al-quran dan sunnah. Yang menjadi panduan hidup kita sepanjang zaman.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Allah
melihat kepada hati kamu dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Pakai tudung vs tutup aurat??
“…..dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)….” (an-nuur: 31)
“Mengapa ada beza pakai tudung dan tutup aurat?? Xsama jerk e?? asalkan pakai tudung oke la…sigh!”
Yer sahabat, terdapat beza pakai tudung dan tutup aurat. Ayat diatas sudah pown menggariskan cara pemakaian yang benar2 menutup aurat. Pasti kita sudah khatam bab aurat wanita dari darjah 1 lagi klu xsilap. insyaAllah semua dah faqih pasal bab nie. Cuma, banyak perkara yang menjadi kerisauan dihati ini dengan fesyen yang terdapat dipasaran sekarang. Maksud aku fesyan tudung yang sangat popular dikalangan remaja, xketinggalan juga makcik2 kita. Fesyen tudung kebanyakan tidak menepati syarat2 menutup aurat. Dada yang tidak ditutup, selendang juga sangat tipis sehingga kelihatan lehernya, digayakan pula dengan baju yang kecil dan seluar yang ketat. Subhanallah.
Dimana nilai tudung itu sebenarnya?? Klu dulu tudung adalah salah satu symbol kemuliaan wanita. Sekarang, ramai wanita memandang enteng soal pemakaian tudung. Memakai tudung hanya sekadar fesyen mungkin kerana rambut dah rosak ataupown ikut kawan2 yg pakai tudung. Atau tukar penampilan, bosan dengan fesyen lama….wallahua’lam..semua itu hanya Allah yang mengetahui hati2 manusia…
Ketahuilah sahabat… menutup aurat dengan sebaiknya, akan menjadikan kita ini bernilai disisi Allah…mari kia bersama2 muhasabah dengan penampilan masing2 termasuk yang menulis. Kerana yang menulis ini bukan seorang yang sempurna.
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (al-A’raaf: 26)
Sahabatku, mungkin ramai yang sudah tersilap tujuan kita disyariatkan memakai tudung. Sebab itulah, ramai yang dalam kalangan kita umat islam kadang pakai tudung dan kadang xpakai tudung (cam cips more). Bila kita cuba fahami, insyaAllah kita pasti tidak akan memandang enteng pemakaian tudung.
Pernahkah sahabat ditanya?? Kenapa kita pakai tudung dan tutup aurat?? Apa jawapan anda?? Maybe antara jawapan2 adalah untuk mengelak pergaulan social, atau elakkan gejala jenayah rogol…
Adakah kita terfikir, bahawa pemakaian tudung ini merupakan perintah Allah?? Semua jawapan diatas hanya hikmah yang Allah turunkan diatas pemakaian tudung ini. Kita memakai tudung kerana ianya adalah perintah daripada Allah SWT. Jawapan yang sama juga mengapa kita disyariatkan solat 5x sehari semalam?? Adakah kerana terdapat kajian daripada saintis bahawa solat banyak kelebihan dari segi kesihatan?? Memang benar tetapi ianya hanyalah hikmah. Tujuan utama ialah perintah daripada Allah swt.
Sahabatku, mari sama2 kita memahami dengan hati..memandang dengan mata hati…ketakwaan dalam ayat al-aaraf : 26 diatas adalah merujuk kepada ketaatan kita kepada Allah secara menyeluruh , meliputi semua aspek, dan tidak hanya kepada etika kita berpakaian. Maka dari ketakwaan itulah, lahirnya penampilam yang hebat dan sebenar di sisi Allah swt atau pada pandangan manusia beriman.
Sesungguhnya, peringatan ini juga untuk saya dan sekadar perkongsian untuk sahabat semua. Mudahan bermanfaat….
Read more...
Monday, September 20, 2010
Macho atau Cantikkah kita di hadapan Allah??
Monday, July 5, 2010
Jom Baca~tadabbur Yasin...!!

Alhamdulillah...
Syukur yang tidak terhingga kepada Allah..dengan nikmat iman dan Islam dikurniakan kepada hamba yg hina dina ini..syukur ya Allah, cahaya MU telah menerangi hatiku yang kelam..sehingga saat ini hambaMu masih lagi berada di atas jalan yang engkau redhoi...
Aku pernah satu saat..mengenali seorang sahabat yang baik. Memahami diriku yang punya banyak masalah, mengajak ke jalan yang benar, sering menasihatiku dalam soal agama...sungguh sabahat seperti dia sukar dicari..terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan dia.
Sebenarnya aku mahu berkongsi dengan anda mengenai satu surah yang sangat hebat jika kita menghayati maksud yang terkandung didalamnya...pasti anda pernah mendengar surah yasin. Pernah ke tak?? X pernah?? Of course la pernah. Setiap malam jumaat kita baca..huhu...masa aku kecik2 dulu, kitorang di bagi tau kalau xmau diganggu setan ka, jin ka, hantu ka..baca yasin malam jumaat..kami pun baca...berkumpul beramai2,..huhu.. kalau ada orang mati di kampung..pasti baca surah yasin...(^_^)
Banyak surah dalam al-quran kan..tapi kita baca yasin jer..aku pun tertanya2 “ bakhet?” waduh...curigation I...!!
Pastu aku cuba hayati betul2 surah yasin ini..hemmm....Allah kata...
“sungguh, Kami lah yg menghidupkan org2 yg mati, dan Kamilah yg mencatat apa yg telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yg mereka (tinggalkan). Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab yang jelas (lauh mahfuz)- yasin: 12
Subhanallah...rupanya kita baca yasin supaya kita tahu ada kehidupan lain yang menanti kita selepas di dunia..supaya kita tidak mensia2kan usia kita ini..agar terus meraih redho Allah..dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab kita..semua kita akan hidup balik.....untuk menerima balasan. Dan pada masa itu kita hanya ada 2 jalan saja..syurga or neraka...
Dulu aku syok baca yasin. Setiap malam jumaat baca sampai dah hafal..alhamdulillah. Cuma kalau aku ditanya apa maksud yang terkandung dalam yasin..hemmmmm, kofom aku xdapat jawab. Sebab aku hanya baca jer..ya Allah..subhanallah..
Masa aku kecik2 dulu(sekarang besar sikiit), aku pernah tanya ustazah aku disekolah. Apa maksud yasin?? Owh..rahsia Allah....sama macam al-baqarah, alif-lam-mim....
banyak lagi surah yang dimulakan dengan ayat2 hebat seperti itu..
Aku pernah baca buku kenapa yasin tuh menjadi rahsia Allah. Supaya para ulama’ yang banyak ilmu itu sedar bahawa ilmu Allah lagi luas...walaupun bergelar ulama’ tapi ada jugak yang mereka xtahu kan...begitu hebat hikmah Allah. Ada banyak lagi tu hikmah yang Allah berikan..betapa kerdilnya kita..
Aku mau kongsi tentang kehebatan yasin. Dalam surah ini banyak ilmu. Tanya jak ilmu apa??
Pertanian??
“ dan suatu tanda( kebesaran ) Allah bagi mereka adalah bumi yg mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji-bijian. Dan dari bijian itu meeka makan”-ayat 33
Ilmu falak??
“ dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam, Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka mereka itu (berada dalam) kegelapan” –ayat 37
Ilmu laut??
“ dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan”- ayat 41
Ilmu binatang??
“ dan tidaklah mereka melihat bahawa Kami telah menciptakan hewan ternak untuk mereka, yaitu sebagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka menguasainya?-ayat 71
Dan banyak lagi...subhanallah, masya Allah...satu pengajaran untuk manusia yang berakal..
insyaAllah, aku akan kongsi lagi mengenai surah yasin nie...apapun, sebenarnya kalau malam jumaat kita baca surah al-kahfi..tapi, yang penting kita baca quran kan..dan tadabbur...(^_^)
wallahu alam...
Read more...
Wednesday, June 23, 2010
~Sweet MemorY of AkhwaT~

Assalamualaikum..
cuti semester nie aku xbuat banyak sangat pergerakan..kecuali dibahagian jari. disamping menyiapkan proposal untuk program semester depan..menyusun takwim dan pengisian halaqah nie...jari2 nie dah kebas menaip..mata pun keletihan..panda women!! henshin!!
Aku sangat bersyukur, nikmat Allah yang terlalu banyak untukku..apatah lagi DIA telah mentakdirkan aku untuk berada diatas jalan ini...yang mana berbeza dengan syabab2 yang berada diluar sana..diatas jalan inilah aku kenal Rabbku, diatas jalan inilah aku tahu tujuan hidupku, diatas jalan inilah aku tahu matlamat hidupku dengan jelas..diatas jalan inilah aku kenal apa itu tarbiyyah, dan diatas jalan inilah aku kenal apa itu dakwah..nak tahu?? Kenalah join....;-)
semester lalu, halaqah insyirah pergi rehlah kat sg moyog...agak jauh jugak tempat tuh...pada awalnya naqibah aku suruh vote tempat yang kitorang nak pergi..
a. Kundasang
b. Sg moyog
c. Kudat
Huhu..kalau (a) memang aku tak nak pergi. Bukan apa, tak tahan naik kereta lama2..mabuk. .cukuplah aku bertahan naik bas ke tawau 10 jam..xtahan2..lemahnya diriku...huhu
Then, walaupun aku tak tahu sg moyog tuh kat na, aku pilih jer la..tuptup..alhamdulillah..sg moyog jadi undian terbanyak sekali..alhamdulillah..
Acttually, aku dalam dilema samada nak pergi rehlah ke tak?? Ada masalah ckit. Alhamdulillah, Allah izinkan aku pegi gak..dengan hati yang penuh rasa syukur tak terhingga..ahirnya kami sampai ke tempat tujuan..
Sesampainya disana..apa lagi, acara makan2 bermula..lapar sangat..huhu..memang sedap lah kak lin dan kak hidayah masak...biasalah, dah isteri orang..
Setelah kenyang, barulah acara bermula..dengan pengisian kak lin..kitorang duduk kat atas batu sambil bermain2 dengan air sungai yang jernih dan dingin..masyaAllah..
Firman Allah SWT;
“ sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang2 yang berakal. (iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),”Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau. Lindungi kami dari azab neraka.” (ali-imran:190-191)
Subhanallah...memang benar, setiap yangAllah ciptakan ini tidak ada yang sia-sia, masing2 punya fungsi masing2..yang mana makhluk Allah ini patuh pada perintah Allah secara ijbari..sunnatullah..
Allahu Karim..
Damainya hati, bila semua makhluk yang ada dimuka bumi, malah di seluruh pelusuk ciptaan Allah semuanya bertasbih memujiMU...seluruh pelosok alam ini adalah tempat ibadah kerana semuanya memuji dan mengagungkanMU...kalimah syukur yang tak terhingga terukir di sudut hatiku..
setelah itu, aku pula ditugaskan memberi tazkirah..sebenarnya kak lin dah berutahu awal2 yang aku akan memberi tazkirah pada hari itu...tapi oleh kerana dilema yang sangat mendalam dan menyesakkan hati, aku tidak ada persediaan untuk memberi sebarang tazkirah..hm,,,apapun tugas tetap tugas. Aku baru pilih tajuk tazkirah iaitu ‘ Hati seorang Da’ie’..aku memetik satu kisah seorang pemuda yang beriman dan menjadi contoh kepada para da’ie ilallah. Aku ambil kisah tuh dalam surah yasin mula dari ayat 20. Sungguh tragis apa yang berlaku kepada pemuda yang bernama Habib an-najar itu. Apabila dia telah mendengar kebenaran daripada utusan Allah, beriman kepada NYA..terus menyeru kepada kerabatnya serta kaumnya agar beriman dengan Allah..walaupun dia tahu keluarganya akan mengusirnya dan mencercahnya, walaupun kaumnya menghinanya dan mendustakan apa yang telah disampaikan olehnya..sehingga dia tahu bahawa kaumnya tidak akan melepaskannya begitu sahaja..dan akhirnya dia dibunuh oleh kaumnya sendiri kerana telah membawa kebenaran..dia yakin janji Tuhannya..
keteguhan iman seperti inilah yang patut ada pada diri kita semua..(saya juga), walau pahit, walau perit..kebenaran tetap kita pertahankan walau terpaksa bergadai nyawa..walau diri kita disisihkan masyarakat..
tazkirah itu banyak memberi pengajaran dan peringatan bagiku yang dho’if..adakah aku punya value seperti pemuda itu?? Aku Tanya pada diri sendiri..
setelah tazkirah aku berakhir, tiba mas ukhti Rubi menyampaikan tugasannya, isu semasa..bincang tentang pembuangan bayi..geram sangat dengan manusia yang tidak bertanggungjawab..tak sayang dengan baby tuh,,tak nak bagi aku..aku nak..hehe..
apapun cara yang dilakukan...bina rumah kebajikan, tubuhkan rumah anak yatim..atau apapun..pasti tidak akan menyelesaikan masalah yang berakar umbi..kerana yang dapat menyelesaikan masalah itu adalah Islam sendiri..berpegang teguh pada agama..taat pada Allah..islam itu syumul..dan penyelesai masalah hanya Islam..
dah..best sangat mentadabbur alam sejenak..disebalik kesibukan mengejar dunia demi risalah..aku bersyukur diberi nikmat ketenangan dalam memerhati penciptaan alam ini..aku mahu seperti ulul albab yang Allah kata dalam surah ali-imran sebentar tadi..yang sentiasa mengingati Allah..setapak langkah, sesaat nafas..sehirup udara..adalah untuk Allah...ibadah kepada Allah..tenggelam dalam mengabdi amal islami kepada Rabbnya..
firman Allah;
“ dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat2 Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti hewan ternak, bakan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah. (al-a’raf:179)
Aku tidak mahu seperti mereka yang disebut Allah dalam ayat diatas...;-(
terus terang..aktiviti setelah proses tazkiyatun nafs ini tidak kurang hebatnya...kitorang siap mandi2 lagi...hehe, seronok berendam dalam air yang dingin itu...walaupun kepalaku sudah tidak dapat menahan kesakitan..namun kugagahkan juah untuk bermain bersama ukhti Ros dan ukhti Hidayah..kami bertiga jer yang berendam..yang lain jadi tukang sorak...hehe
mudahan, wasilah dakwah ini dapat menambah keimanan dan merapatkan ukhuwwah antara kami di jalan ini...demi risalah agama Allah...mewarisi perjuangan Rasulullah menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini ( seperti jawapan dalam SPM subjek pendidikan Islam)..
wallahu a’lam bissawab...;
Read more...
Sunday, June 20, 2010
Majlis Tilawah Al~Quran kali ke-53

Sabah tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-53
KOTA KINABALU 2 Feb. - Sabah dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 yang akan diadakan di Dewan Perdana Wisma Muis di sini, bermula 29 Jun hingga 3 Julai ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ini adalah kali ketiga Sabah dipilih sebagai tuan rumah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, selepas menganjurkan majlis itu pada 1989 dan 2000.
Katanya, tema majlis tilawah al- Quran tahun ini adalah Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Jun ini.
"Seramai 27 qari dan qariah dari seluruh negara akan memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing bermula 29 Jun hingga 3 Julai.
"Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah Al- Quran peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 27 Julai hingga 3 Ogos tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 di Wisma Innoprise di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.
Musa berkata, majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Ahmadshah Abdullah pada 3 Julai.
Katanya, majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan diadakan setiap tahun sebagai usaha berterusan kerajaan menggalakkan serta membudayakan minat membaca al-Quran di kalangan umat Islam.
Beliau menambah, bagi menyemarakkan lagi majlis tilawah tahun ini beberapa program sampingan seperti konvensyen Al-Quran peringkat kebangsaan dan persidangan pegawai- pegawai syariah peringkat kebangsaan akan diadakan.
"Bagi menarik kunjungan dan kehadiran orang ramai pameran berkaitan perkembangan Islam di negeri ini, Kaligrafi Islam, penulisan Al-Quran dan artifak arkeologi sejarah Islam juga akan diadakan.
"Selain itu, beberapa persembahan berbentuk nasyid, qasidah, kompang dan persembahan muzik tradisional tempatan akan diadakan sepanjang tempoh penganjuran tilawah peringkat kebangsaan itu," katanya.
sumber: utusan malaysia
Read more...
Friday, June 18, 2010
hati~hati

Baru-baru nie aku menerima emel dari seseorang yang aku xkenal….begitu sadis aku mendenganr kisahnya..dia curhat sama aku…emelnya seperti dibawah…
Full View
I need your urgent assistance (Strictly Confidential)
From: Miss.Mariama Nzi
Add to Contacts
To: kodo_mami@yahoo.com
________________________________________
FROM : MISS.MARIAMA NZI
Email; miss.mariamanzi@yahoo.com
GOOD DAY TO YOU,
I GOT YOUR CONTACT FROM THE YAHOO MESSENGER CHART ROOM . I PRAYED OVER IT AND SELECTED YOUR CONTACT DUE TO IT'S ESTEEMING NATURE AND THEIR COMMENDATIONS GIVEN TO ME AS A REPUTABLE AND TRUST WORTHY PERSON I CAN DO BUSINESS WITH AND BY THEIR RECOMMENDATIONS I MUST NOT HESITATE TO CONFIDE IN YOU FOR THIS SIMPLE AND SINCERE TRUTH.
I AM MISS. MARIAMA NZI, THE ONLY CHILD OF LATE MR AND MRS CHRISTOPHER NZI, MY FATHER WAS A VERY WEALTHY COCOA MERCHANT BASED INZIMBABWE, HE WAS POISONED TO DEATH BY HIS BUSINESS ASSOCIATES ON ONE OF THEIR OUTING TO DISCUSS ON A BUSINESS DEAL..
WHEN MY MOTHER DIED ON THE 21ST OCTOBER 1994 AFTER SOME HOURS OF MY BIRTH. MY FATHER TOOK ME SO SPECIAL BECAUSE I AM MOTHERLESS.
BEFORE THE DEATH OF MY FATHER ON 24TH JANUARY 2010 IN A PRIVATE HOSPITAL HERE IN ZIMBABWE. HE SECRETLY CALLED ME ON HIS BEDSIDE AND TOLD ME THAT HE HAS A SUM OF 3.5 MILLION POUNDS ( THREE MILLION FIVE HUNDRED THOUSAND POUNDS) LEFT IN A SUSPENSE ACCOUNT IN BACKLAYS BANK LONDON, THAT HE USED MY NAME AS HIS ONLY DAUGHTER FOR THE NEXT OF KIN IN DEPOSITING OF THE FUND.
HE ALSO EXPLAINED TO ME THAT IT WAS BECAUSE OF THIS WEALTH THAT HE WAS POISONED BY HIS BUSINESS ASSOCIATES AND IN OTHER TO SAVE MY LIFE, THAT I SHOULD SEEK FOR A FOREIGN PARTNER IN A COUNTRY OF MY CHOICE WHERE I WILL TRANSFER THIS MONEY AND USE IT FOR INVESTMENT PURPOSE ,(SUCH AS REAL ESTATE MANAGEMENT).
SIR/MADAM, I AM HONORABLY SEEKING YOUR ASSISTANCE IN THE FOLLOWING WAYS.
1) TO PROVIDE A BANK ACCOUNT WHERE THIS MONEY WOULD BE TRANSFERRED.
2) TO SERVE AS THE GUARDIAN OF THIS FUND.
3) TO MAKE ARRANGEMENT FOR ME TO COME OVER TO YOUR
COUNTRY TO FURTHER MY EDUCATION AND TO SECURE A RESIDENTIAL PERMIT FOR ME IN YOUR COUNTRY.
MOREOVER, SIR, I AM WILLING TO OFFER YOU 30% OF THE TOTAL SUM AS COMPENSATION FOR YOUR EFFORT INPUT AFTER THE SUCCESSFUL TRANSFER OF THIS FUND TO YOUR NOMINATED ACCOUNT OVERSEA.
FURTHERMORE, YOU CAN INDICATE YOUR OPTION TOWARDS ASSISTING ME AS I BELIEVE THAT THIS TRANSACTION WOULD BE CONCLUDED WITHIN SEVEN (7) DAYS YOU SIGNIFY INTEREST TO ASSIST ME. PLEASE RESPOND TO MY CONFIDENTIAL EMAIL ADDRESS; miss.mariamanzi@yahoo.com
PRESENTLY, AM SEEKING REFUGE IN A GUEST HOUSE IN OUR NEIGHBORING COUNTRY WHICH IS NIGERIA FOR SECURITY REASON, YOU CAN INDICATE YOUR DIRECT TELEPHONE NUMBER AND I WILL CALL YOU.
ANTICIPATING HEARING FROM YOU SOON.
THANKS AND GOD BLESS.
BEST REGARDS.
MISS.MARIAMA NZI
Well, setelah meneliiti kisahnya yang sedih nie..aku xtau nak express muka macam mana…kawan aku kata nie orang yang suka tipu, xtau lah macammana cara dia nak tipu..aku pun xsure…aku xkan layan benda2 macam nie…aku pun xpecaya benda begini…
Sekarang macam2 perkara yang manusia buat semata mahu mencari kekayaan dengan jalan mudah…kadang ada yang pernha menelefon aku kononnya dari celcom tapi no “unknown caller”..dia guna private no. xda keja la diorang nie..
Cubalah usaha…kalau dapat duit banyak pun, tapi xberkat, xkemana pun…keberkatan Allah yang penting kan…sekarang nie pun, kalau sahabat2 semua takut jadi penganggur lepas graduat nanti…involvekan lah diri dengan perniagaan sendiri..usaha menjadi usahawan…sunnah nabi juga kan..pekerjaan yang mulia kerana hasil titip peluh sendiri di jalan yang halal..
Apapun, aku Cuma mahu anda tidak tertipu la dengan benda2 macam nie..hati2 k…
Wallahualam,
Read more...
Sunday, May 23, 2010
Juz like starfish~

Setiap manusia punya cerita hidup, pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku...kadang sedih, gembira, kecewa, derita, pahit, manis, keliru....dan pelbagai lagi macam perasaan yang kita alami...bagi aku, aku telah merasai semua itu sejak dari kecil lagi..malah lebih dari itu. Aku telah bertemu dengan bermacam2 jenis manusia dalam hidupku...macam2 ada. Pengalaman hidupku yang penuh dengan drama, kadang tragis itu membuatku begitu matang dan bersedia dalam menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang. Ya, aku juga manusia biasa, lemah dan kadang serasa tidak mampu sehingga memerlukan seseorang untuk dijadikan pautan ketika hampir tersungkur.
Namun, aku kini mula bangkit..meneruskan hidup ini untuk mencapai misi dan visi yang telah diwariskan kepadaku..juga kepada umat manusia...bagi aku, semua ceritera itu punya hikmah dan pengajaran untukku, agar aku lebih kuat dan tegar berdiri di dunia realiti.
Aku sangat bersyukur, bila semua manusia yang berada disampingku sangat menyayangiku. Aku juga khilaf kerana baru sedar akan semua itu.. aku khilaf bila baru mahu menghargai mereka...
Kini, Allah telah menunjukkan sesuatu kepadaku, begitu hebat hikmah dan petunjukNYA..i need to make a difference!! Aku perlu merubah sesuatu dalam diriku, dan juga potensi yang ada dalam diriku yang telah dianugerahkan...demi ummah, agamaku. Aku sangat berharap agar dapat mencontohi ghulam yang diceritakan dalam hadith ashabul uhkdud.biarlah pengakhiran hiidupku di dunia memberi makna kepada agamaku...
Baru2 nie, aku mengikuti LKS. Kursus nie banyak membantu aku untuk mengenal potensi diri. Aku tidak tahulah apa matlamat sebenar peserta kursus yang lain. Tapi, aku melihat ini di perspektif yang berbeza, mungkin ada yang sama denganku. Aku tidak pasti. Bila coach aku mengatakan kita perlu membuat perubahan...sesuatu yang tersirat, amat mendalam ayat itu bagiku...starfish nie maksudnya “ make a difference”...we make a difference in a different way...berbalik kepada tujuan asal kita diciptakan didunia...aku sudah mula berani berhadapan dengan dunia luar, yang dulunya pernah membuat aku jatuh tersungkur, sehingga hampir putus asa...perubahan yang bakal aku hadapi mudahan bisa mengubah persepsi dunia..apapun, berjaya atau tidak semuanya urusan Allah. Aku hanya mahu menggunakan masa yang ada ini untuk mencapainya.
Kita manusia punya potensi masing2. Itu yang kita kena percaya. Dan perlu bertindak dan menggunakan sebaiknya. Anugerah ini tidak wajar kita persia-siakan...betapa ruginya kita bila tidak melihat semua itu...ya, aku sedar setiap manusia itu melihat sesuatu dengan kaca mata yang berbeda..sejauh mana perbezaan itu, matlamatnya Cuma satu...iaitu agama kita. Sebagai penanda aras kejayaan tercapainya matlamat hidup, kita pantas bertindak memenuhi saf2 hadapan perjuangan kita...sambil membawa panji2 menuju kejayaan yang di janjikan olehNYA...
Aku takkan membiarkan kenangan pahit aku menggelapkan jalan2 yang ku lalui sekarang. Semua lakonan itu sebagai tarbiyyah untukku...sesungguhnya sumber kekuatan hanya dari Allah...mudahan Allah sentiasa membimbingku...(^_^)
Aku ingat aku dapat cuti sebulan semester nie, tapi ada agenda yang lain pulak datang. Tapi, aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku tidak mahu masa lapangku terisi dengan perkara2 tidak bermanfaat. Aku tidak mahu seperti syabab2 diluar sana, mensia-siakan masa kegemilangan mereka demi mencapai keseronokkan fana. Aku rindu juga dengan keluargaku..Cuma keluarga aku sebenarnya sudah faham aku nie jenis yang tidak duduk diam..so, mereka sudah mempercayai aku. Apa yang aku lakukan mereka tidak membantah kerana mereka yakin padaku, alhamdulillah. Cuti sebulan tuh kadang jadi seminggu jer.. aku sangat berharap dapat menghadapi segala kesibukan yang tidak pernah putus2. Apapun, aku selalu ingat akan kata2 murabbi dan murabbiyah aku, bahawa akademik nie penting untuk masyarakat menerima risalah yang akan kita bawa. Kita cemerlang dalam akademik untuk membawa risalah yang kita bawa. Antara ijazah dan risalah, kita kena tahu keduanya itu mahu letak di mana..aku yakin aku dan ikhwah/akhwat semua pasti boleh lakukannya!!
Awal2 lagi aku dah senaraikan perkara yang aku kena selesaikan untuk semester depan. Baru aku merasai betapa kerja kita dihadapan sangat banyak berbanding masa yang ada.. bisa2 merancang, tuptup mungkin aku tidak sempat melaksanakan semua yang telah dirancang. Betul kan??
Syukran semua yang sudi membaca. Mudahan kita sama2 mengambil manfaat apa yang baik sahaja. Ingat starfish, we have to make a differences to be a better and great syabab!!
Wallahualam bissawab.
Read more...
Wednesday, May 19, 2010
Latihan Keusahawanan Siswa (LKS)


alhamdulillah, setelah selesai program kat SMA Toh Puan Hajah Rahmah, aku bergegas ke Tuaran Beach Resort untuk mengikuti kursus keusahawanan anjuran MPP ums...dapatlah juga bercuti selama 5 hari kat sini, tenag damai hati..hehe...
kursus selama 5 hari nie banyak memberi aku peluang untuk mengenal potensi diri, membina keyakinan serta melihat sedikit ke jendela dunia...betapa aku perlu melakukan perubahan...terima kasih coach fuad and the team..
tidak aku sangka, syarikat kami, T.I.P.S Boutique Enterprise mendapat tempat pertama dalam pelan pemasaran.dan alhamdulillah, sekarang dalam proses mahu merealisasika syarikat kitorag..mudahan berjaya..
Read more...