
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum, alhamdulillah ku panjatkan kepada Allah SWT kerana beri kekuatan dan nikmat kesihatan untuk terus berada di jalanNya. Agak lama jugak ku tak meng’update’ blog yang tercinta nie…
“Malam nie malam sabtu, aku perlu siapkan assignment dan proposal yang belum hantar lagi nie.hmmm, esok malam pulak meeting..ya..aku mesti berusaha..”bisik hati kecil ini..
“oh!! Lupa pulak malam nie ada halaqah dengan akhawwat, takpe..bawa lah buku sekali ble sambung study lepas halaqah..heee.”berbisik lagi.
Lepas solat maghrib disurau, aku bertolak kemasjid..harap2 akhwwat yang lain dah sampai dan aku sempat sampai solat berjemaah kat masjid tuh..
Tiba-tiba ku lihat sekujur badan, berjubah kelabu (lirik ala-ala Rabbani) kat hujung sekali dibahagian muslimah…hmmm macam kenal jer..ya..memang kenal akak nie..heee.
“assalamualaikum kak,” sapaku..
“waalalaikumsalam..oh..mas. apa khabar?? Tanyanya kembali.
“Alhamdulillah kak, akak dah lama kat sini?
“ya..mas ada qiyam ke?
“a’aaa..sekali halaqah dengan akhawwat..” balasku dengan senyuman..
Kami pun bercerita tentang kehidupan masing-masing..banyak dapat berkongsi pengalaman dengan akak nie,dah lama tak jumpa akak nie, rindu sangat. Last jumpa pun semester lalu, sehinggalah akak tanya aku tentang masalah/cabaran yang aku hadapi sepanjang tarbiyyah.
Hmm…memang susah sikit(eh..banyak) nak jawab pertanyaan nie..sebab apa tau, memang banyak cabaran yang aku tempuhi sepanjang perjalanan., baru ku rasa (oren+strawberry), bagaimana perasaan bila ujian datang melimpah ruah pada kita. Tapi, ku sangat2 bersyukur, sebab Allah lemparkan ujian nie untuk mendidik diriku yang hina dan lemah..hukhuk..alhamdulillah.(sambil tadah tangan)
Sambil kubercerita tentang kekuatan seorang da’ie itu..dimana kekuatan kita..bila kita bergantung harap segala-galanya pada Allah..yes..kita hidup untuk Allah kan..kalau bukan untuk Allah, untuk siapa lagi (soalan bonus)..
Aku cuba untuk buka satu persatu, kekuatan ukhuwwah yang mengikat aku dengan teman seakidah yang lain..kenapa aku rindu dengan mereka?? Kenapa aku mesti nak jumpa mereka jugak?? Bukan aku kena bergantung harap dengan mereka semata-mata, tapi tali yang telah mengikat itu yang menyebabkan kita saling memerlukan antara satu sama lain…berkasih-sayang keranaNya..ya Allah, Engkau telah memartabatkan nilai ukhuwwah antara kami..janganlah Engkau putuskan tali yang telah kami bina diatas jalanMu..Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
“tidak beriman seseorang diantara kamu, sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri”
masyaAllah, hebatkan nilai ukhuwwah yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis diatas. 
Akak J (bukan nama sebenar) hanya senyum sahaja lihat aku rancak bercerita sampai tak ingat waktu..hmm, aku memang suka bercerita apalagi bila ditanya tentang kehidupan yang pernah aku alami..akak J mengangguk perlahan, tanda setuju jugaklah dengan apa yang aku kata tadi tuh…
“betul tu dik, kita juga kena sebarkan ukhuwwah kita tuh dengan sesiapa sahaja,bukan sahaja dalam kalangan kita..”tambahnya lagi..aku pun mengangguk laju-laju.
Nampaknya, akak J dah nak balik. Usai solat sunat rawatib, kami bersalam-salaman dan bertujar nombor hp, heee..walaupun dah lama kenal tapi baru sempat nak berborak lama dengan akak nie..syukur..
Jeng,jeng,jeng…
1 new message
Ku bukak: kak J- pernah 1 ketika sorag sahabat memberitahu Rasul SAW akan rasa sayangnya kepada sorang sahabatnya yang lain. Rasulullah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya? Sahabat itu menjawab dia belum lagi berbuat demikian. Lantas, Rasulullah SAW pun berkata pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bhw kamu mengasihinya”, salam sayang dari kak J…
Terima kasih ya Allah, Engkau beri aku sahabat yang baik..(air mataku juga mengalir)…
1 new message
Kubukak lagi: kak Ros- salam mas, kira2 jam berapa mas dan akhawwat yang len bagi2 tugas??
Hmmm, akak aku lagi sorang nie mesti bz memanjang..heeee…
Ku meneliti diri sendiri, ku bukak lembaran baru sejarah hidupku…halaqah penguat diri bagi diriku yang lemah dan dahaga cinta ilahi dan merindukan sebuah peringatan….
Read more...
Saturday, July 25, 2009
Nilai Ukhuwwah
Thursday, July 9, 2009
Antara 2 Jalan...

Assalamualaikum w.w.b
Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada adik-adik yang berjaya melangkah lagi kehadapan dengan menerima tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) ini.
Pasti adik-adik semua membawa harapan tinggi menggunung setinggi gunung kinabalu, macam lagu ni..” tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu”..hmmm memang femes lagu ni dalam kalangan orang2 disabah, tak pun setinggi gunung Everest lah..yalah kerana kita sebenarnya membawa harapan ibu bapa yang selama ini bersusah payah, berkorban, membanting tulang, mungkin juga mengikat perut demi memastikan anak kesayangannya berjaya sehingga mencapai kejayaan ketahap sekarang kan. Semua pengorbanan itu agar kita dapat belajar dengan selesa sekaligus cemerlang dalam pelajaran.
.
Saya pasti adik-adik semua juga pernah merasakan kesusahan hidup. Tapi ketahuilah adik-adik, kemiskinan hidup kita itu bukanlah penghalang untuk kita menempah kejayaan seperti orang lain. Kita semua adalah sama, tidak kira miskin atau kaya kerana disisi Allah SWT yang terbaik diantara hambaNya ialah yang paling takwa, maknanya kita berbalik soal hati kita. Hati yang menjadi raja bagi seluruh angggota badan kita, yang memandu kemana jalan kita selepas ini. Saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain amat berharap adik-adik semua yang bakal menerajui pemimpin pada masa hadapan agar sentiasa berfikiran positif dan matang agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa berada disekeliling kita. Saya juga amat yakin ramai diantara adik-adik yang masih keliru dan mungkin juga menyesal memasuki IPT terutamanya di bumi sabah ini. Tapi adik-adik, dimana pun kita berada tetap mempunyai matlamat yang sama, tujuan yang sama Cuma yang bezanya mungkin sistem di IPT tertentu. Oleh itu, buat apa kita nak membeza-bezakan IPT mana yang terbaik untuk kita. Allah SWT telah menentukan yang terbaik untuk kita. Siapakah yang terbaik keputusannya selain daripada keputusan Allah SWT?
Kepada adik-adik yang kami sayangi, saya dan juga warga SPL amat mengharapkan agar adik-adik tidak mensia-siakan masa dan juga peluang yang ada ini kerana ramai lagi sebenarnya sahabat-sahabat kita yang lain tidak berpeluang untuk menempatkan diri dalam IPTA/S. Kita ni sudah sangat-sangat beruntung. Kita cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa tujuan kita datang ke sini tercapai. Tapi adik-adik kena muhasabah balik adakah betul tujuan kita ke sini adalah semata-mata untuk belajar sahaja?? Adakah kita datang ke sini hanya untuk merangkul anugerah?? Memang itulah harapan kita dan juga impian kita bila berada di Universiti. Sebenarnya amanah yang kita pegang bukan sahaja membawa segulung ijazah untuk ibu bapa kita tetapi nilai peribadi kita yang akan kita beri dan bawa untuk mereka kelak. Iaitu menjadi insan yang berakhlaq mulia. Dimana titik permulaan semua tu?? Bagaimana kita nak memulakan anjakan paradigm?? Disinilah kita cuba untuk manilai sendiri peribadi kita yang selama ini tersembunyi.
Wahai adik-adik yang saya sayangi, kita menilai kejayaan
hidup kita bukan dengan neraca dunia., Jika dalam fikiran kita nak berjaya sebab nak dapat kerja dan beli kereta besar, rumah besar, bilik besar, pasangan pun besar, ataupun makan besar pasti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Saya bukan memandai-mandai untuk berkata begini tetapi sudah dinyatakan oleh Pencipta kita yakni Allah SWT. Ukuran siapakah yang lebih tepat daripada ukuran yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya?? Dia yang telah menciptakan segala isi langit dan bumi dengan begitu sempurna sekali pasti tidak akan pernah silap pernilaian. Kalau kita telah menganggap diri kita telah berjaya kerana banyak merangkul anugerah ataupun keputusan yang cemerlang, itu hanya kejayaan dunia yang pada hakikatnya bersifat fana. Apakah ukuran dan neraca Allah yang sepatutnya kita pegang?? Keimanan dan amal soleh, yang bersifat hakiki. Kejayaan dunia ini mungkin akan berakhir 30 tahun dari sekarang. Itu kita tidak akan tahu tetapi yang pasti ia akan berakhir.
Oleh itu, saya menyeru kepada adik-adik khususnya dan seluruh warga SPL agar bersama-sama berkongsi neraca kejayaan yang sebenarnya. Semoga Allah SWT tidak memasukkan kita kedalam golongan orang yang rugi didunia dan juga rugi diakhirat. Diri inilah yang sepatutnya lebih muhasabah. Semoga kita semua khususnya wagra SPL akan terus maju dan maju kehadapan. Selamat melanjutkan pelajaran di universiti Malaysia sabah!!!
Read more...
Monday, June 22, 2009
Ahlan Wasahlan!!!

Ahlan wa sahlan adik-adikku yang bakal ke menara gading tidak lama lagi...walau dimana sahaja adik-adik ditakdirkan menuntut ilmu, terimalah dengan rasa syukur kerana Allah telah memberi peluang kepada adik untuk meneruskan pengajian sehingga ke tahap sekarang...
dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, di situ jugalah kita memegang amanah daripada Allah SWT..
semoga adik-adik sudah cukup bersedia untuk melangkah ke IPT..
saya sudah x sabar nak menyambut adik-adik sekalian terutamanya yang bakal menjadi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, adik-adik sangat bertuah...
Tahniah yer dik..!!
Read more...
Friday, May 1, 2009
XM..XM..XM

Assalamualaikum...
" Aduh..aku x dapatlah join korang gi OneB ari nie..banyak lagi yang aku nak cover subjek Dr MBJ..len kali la ek.." kajol memberi alasan.
Sebenarnya sahabat, bukan kajol saja yang kata macam tuh..kita2 nie pun sama kan..lebih2 lagi yang menulis..
majoriti student, tak kira IPT mana sekalipun pasti ada yang study last2 minit..masa tuh tiba-tiba kita nie jadi rajin ke library..study group..kalau sebelum exam ada pulak masa nak ke OneB, tak pun CP..huhu..
"..eh! Rani! apasal mata kau macam panda?" tegur shah Rukh khan.
"..eleh..mengejek lah tu..aku tak tidur la semalaman..satu buku tuh aku baca,,fuh..tebalnya cecah 200000 m/s tau tak..hebat tak aku??" kata Rani dengan bangganya.
" fuyoo..hebatnya!!! berapa banyak yang kau paham??" sindir shah Rukh Khan sambil mengenyitkan matanya.
" Aku x paham pun..yang penting aku baca..huhu!!
Hmm, berbaloikah kita baca buku tapi x juga paham2?? nak cover semua memang kita tak boleh..jadi nak buat apa?? pengajaran untuk saya..study jangan last minit!!!
"..Fatimah, malam nie kita kesurau yok..lama dah aku tak solat jamaah kat surau.." ajak Khadijah.
"..Alhamdulillah..marilah. solat hajat pun ada sekali. Bila kali terakhir dijah pegi surau nie.." tanya Fatimah ingin tahu.
" Hmmmm..bila ya?? OOOh..hehe..actually nie baru kali kedua.." jawab dijah malu-malu.
Syukurlah...time2 XM nie ramai pulak yang tertarik nak kesurau solat jamaah..kalau sebelum nie..satu saf pun tak penuh..sekarang hebat..sampai 2-3 line. hampir penuh surau..kadang bersesak2 jugak.
nie lah Xm..kadang kita x nampak kesannya kepada diri kita..sebenarnya XM nie juga satu ujian kepada hamba2Nya...amalan kita pada masa nie InsyaAllah bertambah2. yalah..kita hanya bergantung pada Allah setelah berusaha..hanya Dia yang layak memberi apa yang terbaik untuk kita kan..moga2 ini juga satu tarbiyah untuk diri kita agar lebih muhasabah..diri inilah yang sepatutnya lebih muhasabah dalam mengislah diri..
semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang..mudahan untuk agamaNya..
" Ya Allah, sekiranya kegagalan kami membawa fitnah kepada islam dan perjuangan kami, maka Kau cemerlangkanlah kamidalam setiap perkara dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh dari islam dan perjuangan kami, maka kau lebih berhak menentukan selayaknya kerana kami imani tiada apa yang kau takdirkan sia2 melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.."
Ma'at taufiq wan najah...
Read more...
Tuesday, April 21, 2009
Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya??

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. .
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan! 
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
sumber: penditamuda
rujukan: www.iluvislam.com.
Read more...
Saturday, April 11, 2009
Sang Mujahid Ku...

Maha suci Tuhan yg telah mempertemukan kita dlm medan perjuangan menuju redhaNya, I’allah…Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w yg dlm urat nadi kita mengalir warisan sunnah dakwahnya…juga kalungan doa buat ahli bait Baginda s.a.w, juga para sahabatnya, serta rijal2 slps mereka yg telah meneruskan sunnah menginfaqkan diri utk agama demi menegakkan kalamNya..
Mujahidku,
Betapa kesabaran ini sering teruji dlm menanti hadirnya dirimu. Terasa ada benarnya mereka yg mengatakan seberat2 ujian itu ujian hati dan perasaan… belenggu fitnah melingkari, dan ana sering risau diri ini kalah jua suatu hari nanti. Bergetar hati ini dgn pertarungan maknawi…antara azam memelihara diri demi melayakkan ana bertemankan rijal seistimewa anta, dan keinginan utk mengalah dan memilih rukhsoh dlm bermuamalah demi menjamah halawah ber‘alaqah sama seperti org lain…ya mutsabbital qulub tsabbit qolbi ‘ala diinika wa ‘ala to’atik…
Pewaris harapan ummah,
Tatkala rindu mula menyesakkan kalbu, ana berusaha sedaya mungkin utk tenggelam dlm kekhusyukan merintih meminta bantuanNya, namun rindu ini terus dan terus menggelegak hingga menuntut ekspresi…lantas jari jemari ini mula menari, dlm usaha mencari ketenangan hati. Sungguh mujahidku, diri ini teramat ingin disegerakan pertemuan kita!
Pembawa panji Islam,
Maafkan diri ini atas kelemahan…”khuliqol-insanu dho’ifa”…I’allah, ana akan berusaha memperkasakan mujahadah dari hari ke hari, malah dari saat ke saat, dan akan ana jadikan penantian ini sbg fatrah tarbiyyah…persediaan utk ana menghadapi hakikat suatu hari nanti anta bakal diminta olehNya utk memenuhi janji, bahawa hidup dan mati anta hanya utkNya dan kegemilangan agamaNya.
Tsamaratu fuadi,
Di mana pun anta skrg, dgn seikhlasnya ana berdoa, moga anta terus dibantu dan diberi taufiq olehNya utk menyibukkan diri dgn urusan ummah kita, dan moga anta terus terpelihara dari fitnah zaman kita, dan ujian hati dan perasaan yg telah memperbudakkan sejumlah besar sahabat2. Kuatlah mujahidkuku, demi janji kita utk menyerahkan diri ini secara kamil kpdNya! Yakinlah, janji Allah itu pasti…andai kita tidak sempat dipertemukanNya di dunia ini utk mengusahakan sa’adah ummah bersama, pasti akan Dia pertemukan kita di dunia yg lebih abadi, setelah kita masing2 menemui keagungan syahadah di jlnNya.
Qa’id yg kutunggu,
Tulus ana berharap agar Dia menggerakkan hati anta utk turut mendoakan ana…moga2 di saat kita diijabkabulkan nanti, diri ini masih mampu mengukir senyuman puas, lantaran usaha ana utk mempertahankan ‘iffah seorg mar’ah berhasil jua akhirnya. Doakan diri ini juga sepertimu, qawiyy dan meletakkan jihad sbg cita2 tertinggi…doakan diri ini juga sepertimu dan salafussoleh, yg mana Dia & RasulNya lebih dicintai dari diri mereka dan pasangan mereka…doakan diri ini juga sepertimu, tsabat dan indhibat berakar menghiasi hati…doakan diri ini juga sepertimu, hidup mengabdi dlm amal islami…doakan diri ini juga sepertimu, memenuhi tuntutan hadis ‘sebaik2 manusia ialah yg paling bermanfaat kpd manusia lainnya’
Mujahidku,
Doakan diri ini juga sepertimu, mencintai semata2 kerana tempias cinta Ilahi!
sunber: srikandimuda.
Read more...
Mitos Cinta R & J

Salam wasilah ukhuwahfillah, sahabat seperjuangan semua..
Jika sebelum ni saya pernah bincang mengenai realiti cinta sebenar mengikut pemahaman saya..tapi saya nak tambah serba sedikit mengenai masalah cinta yang sering menghantui fikiran kita sebagai remaja..hehe syabab..
entri "Cinta Itu Perkahwinan" dalam post2 yang lalu telah saya sentuh tentang hakikat cinta dalam Islam, iaitu perkahwinan.
"Ishh!! kolotnya pemikiran!!"..
"Alaaaa..couple2 ni kan trend bah!! kalau ndak da couple x best la kehidupan remaja kita.."
"couple ni beri kita semangat juak mau belajar tau!!"
Nilah dialog2 yang biasa kita dengar..well, betul juak tuh!!
Tapi, pada pandangan saya cinta sebegini hanya sebuah mitos sahaja seperti sebuah kisah Romeo & juliet, tak kisahlah dalam versi apa sekalipun..
Wah!! romantiknya Romeo sanggup tak tidur malam menunggu si sang Juliet di bawah pokok kelapak, hanya nak tengok muka..konon kalau tak tengok sehari mandi tak pakai sabun..hehe..
Si Juliet pula rela menanti walau seribu tahun..dipetik dari lagu imran ajmain.
Banyak lagi mitos2 yang menggambarkan betapa indahnya percintaan antara dua insan..sehingga ada pepatah mengatakan "cinta itu buto"lah..
Namun cinta yang didasari dengan nafsu sebegini pada akhirnya akan membawa kerugian pada diri sendiri..kedasyatan mitos cinta sebegini yang telah meracuni pemikiran ramai dalam kalangan sahabat kita diluar sana..sehingga telah mengotorkan makna cinta itu sendiri..Allah SWT menciptakan cinta dalam keadaan suci bersih, agar kita semua berkasih-sayang antara satu sama lain, agar kita mencintai saudara kita, agar kita tidak saling bermusuh-musuhan sesama saudara..
well, hebatnya panahan mitos cinta nafsu ini sehingga berjaya mencipta sejarah 'kahwin' sebelum 'nikah'..saya minta maaf mungkin saya berkasar..but this is reality that we must accept it.
Ketahuilah sahabatku, cinta itu sangat suci..yang mengotorkannya adalah tangan-tangan manusia yang tidak mengenal apa itu dosa /pahala dan syurga /neraka.
Cinta seperti ini juga yang menyebabkan maksiat berleluasa…si Romeo yang telah berjanji sehidup semati kononnya sudah lupa bila sudah puas menikmati madu bunga..barulah si romeo itu sedar bahawa pasangannya itu bukanlah yang terbaik!!
Juliet pula, dengan senang2 jak nak kasih "free2" selepas mendengar bicara manis sang Romeo..lepas dah bagi baru nak kata si dia bukanlah pasangan yang baik untukku..huhu..
Mula la nak salahkan masing2, setelah semuanya sudah menjadi debu..kenapa nak buat benda yang merosakkan diri sendiri?? Allah kan dah sediakan method dan cara yang halal bagi menyuburkan cinta kita yang kian mekar disiram embun pagi..kahwin satu2nya jalan terbaik.
si Romeo, "susah bah mau kahwin sekarang nie..dah la aku xda keja lagi nie..mau kasih makan apa anak bini ku nanti?? kalau ada anak nanti lagi bertambah beban ku…fuh!!".
Si Juliet," Hmm, tunggulah klau dah keja baru kahwin..masa sekarang ni nak kenal2 dulu hati budinya..ekonomi dah stabil, baru rumahtangga bahagia."
Dalam Mitos cinta R&J (singkatan untuk Romeo&Juliet), dating, tengok wayang, makan berdua-duaan, pegang2 tangan merupakan parkara yang wajib dalam mengekalkan lagi silaturahmi..hehe loghat indon sket. Tak cukup dengan itu, lagak macam suami isteri pulak bila berjalan kehulu kehilir, si Romeo sanggup membawa beg tangan si sang juliet..hehe geli juak rasa hati saya melihatnya..kalau dah macam nie, apa2 pun mereka sudah tidak segan silu buat sesuatu yang luar biasa..ampun maaf ya..nah kan da ada orang yang marah tuh…huhu.
Pada pandangan mereka, mereka adalah Romeo & Juliet abad 21, menjadi contoh kepada para remaja
sekarang..huhu..Allah SWT amat bertegas dalam hal ini. Firman Allah SWT;
" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, sesuatu jalan yang buruk" (surah al-isra' : 32)
Bahagianya mereka..betulkah?? bagi saya hubungan sebegini takkan kemana akhirnya. Bila dah bosan tuh baru nak cari kesalahan masing2, sebagai alasan nak putuskan hubungan. Adalah pulak sahabat ni merayu-rayu agar tidak ditinggalkan kekasih hati, konon takkan bisa melupakanmu..hehe lagu ni dipetik dari kumpulan Radja. Mana maruah kita masa tuh??
Cuba kita refleksi diri, adakah kita pernah berfikir kita mencari pasangan yang sesuai agar dapat membina rumahtangga yang bahagia..agar dapat mendidik generasi kita kerana benih yang baik akan menghasilkan buah yang berkualiti..Betul nie..kalau dimasa sekolah2 dulu bercouple2 ni hanya nak seronok sahaja kan..mana ada terfikir nak bina rumahtangga dalam usia semudah itu, apatah lagi kalau mau bincang tentang rumahtangga dalam sudut Islam. Lagi mereka tidak faham sangat..
Kalau mau saya bincang rumahtangga dari sudut Islam panjang lebar juak, saya pun tak khatam lagi buku tu..Cuma kuliah ustaz sarip adul pada setiap malam sabtu di masjid UMS ada membincangkan tentang Baitul Muslim, banyak bincang tentang bagaimana nak bina rumahtangga dakwah, cara2 memilih pasangan yang baik dan juga tujuan perkawinan itu sendiri..bah datanglah beramai-ramai.
Cumanya, kalau niat kita ni baik, suci, murni seperti minyak masak seri murni..insyaAllah akan dapat menghindarkan kita dari lembah kemaksiatan, apatah lagi mendekati zina kan..pasti pelajar UMS sudah maklum dengan 4P yang pernah Ustazah Siti Norbahya Mahmood bincangkan dalam kuliah cinta ilahi..hehe ketika cinta bertasbih..
P yang pertama ialah pandangan mata..seperti dalam lagu P. Ramlee kan.." dari pandangan mata.." cewah!! dari pandangan mata itulah turun kehati.." amboi, cantiknya kening dia..fuh bulu mata tuh lentik, bibir seludang..adui!! tak lena lah aku makan nie..mesti tidur pun tak basah.."
betul kan?? sebenarnya zina itu bermula dan bertitik tolak daripada pandangan mata kita..pastu turun kehati..mula lah memikirkan si dia setiap saat dan minit..sesuai dengan firman Allah SWT:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
( surah an-nuur: 30)
Kenapa Allah kata jagalah pandangan dahulu?? sebab ia adalah punca utama yang mendorong seseorang melakukan kemaksiatan..pandangan itu juga satu zina..zina mata namanya..
Astaghfirullah!! betapa banyak dosa2 kita..ishk..ishk..ishk.
Sebenarnya Allah dah beri berita gembira kepada pasangan yang berkahwin;
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nur:32).
Rasanya tak perlu risau tentang kecukupan. Semuanya rezeki datang dari Allah kan.
Ibnu Mas'ud pernah berkata:
" Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan."
" Tapi, macam mana dengan keizinan ibu bapa kami?? kan perlu restu mereka? kalau mereka tak restu kami takkan bahagia sampai beratus keturunan."
well, kita cubalah bincang dengan mereka secara berhikmah, lemah lembut. kan hati mereka itu milik Allah SWT. Sekelip mata jer Allah ble lunakkan hati mereka, Cuma perlu keyakinan, keberanian dan penuh hikmah. Benda baik pasti mereka izinkan, ibu bapa lah yang paling gembira bila anaknya juak gembira..hehe.
Saya ni bukanlah juak pakar dalam bab nie..belum kahwin juak Cuma saya nak kongsi sedikit ilmu dan kefahaman saya dengan sahabat sekalian. Kalau kita lihat realiti remaja sekarang amat menyedihkan..
Bah, janganlah kita risau jika kita suda ada jodoh, istikhara la agar mendapat petunjuk..mudahan Allah beri petunjuk dan memudahkannya untuk kita jika niat kita baik, demi agamaNya. Pilihlah insan yang baik agamanya..serta jelas matlamat hidupnya..semua kareteria2 itu bergantung juak dengan kefahaman kita tentang agamaNya..
yakinlah dalam firman Allah SWT:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga
(surah an-nuur: 26)
nak cari yang soleh atau solehah??? kena jadi yang soleh dan solehah dulu..ya kan??
wallhua'lam bissawab..
Read more...