
Maha suci Tuhan yg telah mempertemukan kita dlm medan perjuangan menuju redhaNya, I’allah…Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w yg dlm urat nadi kita mengalir warisan sunnah dakwahnya…juga kalungan doa buat ahli bait Baginda s.a.w, juga para sahabatnya, serta rijal2 slps mereka yg telah meneruskan sunnah menginfaqkan diri utk agama demi menegakkan kalamNya..
Mujahidku,
Betapa kesabaran ini sering teruji dlm menanti hadirnya dirimu. Terasa ada benarnya mereka yg mengatakan seberat2 ujian itu ujian hati dan perasaan… belenggu fitnah melingkari, dan ana sering risau diri ini kalah jua suatu hari nanti. Bergetar hati ini dgn pertarungan maknawi…antara azam memelihara diri demi melayakkan ana bertemankan rijal seistimewa anta, dan keinginan utk mengalah dan memilih rukhsoh dlm bermuamalah demi menjamah halawah ber‘alaqah sama seperti org lain…ya mutsabbital qulub tsabbit qolbi ‘ala diinika wa ‘ala to’atik…
Pewaris harapan ummah,
Tatkala rindu mula menyesakkan kalbu, ana berusaha sedaya mungkin utk tenggelam dlm kekhusyukan merintih meminta bantuanNya, namun rindu ini terus dan terus menggelegak hingga menuntut ekspresi…lantas jari jemari ini mula menari, dlm usaha mencari ketenangan hati. Sungguh mujahidku, diri ini teramat ingin disegerakan pertemuan kita!
Pembawa panji Islam,
Maafkan diri ini atas kelemahan…”khuliqol-insanu dho’ifa”…I’allah, ana akan berusaha memperkasakan mujahadah dari hari ke hari, malah dari saat ke saat, dan akan ana jadikan penantian ini sbg fatrah tarbiyyah…persediaan utk ana menghadapi hakikat suatu hari nanti anta bakal diminta olehNya utk memenuhi janji, bahawa hidup dan mati anta hanya utkNya dan kegemilangan agamaNya.
Tsamaratu fuadi,
Di mana pun anta skrg, dgn seikhlasnya ana berdoa, moga anta terus dibantu dan diberi taufiq olehNya utk menyibukkan diri dgn urusan ummah kita, dan moga anta terus terpelihara dari fitnah zaman kita, dan ujian hati dan perasaan yg telah memperbudakkan sejumlah besar sahabat2. Kuatlah mujahidkuku, demi janji kita utk menyerahkan diri ini secara kamil kpdNya! Yakinlah, janji Allah itu pasti…andai kita tidak sempat dipertemukanNya di dunia ini utk mengusahakan sa’adah ummah bersama, pasti akan Dia pertemukan kita di dunia yg lebih abadi, setelah kita masing2 menemui keagungan syahadah di jlnNya.
Qa’id yg kutunggu,
Tulus ana berharap agar Dia menggerakkan hati anta utk turut mendoakan ana…moga2 di saat kita diijabkabulkan nanti, diri ini masih mampu mengukir senyuman puas, lantaran usaha ana utk mempertahankan ‘iffah seorg mar’ah berhasil jua akhirnya. Doakan diri ini juga sepertimu, qawiyy dan meletakkan jihad sbg cita2 tertinggi…doakan diri ini juga sepertimu dan salafussoleh, yg mana Dia & RasulNya lebih dicintai dari diri mereka dan pasangan mereka…doakan diri ini juga sepertimu, tsabat dan indhibat berakar menghiasi hati…doakan diri ini juga sepertimu, hidup mengabdi dlm amal islami…doakan diri ini juga sepertimu, memenuhi tuntutan hadis ‘sebaik2 manusia ialah yg paling bermanfaat kpd manusia lainnya’
Mujahidku,
Doakan diri ini juga sepertimu, mencintai semata2 kerana tempias cinta Ilahi!
sunber: srikandimuda.
Read more...
Saturday, April 11, 2009
Sang Mujahid Ku...
Mitos Cinta R & J

Salam wasilah ukhuwahfillah, sahabat seperjuangan semua..
Jika sebelum ni saya pernah bincang mengenai realiti cinta sebenar mengikut pemahaman saya..tapi saya nak tambah serba sedikit mengenai masalah cinta yang sering menghantui fikiran kita sebagai remaja..hehe syabab..
entri "Cinta Itu Perkahwinan" dalam post2 yang lalu telah saya sentuh tentang hakikat cinta dalam Islam, iaitu perkahwinan.
"Ishh!! kolotnya pemikiran!!"..
"Alaaaa..couple2 ni kan trend bah!! kalau ndak da couple x best la kehidupan remaja kita.."
"couple ni beri kita semangat juak mau belajar tau!!"
Nilah dialog2 yang biasa kita dengar..well, betul juak tuh!!
Tapi, pada pandangan saya cinta sebegini hanya sebuah mitos sahaja seperti sebuah kisah Romeo & juliet, tak kisahlah dalam versi apa sekalipun..
Wah!! romantiknya Romeo sanggup tak tidur malam menunggu si sang Juliet di bawah pokok kelapak, hanya nak tengok muka..konon kalau tak tengok sehari mandi tak pakai sabun..hehe..
Si Juliet pula rela menanti walau seribu tahun..dipetik dari lagu imran ajmain.
Banyak lagi mitos2 yang menggambarkan betapa indahnya percintaan antara dua insan..sehingga ada pepatah mengatakan "cinta itu buto"lah..
Namun cinta yang didasari dengan nafsu sebegini pada akhirnya akan membawa kerugian pada diri sendiri..kedasyatan mitos cinta sebegini yang telah meracuni pemikiran ramai dalam kalangan sahabat kita diluar sana..sehingga telah mengotorkan makna cinta itu sendiri..Allah SWT menciptakan cinta dalam keadaan suci bersih, agar kita semua berkasih-sayang antara satu sama lain, agar kita mencintai saudara kita, agar kita tidak saling bermusuh-musuhan sesama saudara..
well, hebatnya panahan mitos cinta nafsu ini sehingga berjaya mencipta sejarah 'kahwin' sebelum 'nikah'..saya minta maaf mungkin saya berkasar..but this is reality that we must accept it.
Ketahuilah sahabatku, cinta itu sangat suci..yang mengotorkannya adalah tangan-tangan manusia yang tidak mengenal apa itu dosa /pahala dan syurga /neraka.
Cinta seperti ini juga yang menyebabkan maksiat berleluasa…si Romeo yang telah berjanji sehidup semati kononnya sudah lupa bila sudah puas menikmati madu bunga..barulah si romeo itu sedar bahawa pasangannya itu bukanlah yang terbaik!!
Juliet pula, dengan senang2 jak nak kasih "free2" selepas mendengar bicara manis sang Romeo..lepas dah bagi baru nak kata si dia bukanlah pasangan yang baik untukku..huhu..
Mula la nak salahkan masing2, setelah semuanya sudah menjadi debu..kenapa nak buat benda yang merosakkan diri sendiri?? Allah kan dah sediakan method dan cara yang halal bagi menyuburkan cinta kita yang kian mekar disiram embun pagi..kahwin satu2nya jalan terbaik.
si Romeo, "susah bah mau kahwin sekarang nie..dah la aku xda keja lagi nie..mau kasih makan apa anak bini ku nanti?? kalau ada anak nanti lagi bertambah beban ku…fuh!!".
Si Juliet," Hmm, tunggulah klau dah keja baru kahwin..masa sekarang ni nak kenal2 dulu hati budinya..ekonomi dah stabil, baru rumahtangga bahagia."
Dalam Mitos cinta R&J (singkatan untuk Romeo&Juliet), dating, tengok wayang, makan berdua-duaan, pegang2 tangan merupakan parkara yang wajib dalam mengekalkan lagi silaturahmi..hehe loghat indon sket. Tak cukup dengan itu, lagak macam suami isteri pulak bila berjalan kehulu kehilir, si Romeo sanggup membawa beg tangan si sang juliet..hehe geli juak rasa hati saya melihatnya..kalau dah macam nie, apa2 pun mereka sudah tidak segan silu buat sesuatu yang luar biasa..ampun maaf ya..nah kan da ada orang yang marah tuh…huhu.
Pada pandangan mereka, mereka adalah Romeo & Juliet abad 21, menjadi contoh kepada para remaja
sekarang..huhu..Allah SWT amat bertegas dalam hal ini. Firman Allah SWT;
" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, sesuatu jalan yang buruk" (surah al-isra' : 32)
Bahagianya mereka..betulkah?? bagi saya hubungan sebegini takkan kemana akhirnya. Bila dah bosan tuh baru nak cari kesalahan masing2, sebagai alasan nak putuskan hubungan. Adalah pulak sahabat ni merayu-rayu agar tidak ditinggalkan kekasih hati, konon takkan bisa melupakanmu..hehe lagu ni dipetik dari kumpulan Radja. Mana maruah kita masa tuh??
Cuba kita refleksi diri, adakah kita pernah berfikir kita mencari pasangan yang sesuai agar dapat membina rumahtangga yang bahagia..agar dapat mendidik generasi kita kerana benih yang baik akan menghasilkan buah yang berkualiti..Betul nie..kalau dimasa sekolah2 dulu bercouple2 ni hanya nak seronok sahaja kan..mana ada terfikir nak bina rumahtangga dalam usia semudah itu, apatah lagi kalau mau bincang tentang rumahtangga dalam sudut Islam. Lagi mereka tidak faham sangat..
Kalau mau saya bincang rumahtangga dari sudut Islam panjang lebar juak, saya pun tak khatam lagi buku tu..Cuma kuliah ustaz sarip adul pada setiap malam sabtu di masjid UMS ada membincangkan tentang Baitul Muslim, banyak bincang tentang bagaimana nak bina rumahtangga dakwah, cara2 memilih pasangan yang baik dan juga tujuan perkawinan itu sendiri..bah datanglah beramai-ramai.
Cumanya, kalau niat kita ni baik, suci, murni seperti minyak masak seri murni..insyaAllah akan dapat menghindarkan kita dari lembah kemaksiatan, apatah lagi mendekati zina kan..pasti pelajar UMS sudah maklum dengan 4P yang pernah Ustazah Siti Norbahya Mahmood bincangkan dalam kuliah cinta ilahi..hehe ketika cinta bertasbih..
P yang pertama ialah pandangan mata..seperti dalam lagu P. Ramlee kan.." dari pandangan mata.." cewah!! dari pandangan mata itulah turun kehati.." amboi, cantiknya kening dia..fuh bulu mata tuh lentik, bibir seludang..adui!! tak lena lah aku makan nie..mesti tidur pun tak basah.."
betul kan?? sebenarnya zina itu bermula dan bertitik tolak daripada pandangan mata kita..pastu turun kehati..mula lah memikirkan si dia setiap saat dan minit..sesuai dengan firman Allah SWT:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
( surah an-nuur: 30)
Kenapa Allah kata jagalah pandangan dahulu?? sebab ia adalah punca utama yang mendorong seseorang melakukan kemaksiatan..pandangan itu juga satu zina..zina mata namanya..
Astaghfirullah!! betapa banyak dosa2 kita..ishk..ishk..ishk.
Sebenarnya Allah dah beri berita gembira kepada pasangan yang berkahwin;
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nur:32).
Rasanya tak perlu risau tentang kecukupan. Semuanya rezeki datang dari Allah kan.
Ibnu Mas'ud pernah berkata:
" Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan."
" Tapi, macam mana dengan keizinan ibu bapa kami?? kan perlu restu mereka? kalau mereka tak restu kami takkan bahagia sampai beratus keturunan."
well, kita cubalah bincang dengan mereka secara berhikmah, lemah lembut. kan hati mereka itu milik Allah SWT. Sekelip mata jer Allah ble lunakkan hati mereka, Cuma perlu keyakinan, keberanian dan penuh hikmah. Benda baik pasti mereka izinkan, ibu bapa lah yang paling gembira bila anaknya juak gembira..hehe.
Saya ni bukanlah juak pakar dalam bab nie..belum kahwin juak Cuma saya nak kongsi sedikit ilmu dan kefahaman saya dengan sahabat sekalian. Kalau kita lihat realiti remaja sekarang amat menyedihkan..
Bah, janganlah kita risau jika kita suda ada jodoh, istikhara la agar mendapat petunjuk..mudahan Allah beri petunjuk dan memudahkannya untuk kita jika niat kita baik, demi agamaNya. Pilihlah insan yang baik agamanya..serta jelas matlamat hidupnya..semua kareteria2 itu bergantung juak dengan kefahaman kita tentang agamaNya..
yakinlah dalam firman Allah SWT:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga
(surah an-nuur: 26)
nak cari yang soleh atau solehah??? kena jadi yang soleh dan solehah dulu..ya kan??
wallhua'lam bissawab..
Read more...
Thursday, April 9, 2009
Berjuang Dunia dan Akhirat??

Salam ukhuwafillah,
entri kali ni saya nak kongsi perasaan dengan sahabat sekalian berkenaan isu politik di negara kita baru2 ni, yalah sebagai mahasiswa kita juga wajar menyedari hakikat sebenar perjuangan para pemimipin negara kita..
Betulkah berjuang dunia dan akhirat??
atau sekadar pancingan semata-mata untuk menarik sokongan??
Astaghfirullah!!
Saya akui bahawa politik ini merupakan salah satu wadah perjuangan demi menegakkan Islam, yang dipimpin oleh du'at yang haraki. Cuma masalahnya, pertarungan yang berlaku hari ni ialah pertarungan politik kepartian demi mengukuhkan kedudukan negara tetapi diatas jalan kekufuran.
Tiang-tiang Islam hanya akan dapat ditegakkan daripada kepimpinan yang beriman sahaja, yang mempunyai kepekaan yang syumul..kerana sesiapa yang membantu agama Allah SWT pasti Allah SWT akan mengukuhkan kedudukan kita serta membantu segala urusan kita..
Saya rasa tidak pelik bila terdapat golongan thiqah (adil) yang disingkirkan serta dihina malah golongan yang tidak disukai dan disenangi pula yang dipilih menjadi pemimpin.
Sebab pada Zaman Rasulullah SAW juga berlaku kes yang sama bila mana baginda sering mendapat tentangan daripada kaum baginda semasa berdakwah, malah bapa saudara baginda sendiri..merupakan penghalang yang terdekat,
Semua ni terjadi bila nafsu menguasai iman seseorang, mulalah merasa bangga dengan pujian sedangkan hatinya tiada keimanan sedikitpun dan keinginan untuk berjuang dijalan Allah.
Saya bukan sekadar cakap sahaja tetapi melihat akan realiti dunia sekarang.
Kalau kita lihat, fenomena kelemahan umat Islam pada hari ini adalah daripada kelemahan para pemimipin.
Dalam Tamadun Islam, bagaimana keruntuhan Daulah Abbasiyyah berlaku?? Semuanya adalah datang daripada natijah penyelewengan yang berlaku dalam kalangan pemimpin pada masa itu..
Firman Allah SWT;
"Dan mereka berkata," Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati para pemimipin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami, dari jalan yang benar.Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar."
(surah al-ahzab: 67-68)
Astaghfirullah!! beratnya siksaan Allah SWT..
berbeza sekali dengan politk tang berlaku di Palestin, bila mana HAMAS tetap menjadi pilihan rakyat..walaupun mereka sengsara tiada makanan akibat sekatan, dibedil dengan bom, mengapa mereka masih tetap teguh dan bersabar dengan ujian berat macam tu??
kerana mereka mempunyai pemimpin yang mempunyai matlamat perjuangan yang suci..pemimpin seperti ini tetap akan menjadi sokongan rakyak.
Di Palestin, pilihanraya UNRWA (the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) HAMAS menang 17 kerusi daripada 27 kerusi yang dipertandingkan..
HAMAS tidak menggunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan kepentingan duniawi semata-mata malah juga kepentingan ukhrawi, mereka sentiasa bersama-sama dengan rakyat ketika senang dan susah.Bagi mereka jihad adalah jalan dan syahid adalah matlamat mereka..begitu juga dengan rakyatnya..
kepada bakal-bakal pemimpin terutamanya di IPT, sama-sama renungkan serta cermin diri..kita jadikan ia sebagai medan perjuangan agar Islam terus tertegak dihati setiap umat Islam..
sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah.
sama-sama kita perjuangkannya!!
Read more...
Wednesday, April 8, 2009
Hawa Menangis Lagi...

"Aku wanita punya hati nurani,
yang tak dapat dibohongi,
pabila cinta telah membutakan mata,
dan membuat tuli telinga,
apakah salah jika aku menyinta,
apakah salah jika engkau ternyata,
pilihan hati belahan jiwaku ini…
Lagu daripada Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk 'Wanita' ni memang sedap didengar. Juga amat popular terumanya dalam kalangan hawalah, sapa lagi..
Yang menulis ni juga kaum hawa, yang memang rapuh hatinya..nak sambung lirik lagu tadi..teringat saya bila menghayati lagu ni, Hawa ni rapuh hatinya. Hmmm, dengan perkataan lain Hawa ni dianugerahkan hati dan perasaan yang sangat lembut. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah, sebab tu wanita mudah menangis. so,kaum Adam janganlah heran atau rasa sebal bila kitorang ni kuat nangis..heeee. Cuma kalau ikut pengalaman saya pulak, saya memang mudah menangis terutamanya bila lepas saya solat dan berdoa. Kadang baca buku pun saya nangis, sedihlah katakan…tapi bukan lah nangis bila baca buku genetik atau soil science. kalau buku tu saya memang serius tahap dewa-dewi. Kalau keluar air mata pun disebabkan mengantuk.heeeee.
Oh ya, berbalik dengan topik kita, hawa suka nangis…saya cuba mencari reason kenapa Allah ciptakan kaum hawa sebegitu rupa, yalah Allah tidak akan menciptakan sesuatu tanpa tujuan kan…pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik anugerah Allah yang amat bernilai ini. Alhamdulillah saya amat bersyukur. Bercakap tentang air mata ni sebenarnya sinonim dengan hawa, tapi tak salah jika kaum Adam pun mengeluarkan air mata kerana ia juga diperlukan oleh sesiapa sahaja. Hmm,adakah disebabkan suka nangis ni hawa jadi lemah ka??
Kalau bagi saya, bagus juga kalau kita mudah nangis ni…kalau kita baca Al-Quran kan kena nangis, kalau tak leh nangis mau juga paksa kan..disinilah kelebihan hawa, senang nak keluarkan air mata dan dalam masa yang sama dapat didik jiwa kita agar kita sedar bahawa Allah sedang "berbicara" dengan kita. Agar kita dapat rasai keagungan Al-Quran, melalui keindahan bahasa dan isi kandungannya…subhanallah.
sebab kan takut-takut kalau kita tidak dapat paksa keluarkan air mata semasa membaca Al-Quran, ada sesuatu dalam hati kita…InsyaAllah air mata kita itu dapat mencuci titik hitam dalam hati..
Satu lagi benda yang paling susah orang nak menangis bila lepas habis solat, time berdoa la.tak banyak orang yang ble keluarkan air mata masa berdoa sebab kadang berdoa tak tahu apa yang didoakan, sebab dalam fikiran tu mau jak cepat-cepat habis solat. Eh, maaf jangan marah ya sebab saya bercakap tentang diri saya sendiri.huhu.
Betul kan, apalah salahnya kita berlama-lamaan doa pada Allah, sebab Allah kan dah janji kalau kita berdoa pasti dikabulkan, jika kita beriman pada Allah.
Saya teringat suatu hari ni, memang hari tu saya sangat tertekan, penat, sedih, kecewa (macam simptom putus cinta lak, tapi bukan ya)…kan banyak bah keja..rasa hampir 30% mau give up sudah…
lepas tu, saya cuba buka laptop (biasanya di skrin saya automatik akan keluar tazkirah) dan tazkirah tu berbunyi..
" Maksud firman Allah: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula (kamu) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran:139)
Astaghfirullah3x…tercucuk hati ni dengan teguran Allah malam tu..bersalah dan berdosa sangat, mau nangis sudah malam tu..mata mula berkaca-kaca..nah kan nangis sudah..cepat betul kita putus asa sedangkan mau banding ujian kita dengan Rasulullah SAW, jauh berbeza..satu lagi muncul sebab saya mau baca lagi…(saya tekan next)..
" Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali Imran:142)
Bertambah-tambah lagi la air mata ni mengalir..malu bah..lepas kita nangis tu kan, semangat kembali muncul sebab yakin pertolongan Allah pasti ada..
Ada lagi satu peristiwa, saya tertengok kawan saya ni berseorangan….nampak muka 5 sen tu mesti ada masalah nie..mau menyibuk ka tidak…hmmm bukanlah menyibuk tapi sebagai kawan, kena concern kan..
memang sah ada masalah…belum citer dah nangis..wah. lagilah kalau dah citer…bah nangis dulu la.
barulah dia mau citer..
Ketahuilah sahabat, memang kadang lepas kita menangis hati akan terasa tenang dan lega, tapi ketenangan yang paling manis bilamana kita menangis kerana terkenangkan dosa-dosa dan takut akan azab Allah, sambil meminta ampun padaNYA..kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan dari ibnu Abbas:
"dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang berhirasah( berjaga) malam kerana Allah SWT dan mata yang menangis kerana takut akan azab Allah SWT".
Wallahua'lam…
Read more...
Penyejuk Hati

Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara seagama, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang mencintai kami karena Engkau, orang-orang yang berbuat baik kepada kami dan bagi kaum muslimin muslimat, mukminin dan mukminat, wahai Tuhan penguasa alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa. Amin
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memelihara wajah kami dari sujud kecuali kepada-Mu, Ya Allah peliharalah wajah kami dengan kemudahan rezeki dan jangan Engkau merendahkan kami dengan kesempitan rezeki-Mu. Maka peliharalah diri kami dari meminta-minta hajat kami kecuali kepada-Mu dengan kemurahan dan kaunia-Mu. Wahai dzat yang paling penyayang. Amin
Wahai Dzat Yang Maha Hidup, Wahai Dzat yang terus menerus mengurus makhluk-Nya, dengan rahmat-Mu kami mohon pertolongan, terimalah doa kami, Wahai Tuhan Kekalian Alam. Amin
Ya Allah, peliharalah kami dari musibah yang Engkau turunkan, berikanlah kami nikmat-nikmat-Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba yang mendapatkan kebaikan, bukan hamba-hamba yang mendapat ujian, dengan rahmat-Mu, Wahai yang paling penyayang diantara yang penyayang. Anugerahkan kepada kami kesehatan lahir dan bathin. Amin
Wahai Yang Maha Lembut, Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah tobatku. Sesungguhnya Engkau Maha Menerima tobat lahi Maha Penyayang.Amin
Ya Allah, yang melepaskan kesulitan, yang menghilangkan kesedihan, yang memenuhi permohonan orang-orang yang dalam keadaan terpaksa, Yang Maha Pengasih dan Penyayang di dunia dan akhirat. Amin
Ya Allah, ditempat ini aku bertaubat kepada-Mu dari dosa kecil dan dosa besar, dari kesalahan yang tampak dan yang tersembunyi, dari tergelinciran yang lama dan yang baru, dengan tobatnya orang yang tidak menghendaki lagi melakukan kemaksiatan dan tidak berniat kembali kepada kedurhakaan, Ya Rabb hanya Engkaulah Maha Pengampun. Amin.
Ya Raab, saya tidak ragu atas rahmat-Mu, engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku Ya Raab dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang sholeh.
Ya Allah, karuniakanlah keikhlasan dalam jiwa kami. Jadikanlah kami hamba-Mu yang senantiasa peduli dengan hamba yang lainnya. Ya Allah bantulah kami, untuk mendekati-Mu dengan amal-amal yang suci. Amal yang membersihkan kami dari dosa dan menjaga kami dari mengulangi celaka. Amin.
Ya Allah, limpahkanlah malam-malam barakah kepada hamba-hamba-Mu ini. Malam dimana hamba-Mu senantiasa bersujud kepada-Mu, malam dimana hamba-Mu dengan khusyu’ menghadap-Mu dengan penuh linangan air mata berharap ampunan dan ridho-Mu, sementara banyak hamba-hamba-Mu yang lain sedang terbuai mimpi dalam tidur mereka. Amin.
Ya Allah, berikan aku ilham untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau karuniakan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan agar dapat beramal sholeh yang engkau ridhoi, jadikanlah ketrunanku orang-orang yang sholeh. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Amin.
Ya Allah, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang mendirikan sholat, Ya Allah kabulkanlah do’aku, kasihi kesendirianku dihadapan-Mu. Gemetar hatiku karena gentar kepada-Mu. Goncangan tubuhku karena takut kepada-Mu. Dosa-dosaku wahai Tuhanku, telah membawa kepada tempat kehinaan dihadapan-Mu. Amin.
Read more...
Saturday, March 28, 2009
Bila Hati bersuara....

Akan ku genggam Hidayah-Mu…
Ya Allah, aku pernah sekali berpaling padaMu, kerana aku telah putus asa dari rahmatMu…
Aku terasa beratnya ujian yang kau timpakan padaku, dan tidak yakin akan pertolonganMU..
Ya Rabbul Izzati, aku bersyukur kerana Kau masih lagi sayang padaku walaupun aku telah meninggalkan jalanMu..telah jauh aku maninggalkan sahabat-sahabatku yang sama-sama berjuang demi Islam…aku rasa seronok dengan kenikmatan dunia, malahan lupa akan akhirat dan azab yang menatiku kelak..
Ya Allah,engkau telah memberiku peluang kedua, kerana kasih sayangMu melebihi akan kemurkaanMu. terima kasih Ya Allah..
Tapi, disaat ku lemah akan ujianMu, Kau bantulah aku, berilah ku kekuatan agar aku tidak jatuh tersungkur lagi…
aku takut kehilangan hidayah yang kau pernah beri padaku…kekalkan lah aku pada jalanMu,engkau berilah aku kesempatan untuk terus berjihad pada jalanMu sebelum engkau aku kembali ke sisiMu..
Janganlah engkau Tarik hidayahMu yang kau pernah beri dulu…
Aku rasa sunyi dan kosong tanpaMu…
Aku tidak sanggup mufaraqah dari jalanMu walaupun aku insan yang lemah, kadang tidak tahan akan ujian yang kau beri..
Aku masih ingin terus berada pada jalan tarbiyahMu…kerana kupernah berjanji untuk mewakafkan diri ini hanya untukMU, hanya engkau saja yang layak…
Ya Allah, aku akan terus menggenggam hidayahMu, selagi aku mampu untuk berjuang lagi padaMu sehingga akhir hayatku…
Ya Allah, aku hanya berharap padaMU…
Read more...
Tuesday, March 17, 2009
Mimpi Rasulullah

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.
3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.
8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."
Read more...