Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Saturday, January 2, 2010

JOM KITA MENANAM!!!!!



Assalamualaikum…
Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih meminjamkan aku sedikit lagi ruang untuk bernafas, memberi ku peluang untuk memperbaiki diri dan menjalankan tanggungjawab ku sebagai hambaMu semampuku…serta memberi peluang mengupdate blog untuk perkongsian semua..syukur…
cuti selama sebulan nie, memang x cukup, nama pun manusia xpernah rasa cukup, hehe
3 minggu masa ku isi di Tuaran sabah, walaupun aktiviti tak la best sangat tapi boleh lah memeningkan kepala, disamping menyiapkan assignment halaqah, hehe.
biasalah musim cuti sekolah, anak buah ku semua balik tuaran bercuti, seramai 9 orang yang perlu aku handle, punyalah nak pecah kepala. lebih2 lagi mereka semuanya hyperactive, memang kalau anak campur2 (kacukan) hehe.

family aku masih ramai lagi yang non-muslim, sebab kebanyakan keluarga kahwin dengan muallaf kan..hehe. Tapi, Alhamdulillah, seorang anak buah aku yang berumur 9 tahun sangat tertarik dengan Islam. Subhanallah, keindahan Islam betul2 telah menarik hati anak buah aku sorang nie. Dia suka dengar saya baca Quran, dia pun dah belajar alif, ba, ta dengan baik sekali. Sehingga dia kata dengan aku dia nak memeluk agama Islam tapi mak dia x benarkan. Biasalah tu kan…lagipun dia nie masih lagi budak2. Mudahan Allah pelihara dia dan beri cahaya dalam hatinya kelak…amin…
Disamping aku menjaga anak buah aku yang macam tentera perang tuh, sempat jugak lah aku mendera diorang, bantu aku bercucuk tanam. Belakang rumah tuh ada sebidang tanah, kira luas jugak lah. sesuai untuk projek pertanian (fitrah pelajar pertanian). hehe, mau praktik sikit apa yang telah di pelajari di sekolah. Kalau sahabat pembaca mau belajar menanam ble jugak…ikuti step2 dibawah…

1. First, cari tempat yang sesuai untuk membuat batas tanaman; kena periksa jenis tanah dan kawasan jugak, sesuai dengan jenis tanaman yang mau ditanam. Kalau tanah tuh jenis "clay", tidak berapa sesuai sebab terlalu berasid, dan pengudaraan tanah tu sangat teruk. Kalau terlalu berpasir pulak memang bagus untuk sistem pengakaran tapi takut2 tanaman nanti kekurangan air pulak sebab air mudah mengalami erosion. Ha..mau pilih tanah yang bagus, biar yang berwarna hitam, sebab kaya dengan humus/bahan organik, kalau ada cacing lagi sihat tanah tu…Alhamdulillah tanah dekat belakang rumah tuh semuanya tanah "loam" atau nama lain tanah hitam. Tapi, walaupun begitu, tanah yang aku sebutkan tadi tuh bukannya langsung tidak bermanfaat. kombinasi semua tanah itu sangat perlu kerana dapat membantu pertumbuhan yang baik. Subhanallah, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia2. Pasti ada hikmah disebalik penciptaan yang sangat hebat itu. aku ada terbaca sebuah buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin mengenai bukti kejadian penciptaan Adam a.s dari segi sains. Bukti kita nie berasal daripada tanah, salah satunya kita sangat memerlukan makanan yang berpunca dari tanah, contohnya yang kita makan sekarang nie, beras, sayur-sayuran dan lain2. Kalau semua tuh kita x ambil, maka berlaku lah malnutrition yang sekarang nie hangat berlaku di Afrika. We are dying!! Maha Hebat Allah!! Kita memilih tanah/medium yang baik samalah juga kita meletakkan diri kita ke tempat yang sepatutnya, sejajar dengan tujuan penciptaan kita sebagai manusia, untuk beribadah dan menjadi Khalifah di muka bumi ini, menjadi ustaziatul alam. Allah meletakkan kita sebagai umat yang terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummataw wasato). Maka kita sepatutnya letakkan diri kita ketempat yang sesuai dengan fitrah, bukan ketempat yang lebih rendah daripada haiwan. sesuai dengan firman Allah dalam surah at-tin ayat 4;

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan yang sebaik-baiknya.”

2. step seterusnya ialah membuang semua rumpai bendasing atau lalang-lalang yang terdapat disekitar kawasan tapak penanaman. Rumpai ni sangat berbahaya, walaupun kecil tapi effect tanaman sehingga boleh membunuh pokok yang kita hendak tanam. make sure kita kena kenalpasti yang mana satu tumbuhan perosak untuk mengelakkan tanaman kita nanti terpaksa bersaing untuk mendapatkan nutrient. hehe. step ke2 nie sama seperti kita mengucap kalimah tauhid 'syahadatain". Tiada Tuhan Selain Allah. Begitu hebat kalimah nie, kalau kita perhatikan mengapa kalimah nie di dahului dengan penafian "tiada". kita reflect balik dengan membuang rumpai perosak tadi. means kita kena bersihkan dulu hati kita dengan perkara2 jahiliyyah yang pernah menjadi tabiat dan amalan kita, barulah kalimah ini melekat dalam hati. Hati itu adalah raja segala raja. Bila hati diisi dengan kalimah Allah, segala ibadah, hidup dan mati hanya untuk Allah semata-mata. Apa benda jahiliyyah tuh sebenarnya?? sejenis kuih ka?? dengar macam boleh makan kan.. jahiliyyah adalah perkara2 selain daripada Islam. Oleh itu, marilah kita selamatkan diri daripada "rumpai jahiliyyah" agar tidak menyaluti raja dalam badan kita nie. samalah macam batas2 tadi, kalau x buang rumpai perosak, kita tidak boleh continue menanam, akan merosakkan tanaman. Apatah lagi jahiliyyah moden sekarang makin berleluasa terutamanya dlm kalangan remaja. Kalimah syahadah yang pernah diucapkan tidak melekat dalam hati, dimulut sahaja. Sedangkan musuh2 Islam sekarang bergabung tenaga menjatuhkan maruah Islam. Mereka tidak pernah merasa penat memikirkan cara untuk mempengarugi minda umat Islam agar kita semua jauh dari agama sendiri. sesuai dalam firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 120;

"dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah" sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk (yang sebenarnya)."Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran telah sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah".

Mudahan Allah sentiasa memberi jalanNya sebagai jalan untuk kita terus mengembara meraih redha ilahi. Amin…

3. lepas tuh, ble la kita ambil cangkul kita buat batas dengan ukuran 1.2 meter lebar dan 6 meter panjang dengan kedalam 10 inci dari permukaan tanah. Setelah tanah digembur, blelah kita buat lubang dan letakkan biji benih kedalam lubang tersebut. satu lubang ble letak 2-3 biji benih, depend on tanaman apa yang kita mau lah. ari tuh aku tanam sayur kangkung, senang sikit kalau kangkung nie..jadi sekarang kita Cuma perlu siram dan jaga elok2. bijih benih tu ibarat iman yang ada dalam hati kita. Bila kita jaga dengan baik, disiram dengan betul dan diletakkan baja dengan secukupnya, pasti akan menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti. Kita umat Islam memang semuanya beriman kerana kita percaya kepada kewujudan Allah, betul x?? Cuma persoalannya, betapa tinggi nilai keimanan dan takwa kita kepada Allah, ketinggian itulah yang dikira oleh Allah, kerana Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13; "….yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling takwa….". Allah kata yang "paling" takwa kan…Iman yang sudah berada dalam hati kita ini dijaga dengan ilmu makrifatullah, bertawajjuh kepada Allah, kerana aku ada dengar peribahasa sejak aku kecik2 lagi "tak kenal maka tak cinta". Macam mana nak cinta Allah kalau tak kenal kan?? sebab tuh perlunya ilmu. Kita bajai iman dalam hati agar sentiasa subur dan cukup makanan iaitu melalui tarbiyyah yang paling asas sekali, usrah/halaqah. Dengan adanya proses saling ingat mengingati, hati kita sentiasa subur dengan takwa kepada Allah, takut kepada azab Allah, sentiasa mengingati kematian, sentiasa mengejar akan negeri akhirat disamping tidak melupakan dunia sebagai sarana atau jambatan untuk kenegeri abadi. Melalui usrah/halaqah ini jugalah penentu kita untuk terus berada dalam saf2 perjuangan Islam. Pengorbanan kita untuk menghabiskan masa selama 2-3 jam seminggu itulah juga yang akan menentukan samada diri kita ini siap untuk meletakkan diri kita sebagai seorang muslim sejati dan tidak lemah untuk berhadapan dengan tarbiyyah yang sebenarnya. Apapun, kekuatan itu semua bergantung kepada Allah kerana Allah berfirman dalam surah ar-rad ayat 11;

"..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah diri mereka sendiri.."

Kadang Allah dah beri hint pada kita, Cuma kita yang menyombongkan diri, Allah dah beri kita kayu untuk berpaut tatkala kita hanyut dibawa arus dunia, namun kita asyik dengan keseronokkan yang sementara, walaupun pada akhirnya kita tahu kita pasti akan lemas. Astaghfirullah.

Hidup perlukan kekuatan, kalau dari segi fiziknya V, voltan. Rumus V=IR ingat lagi kan?? kalau mau kuasa (V) yang tinggi, arus (I) mestilah kena tinggi kan?? arus (I) itu pula ibarat kita lah. Kita perlu kelajuan yang tinggi, dengan kata lain perlu proaktif dalam dakwah dan tarbiyyah. Kita perlu bergerak, bukan hanya duduk 24 jam menghadap sejadah. Bagaimana Islam nak berkembang kan?? d]sedangkan Rasulullah SAW sangat bijak mengatur strategi untuk meluaskan wilayah Islam iaitu melalui perjanjian Hudaibiyyah. Rasul SAW dan para sahabat sangat proaktif dalam menyebarkan Islam keseluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, telah sampai Islam itu kepada aku dan kita semua. Bukan sebagai batu penghalang atau duri2 yang mengganggu perjalanan para da'ie. R apa pula?? agaknya resistance kot or dalam bahasa kita pemalar.

Berbalik kepada proses tanaman kita, takut nanti tak tumbuh pulak..hehe. dalam proses penjagaan pokok, kadang rumpai yang tadi kita sudah buang akan tumbuh balik. Tu lah kita perlu sentiasa tengok2 tanaman kita. Kalau ada rumpai yang tumbuh kenalah cabut walaupun sedikit, sebab kalau dibiarkan akan tumbuh banyak dan sukar dibendung nanti. Samalah juga bila mana kita berada dlam proses mengislah diri, ada saja halangan yang datang. karat2 jahiliyyah yang masih melekat dalam hati perlu dikawal. Yalah, kita nie manusia biasa kan..sedikit demi sedikit kita cuba bersihkan karat2 itu kerana jika dibiarkan akan menutup semua hati kita. nauzubillah. Allah sudah beri kita formula untuk menghadapi masalah macam tuh, bukan math jak yang kena hafal formula. tapi formula yang Allah bagi bersifat praktikal sahaja, dalam surah al-baqarah ayat 153;

'wahai orang2 yang beriman, mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. sungguh, Allah beserta dengan orang2 yang sabar."

formulanya sabar+solat= ketenangan hati. senang kan…tapi mau prktik kena ada usaha…

hujung bulan 12 nie kangkung yang aku tanam boleh kena harvest dah. sedap tuh kalau di masak tumis sambal belacan..huhu. kan Allah dah janji bila Allah dah letakkan keimanan dalam hati kita pasti kita akan merasai kenikmatan iman tersebut, tidak sia2 kan walaupun berpenat lelah dan bersusah payah. Sampai melecet jugak jari2 ku, biasalah orang x pernah pegang cangkul.hehe…

Sahabat, aku ada terbaca firman Allah dalam surah al-mukminun ayat 114;

"Dia (Allah) berfirman, kamu tinggal (dibumi ini) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui."

sekejap jak kita hidup ni, kematian pula sentiasa mengikuti kita dibelakang. teringat sebuah kisah yang pernah dikongsi oleh ukhti dalam tazkirah 2 hari yang lalu.

pada suatu hari, seorang hamba Allah sedang berjalan-jalan di sebuah hutan yang sangat tebal untuk mencari kayu api. Tiba2 seekor harimau yang lapar sedang mengejarnya. sedang berlari menyelamatkan diri, ada lagi harimau sekor yang mengejar, means makin banyak la kan. Hamba Allah ni pula berusaha untuk menyelamatkan diri, berlari sepantas yang mungkin. Sedang berlari tu, dihadapannya ada sebuah perigi tua. Dia pun mencari akal untuk bersembunyi dalam perigi tua itu dengan berpaut pada tali perigi tersebut. Maka harimau itu pun menunggu lah hamba Allah itu keluar. sedang berpaut tiba2 2 ekor tikus berwarna putih dan hitam berada pada tali tersebut. 2 ekor tikus itu pula sedang menggigit tali tuh sehingga hamper putus. Hamba Allah ni tersangatlah takut dan kecut apatah lagi dibawah perigi itu ada buaya la pulak. sejurus kemudian, ada seekor lebah lalu dihadapan hamba Allah tersebut, sedang lebah itu membawa sedikit madu. Malangnya, madu yang dibawa oleh lebah itu jatuh ke dalam mulut hamba Allah itu sehingga dia lupa akan 2 ekor harimau yang ingin memakannya, 2 ekor tikus yang menggigit tali sehingga putus dan buaya yang kelaparan dibawahnya. Dia dilalaikan dengan sedikit madu kerana manisnya madu itu. Mulalah dia berkhayal memikirkan nikmat dan keseronokkan sahaja sedangkan maut sudah dihujung tanduk. Akhirnya, dia pun terjatuh kedalan perigi tua itu dan dimakan oleh buaya2 tadi tanpa sempat mengucap kalimah tauhid. Astaghfirullahal'azim.

Banyak ibrah yang terdapat dalam cerita tadi, walaupun sounds funny kan. 2 ekor harimau itu tadi ibarat maut kita, sentiasa mengejar dan menunggu kita dibelakang. sejauh mana pun kita berlari pasti ekmatian akan menyusul. 2 ekor tikus yang berwarna hitam dan putih itu tadi pula ibarat siang dan malam. Siang dan malam silih berganti, memamah masa dan usia kita. semakin lama semakin pendek usia. Madu yang dibawa oleh lebah itu ibarat dunia. Lelaki tadi dilalaikan dengan keindahan dan keseronokkan dunia, sehingga lupa akan akhirat, lupa yang hidup ini hanya pinjaman, hidup didunia ini hanya perhiasan semata2. keseronokkan yang dirasa hanya sebentar jer, sama macam makan madu tadi. lama-kelamaan rasa manis akan hilang juga apatah lagi madu itu hanya sedikit sahaja.

Diri inilah sepatutnya yang lebih muhasabah. sekadar perkongsian untuk bersama. sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat bagi orang beriman; az-zariyat ayat 55…

wallahualam bissawab
Read more...

Sunday, November 15, 2009

Dimanakah Bahagia??



" aku x bahagia lah beb…walaupun bapak aku kaya, bagi aku keta porch sebijik tapi aku langsung x bahagia…aku ada duit nak beli apapun aku mampu. mak aku tu, asyik sibuk jer dengan keja dia…aku ingat aku ble bahagia hidup dalam semua2 tuh." rungut seorang anak muda.
Persoalan anak muda itu " kemana bahagia?"…
Umat pada zaman ini mempunyai mind set yang sama, bahagia bila sudah kaya, bahagia bila sudah Berjaya menghabiskan pengajian dengan first Class, bahagia bila banyak isteri, bahagia bila dapat tido, atau bahagia bila dapat apa yang dimpikan selama nie…

Jika kita meletakkan hakikat kebahagiaan itu ke[pada dunia semata-mata, maka bahagia yang dicari itu punah, kalau ada pun hanya sementara jer,

Sebab itu, bila kita jauh dari Tuhan yang menciptakan alam ini, walaupun kita punya segala-galanya, tetap tidak akan menemui bahagia yang dicari. Kerana hubungan kita dengan Allah tidak kuat itulah yang menyebabkan hati kita penuh sesak, tiada bahagia.

Bila hubungan dengan Allah kuat, hati ikhlas beribadah, tahap ubudiyyah juga meningkat itulah yang mendorong hati kita merasa bahagia. Subhanallah, Maha suci Allah.

Walaupun miskin, tetap merasa bahagia, walaupun lapar tiada duit nak makan, tetap merasa bahagia, walaupun ditimpa ujian dan kesengsaraan, tetap merasa bahagia. Kerana hati terikat dengan Allah. Kemanisan beribadah dengan Allah menghilangkan resah dalam hati kita. Yakin akan pertolongan Allah. Rasulullah sangat merasa bahagia walaupun mengalami kesulitan dalam berdakwah, walaupun kaum musyrikin mengatakan bahawa Allah telah melupakan baginda, hidup dalam keadaan yang kering kontang serta tiada sang kekasih disisi namun dengan kasih sayang Allah yang sangat besar terhadap kekasihNya itu, maka rasa bahagia dihati Rasulllah saw tidak terkira. Ucapan syukur sentiasa dibibir baginda.

bahagia lah kita hidup dalam lembayung Ilahi.
diri inilah yang perlu lebih muhasabah…
Read more...

Friday, October 16, 2009

Insyirah...



Insyirah..ketenangan..
pernah baca tak surah ni?? mesti sudah hafal lagi kan..kalau sudah hafal alhamdulillah..
bah, mari kita hayati makna yang terselindung di balik firman Allah ini..
kalau kita ada baca sirah dakwah Nabi SAW, banyak dugaan, cabaran, mehna yang Nabi dan para sahabat hadapi. Mereka semua digoncang dengan dugaan yang
begitu hebat sekali, sebab kata Allah tidak beriman seseorang kalau tidak diuji kan...baginda dan para sahabat tidak lepas dari itu semua..sebab tuh,
tatkala Nabi SAW sedih dengan cubaan yang hebat tuh, Allah ingin menenteramkan hati baginda dengan menurunkan ayat ini..subhanallah, Allah Maha Penyayang..



macam mana dengan kita?? kalau kita sedih atau down apa yangs selalunya kita buat?? kalau yang pernah saya buat dan tengok orangla..
1. makan coklat banyak2
2. berkaraoke di MTV
3. makan banyak2 di restoran yang mahal(walaupun pinjaman PTPTN ciput)
4. pergi ke tepi pantai dan berteriak sampai urat putus (kalau putus maksudnya......)
5. shopping menghabiskan duit boyfren. lau yg xda bf tuh kasih habis duit mak bapak yang dikirim setiap bulan..
6. dan yang sewaktu dengannya...

wah!! kalau mau di list nie memang banyak. Manusia kan banyak kerenahnya..

kalau mau dibandingkan dengan ujian yang Nabi SAW serta para sahabat hadapi dengan kita..betapa kerdilnya kita..saya sendiri pun kalau membayangkan di situ
pada masa tuh memang tak mampu menghadapi tentangan dari orang kafir.

Exam final mau dekat, assignment pun bertimbun2..program sana, program sini, hal sana, hal sini, masalah rumahtangga lagi..(eh! saya belum ar), banyak benda
yang sentiasa menghantui kita..dan pada masa yang sama kita pula sering mengkomplekskan diri sendiri, walhal benda tuh kita ble jak buat tanpa apa2 halangan.

bagi student macam saya nie, baru masuk tahun 2 sudah banyak cabaran yang saya sendiri pun kadang tidak mampu nak hadapi..sebab tuh ada masanya
saya akan rasa down..

Ya Allah, betapa risaunya diri ini, betapa kerdilnya diri ini, betapa lemahnya diri ini, dan betapa lagi...mampukah saya hadapi sendirian??
teringat firman Allah bahawa kita diuji sesuai dengan kemampuan sendiri..so, saya sudah xda alasan. saya yakin yang saya mampu lakukan.
syukurnya Ya Allah, banyak nikmat yang Kau beri sehingga saya mampu berdiri sendiri..sedangkan nikmay ujian yang Kau beri ini dalah nikmat yang
paling istimewa yang pernah Kau beri pada setiap hambanMU..astaghfirullah..kami alpa ya Allah.

teringat kata Allah:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," (Asy-Syarh:4)

Tidak ada didunia ini yang mudah, kerana kenikmatan dan kesenangan itu bermula dari kesulitan. Ini formulasi yang Allah beri..hebatnya..
pastu Allah ulang lagi..

"(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Asy-Syarh:5)

Allah nak tegaskan kepada kita setiap kesusahan ada kesenangan, nak makan pun kena ada step2nya kan..mesti mau masak dulu, kalau yang tak teror sangat
masak tuh nasib2 lah makanan tuh masin kah..ataupun kalau kita mau berjaya mesti belajar hard dan smart kan..betul3x (style upin&ipin)

dalam kerja dakwah, kesukaran pasti ada..kerana jalan2 yang kita tempuhi sekarang nie bukan jalan2 yang ditabur bunga dan dihampar kapet merah macam VIP
tuh..tapi jalan yang penuh duri pokok semalu, batu2 yang menghalang perjalanan, dan banyak lagi halangan2 yang kita pasti temui disepanjangnya..

bagi sahabat seperjuangan,
janganlah putus asa, kerana Allah beri janji bahawa pengakhiran itu lebih baik dari permulaan. Yakin Islam pasti menang tidak kira gerak dakwah mu gagal
atau tidak diterima orang. sebagai hamba Allah, teruskan sahaja perjuangan ini..teringat pesan dari seorang teman..

"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa2 muda
..aku x ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tapi aku ingin hati2 yang ikhlas untuk membantuku dan bersamaku membina kembali bangunan
yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.." (As-syahid hasan al-banna)

petang tadik baru jak habis ujian bioteknologi, lepas habis tuh macam mau relax banyak2..tapi teringat Allah pesan..

" Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain" (Asy-Syarh; 7)

maknanya kita x ble berhenti kerana sesungguhnya masa kita sangat sedikit berbanding dengan kerja kita di hadapan sana..

teruskan perjuanganmu walaupun kaki berat melangkah..

diri inilah yang sepatutnya lebih muhasabah..
Read more...

Tuesday, September 29, 2009

Yang Pergi.....



Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah…
Madrasah Tarbiyyah Ramadhan telah pun berakhir, betapa ramai hamba yang bersedih kerana telah ditinggalkan sang kekasih hati..kekasih yang banyak memberi kebaikan kepada kita namun pada masa yang sama bergembira kerana berjaya mengawal diri daripada hawa nafsu. Mudahan momentum ibadah ramadhan berterusan selagi kita masih bernyawa…kerana kita tidak tahu bila kah waktu kita akan kembali kepada Allah…ingatlah hidup sebelum kita melangkah ke negeri yang abadi…



Beberapa hari di bulan ramadhan sebelum tibanya syawal, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan…rasa terkilan bila mendapat tahu yang pakcik serta nenek aku meninggal dunia. Innalillahi wainna ilahi rojiun..mudahan Allah mencucuri rahmat kepada keduanya…amin…

Aku makin terkilan bila tidak sempat berjumpa dengan mereka sebelum pergi menemui Tuhan…Namum, pemergian mereka sudah cukup memberi peringatan kepada aku untuk lebih mengislah diri ini…seperti firman Allah setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati…Cuma bila itu yang menjadi rahsia Allah.

sahabat seperjuangan yang disayangi Allah…
waktu yang kita ada sekarang sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan kerja dan amanah yang kita kena pikul dihadapan sana. apa yang ada disekeliling kita pasti akan kembali kepadaNya, Rabbul Izzati. Bila kita telah kembali kepada Allah, teman sejati hanyalah amal kita semasa didunia dan kita hanya bersendirian dihadapan Allah. Tidak ada seorang pun yang akan membantu hatta ibu bapa sekalipun…tanpa rahmat dan redha Allah kita pasti tidak dapat ,menghadapinya. Nauzubillah minzaalik.


Ingatlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara..ianya sangat pasti dan tidak ada keraguan padanya..sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati…

Teringat dengan khutbah idul fitri oleh ust cecep semasa aku berada di kampong, bila tibanya syawal, kita telah kembali kepada fitrah manusia itu sendiri yang pada mulanya suci dan bersih dari dosa noda, seperti maksud idul fitri kembali kepada fitrah. itulah yang sepatutnya terjadi setelah kita melalui proses pembersihan rohani pada bulan ramadhan..proses meningkatkan takwa kepada Allah kerana salah satu tujuan bulan ramadhan disyariatkan adalah supaya orang2 beriman itu bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang bertakwa sahaja orang2 yang beruntung. Subhanallah…hebatnya tarbiyyah Allah…

sahabat yang aku sayangi kerana Allah,
kematian pasti akan tiba, dan kita akan dikembalikan kepada Allah..ingatlah wahai sahabat, janganlah kita lupa kepada Allah kerana Allah sayang kepada setiap hambanya.sebab itu Allah telah menurunkan perintah berpuasa agar kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah..Allah nak kita masuk syurga, namun kita yang menyombongkan diri..sentiasalah mengingati mati kerana Nabi SAW bersadda orang yang bijak itulah orang yangs selalu mengingati mati.

Akhirul kalam,
selamat menyambut aidilfitri, maafkan segala khilaf samada sengaja atau tidak disengajakan, kerana sesungguhnya hamba sangat lemah, jika ada dalam tulisan dalam blog ini menyakitkan hati pembaca, harap dimaafkan..

sesungguhnya, diri inilah yang perlu lebih muhasabah…

Read more...

Monday, September 7, 2009

Muhasabah Cintaku...



Wahai,
Pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Kupasrahkan semua..padaMu...




Tuhan,
Baru ku sedar...
Indah nikmat sihat itu...
Tak pandai aku bersyukur...
Kini kuharapkan cintaMu...

Kata-kata cinta terucap indah...
mengalir berzikir di kidung doaku...
sakit yag kurasa kini jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang kau beri untukku...
Ampuni khilaf dan salah...
selama ini..
Ya Ilahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan,
Kuatkan aku...
Lindungi ku dari putus asa...
Jika ku harus mati...
Pertemukan aku denganMu...
Read more...

Saturday, August 22, 2009

Air mata keinsafan Di Ramadhan



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah…dengan kasih sayangMu yang melimpah ruah, Engkau masih mengizinkan hambaMU yang hina dan penuh noda dosa ini menginjak ke era ramadhan penuh barokah dan pengampunanMu…sungguh tak ternilai kasih sayang yang Kau berikan kepada kami…Alhamdulillah…
pertama kali dan selama-lamanya, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Rabbul Izzati yang masih memberi kita nafas bagi meneruskan hidup didunia fana ini dan seterusnya memuliakan hambaNya dengan memberi peluang kepada kita meraih ganjaran hebat di bulan mulia ramadhan. tak terhingga rasa kesyukuran dihati ini..kerana ramai saudara-saudara kita yang tidak sempat sampai kebulan yang suci ini…
sahabatku..
kalau kita lihat banyak banner2 atau iklan2 menyambut tetamu yang dipasang disepanjang jalan..masyaAllah..rupanya ada tetamu yang akan menemui kita..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..Selamat datang Bulan Ramadhan..mengapa kita mesti menyambutnya dengan penuh gemilang?? Ramadhan adalah tetamu agung kita yang selama ini ditunggu2 dan dirindui oleh hati2 yang mengaku dirinya beriman kepada Allah, yang sedar bahawa dirinya penuh dengan dosa maksiat lalu mengharapkan pengampunan dariNya, dan tahu bahawa amalannya masih belum cukup untuk menduduki syurga Allah yang penuh nikmat..



Alhamdulillah, kalau saya sendiri melihat dengan mata kepala, sangat bersemangat para pelajar terutamanya pada awal2 ramadhan. kalau solat terawikh masyaAllah, penuh surau sampai sanggup berhimpit-himpit walaupun dalam hati terasa siksa apatah lagi menahan panas. Tapi, oleh kerana semangat yang berkobar-kobar menyambut ramadhan yang tiba, sanggup menghadapi cabaran itu. subhanallah!!

InsyaAllah, sebelum ramadhan kita mungkin telah membuat beberapa persediaan untuk menghadapi ramadhan seperti berpuasa pada bulan rejab atau syaaban, membiasakan bangun malam solat tahajjud, ataupun memperbanyakkan zikir kita pada pagi dan petang..semangat yang patut dicontohi..tapi sahabat-sahabat sekalian, musuh kita tak pernah tidur walaupun kita cuba sedaya upaya untuk memantapkan ibadah kita. kalau kita kata kita paling bersedia menghadapi ramadhan tapi sebenarnya syaitan juga membuat beberapa persediaan dalam menghadapi bulan puasa, tapi buka ikut puasa bersama-sama tetapi sebelum tibanya bulan ramadhan lagi syaitan telah melatih tentera-tenteranya yakni nafsu agar kita lalai dalam ibadah.

semakin lama kita terbiasa dengan tabiat buruk ini, akan terbawa-bawa ke bulan ramadhan. contohnya kalau sebelum ramadhan kita dilalaikan untuk bangun lewat untuk solat subuh..kita akan terbiasa dengan tabiat tersebut. kalau sebelum ramadhan kita asyik fikir tentang makan, pagi petang siang malam hanya fikir soal makan jer, yelah kan nak dekat puasa so kalau tak makan puas-puas rasa rugi pulak. masyaAllah…apa jadi bila kita berada pada bulan rasmadhan. tabiat seperti itu sukar dibuang sebenarnya..inilah yang menyebabkan kita asyik fikir soal makan walau di bulan ramadhan. kenikmatan berpuasa tidak lagi dirasai malah terjadi peningkatan berat badan secara misteri.
sahabatku..
beginilah cara syaitan menipu kita..kita tertipu dengan bisikan-bisikannya yang indah sehingga kita merasakan benda yang dilarang oleh Allah menjadi sesuatu kebiasaan dalam diri kita..kita tidak lagi merasai bahawa itu adalah satu dosa lagi..semakin lama kita tidak lagi segan silu untuk melakukannya secara terang-terangan. sebab itulah kalau dibulan ramadhan, memang normal bila pada awalnya sangat ramai jemaah terawikh, tapi bila pengakhiran ramadhan saff pun penuh jugak tapi di pusat membeli belah..semua jemaah yang pada awalnya tu sibuk menghias rumah, membuat pelbagai jenis kuih muih..sedangkan ibadah pada akhir ramadhan ini perlu dimantapkan lagi..kerana ada padanya malam yang mulia daripada seribu malam, lailatul qadar.

sahabatku..
dosa adalah sesuatu yang pasti ..tapi adakah kita pasti bahawa kita akan mendapat pahala?? dibulan ramadhan inilah kita berusaha meningkatkan taqwa kita kepada Allah dan menyucikan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan pada masa lalu kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

" barang siapa yang menghidupkan qiyamu Ramadhan denha penuh keihklasan kepada Allah maka akan diampuni dosanya yang telah lalu. "

masyaAllah, begitu sekali kasih sayang Allah kepada hamba2Nya. ibadah yang kita lakukan sebenarnya untuk diri kita sendiri..

sahabatku,
marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan mengambil peluang keemasan ini untuk kita kembali kepada mengenal pencipta kita, untuk kita lebih dekat padaNya, memperbaiki hubungan kita denganNya, yang semakin lama semakin jauh…moga-moga denhan hadirnya ramadhan ini akan lebih memjadikan kita hamba yang taat padaNya. allahumma Amin…

sesungguhnya diri inilah yang oerlu lebih muhasabah.,


Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Ku telusuri jalan berduri…


Air mataku kian melimpah-limpah, bila kuterus menghitung dosa-dosa yang kian membungkus hati..ku terus-terusan muhasabah diri yang kian lemah bila terkenangkan dosaku..aku tak tahu bila lah waktu hidupku kan berakhir sedangkan masih banyak tugas yang diamanahkan padaku dihadapan sana..
Jalan yang kutelusuri penuh duri, makin menyengat sakitnya bila duri-duri itu menembusi kaki ku disepanjang perjalanan.. kadang ku cuba kuatkan hati walau jasadku sudah tidak tahan menahan panahan duri itu, kadang kucuba berhenti sebentar mencabut duri-duri yang melekat namun bekas-bekas tetap masih ada..
Ya Allah, Engkau kuatkan dan tabahkan aku menyelusuri jalan ini..aku hamba lemah dan hina, ku perlukan bantuan dariMu..



Air mataku makin deras, setiap butir-butir kaca itu kusapu longlai..jikalaulah air mata ini boleh menebus dosa-dosaku yang ibarat pasir dipantai..ku mohon kasih sayangMu ya Allah, kerana ku yakin kasih sayangMU melebihi akan kemungkaranMu..
Tak mungkin aku bisa begitu sempurna untuk mencintaiMu, sedangkan ku hanya insan biasa..namun kucuba meraihnya walaupun langkahku amat perlahan..
Mungkin kah Engkau akan memberiku cintaMu yang agung itu?? Ku tahu ku tak layak..namun ku mendamba akan perhatianMu akan diriku..sekurang-kurangnya Engkau menoleh kearahku walaupun sesaat..

Dalam ku menyelusuri jalan yang penuh duri ini, pertolongan hanya kusandarkan padaMu..ku tahu jalan ini jalan menujuMu..ku ingin sekali bertemu denganMu..
Air mata makin deras membasahi pipi..kumerenung sedikitnya zikirku pada hari-hariku yang panjang..sedikitnya waktu yang kuluangkan untuk ku berbicara denganMu, sedikitnya masa yang kuluangkan untuk meluahkan segala masalah dan merintih padaMu..

Hatiku masih merayu-rayu memohon ampun dari Tuhanku..
Hatiku terus-terusan mengharap maaf dan ampun dari Tuhanku..
Hatiku memohon agar Tuhanku beri kekuatan dalam menyelusuri jalan ini walau duri-duri itu tidak pernah berputus asa member panahan bisanya untuk sesiapa yang ikut sama menyelusuri jalan ini..

Hati ini makin berharap..
Ketika semesta sedang bertasbih padaNya..
Read more...